SUATU ketika, seorang yahudi datang menemui Rasulullah. Dia
membawa empat orang saksi bersamanya. Katanya, dia mahu
mencuri untanya.
Mendengar aduan itu, Rasulullah pun menjatuhkan hukuman
potong tangan ke atas lelaki tersebut. Lelaki itu terkejut. Kemudian
dia berkat, " Ya Allah, Tuhanku. Engkau Maha Tahu bahawa
sesungguhnya saya tidak mencuri unta itu."
Kemudian lelaki itu berkata kepada Rasulullah " Wahai Rasulullah,
keputusan tuan itu benar tetapi mintalah penjelasan daripada unta ini."
Rasulullah pun bertanya unta itu, " Wahai unta, siapakah tuanmu?"
Atas kuasa Allah, unta itu menjawab dengan kata- kata Yang
jelas Dan terang, " Wahai Rasulullah, saya adalah milik lelaki
Muslim ini Dan sesungguhnya yahudi Serta para saksi itu adalah
palsu dan dusta."
Rasulullah menerima jawapan unta itu. Manakala Yahudi Dan
para saksi munafik itu tergamam.
Rasulullah pun bertanya kepada lelaki Muslim itu, " Wahai
pemuda, beritahu saya, apakah amalanmu sehingga Allah menjadikan
unta ini dapat berkata- kata Dan memberitahu perkara sebenar?"
Lelaki itu menjawab, " Wahai Rasulullah, saya tidak akan tidur
pada waktu Malam sebelum saya berselawat kea atas tuan
sebanyak 10 kali."
Rasulullah pun berkata, " Kamu selamat daripada hukuman
potong tangan Di dunia Dan selamat juga daripada seksaan Di
akhirat nanti, berkat selawat Yang kamu bacakan untuk saya."
sila komen ye...
Share this novel