SIAPA PELINDUNGMU

Other Series 834

SUATU Hari, Rasulullah terlelap sendirian Di bawah sebarang pohon.
Tiba- tiba, seorang penunggang Kuda yang sangat membenci
Rasulullah terlihat baginda lalu menghampirinya. Namanya Da'sur.

Da'sur terhendap- hendap menghampiri Rasulullah dengan
boat mahu mencederakan baginda. Kemudian Rasulullah membuka
kedua matanya Dan melihat sebilah pedang berkilat terhunus
tempat Di atas kepalanya.

Da' sur pun berkata dengan kasar Dan dengan nada mengejek,
" siapa yang akan melindungimu sekarang?"

Rasulullah menjawab dengan tenang, " Allah pelindung saya."

Jawapan itu membuatkan Da' Sur tersentak. Apatah lagi
apabila dia melihat baginda sangat tenang Dan sedikit pun tidak
berasa gentar. Tubuh Da' sur mula menggeletar sehingga pedangnya
terlepas daripada tangannya.

Rasulullah pun segera bangun Dan dengan pantas Terus
mengambil pedang itu. Kemudian baginda pula bertanya, " Sekarang,
siapa Yang akan melindungmu?

Da' Sur ketakutan Dan menjawab, " Tidak Ada."

Rasulullah segera membalas, "Ada."

Da' sur kehairanan. Kemudian Rasulullah menyambung kata-
katanya, " Allah juga akan melindungmu. Ambil pedang ini Dan
pergi dari sini!"

Da' sur yang masih terpinga- pinga segera mengambil pedang
itu Dan berlalu daripada situ. Tetapi tidak lama kemudian dia
kembali lagi Dan Terus mengucapkan syahadah.

sila komen ye....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience