Suatu Hari, seorang wanita kafir datang menemui Rasulullah.
Ketika itu baginda sedang bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah.
Buah itu kelihatan elok Dan membuatkan semua Yang berada
di situ ingin merasanya. Baginda menerima hadiah itu dengan
gembira.
Rasulullah makan limau- limau itu seulas demi seulas
sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah akan makan bersama
para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka. Semua sahabatnya hairan dengan
sikap baginda tetapi mereka tidak bertanya apa - apa.
Sebaik sahaja limau itu habis diamakan, baginda Terus
mengucapkan terima kasih kepada wanita kafir itu.
Selepas wanita itu pulang, baru para sahabat berkata,
" Wahai Rasulullah, selalunya kamu akan berkongsi makanan
dan minuman dengan Kami. Tetapi tadi kamu menghabiskan
semua limau itu."
Sambil tersenyum, Rasulullah menjelaskan, " Sebenarnya
buah limau itu terlalu madam semasa pertama Kali saya
merasanya. Jika kamu makan limau itu, saya khuatir Ada antara
kamu Yang tidak tahan Dan memarah wanita itu sehingga harinya
tersinggung. Atas sebab itu, saya menghabiskan semuanya."
Rupa - rupanya, wanita kafir itu mahu mempermain-
mainkan Rasulullah Dan para sahabatnya. Tetapi akhlak baginda
Yang terpuji itu telah membuatkan rancangannya gagal Dan
dia pulang dengan hati Yang kecewa.
sila komen ye...
Share this novel