PADA suatu hari, Rasulullah memberi teka- teki kepada para sahabatnya.
" Siapakah yang paling ajaib imannya?" Tanya Rasulullah.
" Malaikat, " jawab sahabat dengan yakin.
"Sudah tentu para malaikat beriman. Mereka sentiasa hampir dengan
Allah, " baginda membalas.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka mencuba lagi,
" Para Nabi."
" Sudah tentu para Nabi beriman. Wahyu diturunkan kepada mereka,
" Bala's baginda lagi.
" Mungkin kami, " celah seorang sahabat.
" Sudah tentu kamu beriman kerana aku berada di kalangan kalian,
" Rasulullah menafikan jawapan itu. Baginda masih tersenyum manis.
" Kalau begitu, hanya Allah dan RasulNya sahaja Yang lebih tahu,
" jawab seorang sahabat lagi.
" Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca
Al- Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang
dapat bertemu dan beriman denganku. Malah orang yang beriman
denganku tetapi tidak pernah bertemuku, tujuh kali lebih bahagia, " jelas
Rasulullah.
Kemudian baginda terdiam seketika sebelum menyambung
kata-Katanya, " Aku sungguh rindu untuk bertemu mereka...."
Hati para sahabat tersentuh. Ada nada rindu berbaur sayu Dalam
kata-kata kekasih Allah itu...
Share this novel