AIR MEMANCAR DARIPADA TANGANNYA

Other Series 834

SEPERTI biasa, subuh itu, Rasulullah bersedia untuk berwuduk.
tetapi ketika itu, air tidak banyak. Sedangkan ramai lagi sahabat
Yang akan berwuduk selepas baginda. Mereka semua mahu
beraolat jemaah bersamanya.


Lalu baginda pun bertanya, " Siapa Yang ada membawa bekas
air?"


Salah seorang sahabat menjawab, " Saya, Rasulullah."


Kemudian sahabat itu membawa bekas air Yang dimaksudkannya
Bekas itu dibuat daripada kulit lambing. Biasanya ia dibawa sebagai
bekal Dalam ketika bermusafir.


Selepas itu, Rasulullah meletakkan tangan kanannya dia atas
bekas itu. Jari- jarinya dibuka. Tiba- tiba muncul air Yang bergenang
Di celahan jari- jarinya itu.


Rasulullah pun memanggil Bilal bin Rabag, " Wahai Bilal, panggillah
mereka untuk berwudhuk."

Semua jemaah itu pun berwudhuk, seorang demi seorang. Bukan
sekadar itu, Salah seorang sahabat baginda iaitu Ibnu Ma' sud sempat
meminum air tersebut. Air itu sangat sejuk Dan Segar, seperti air
Yang mengalir Di bawah tanah.

Itu adalah Salah satu mukjizat baginda . Ia membuatkan
keimanan para sahabat Yang menyaksikannya semakin bertambah kuat.

sila komen ye....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience