TERLEWAT SUBUH

Other Series 834

DALAM perjalanan pulang ke Madinah selepas tamat Perang Khaibar,
Rasulullah Dan pasukannya berhenti rehat. Mereka mendirikan
khemah dan bermalam Di situ.


Sebelum tidur, baginda bertanya kepada pasukannya, " Siapa
yang sanggup menunggu waktu subuh? Mungkin saya akan tertidur
nyenyak?"


" Saya, Rasulullah. Saya akan menunggu waktu subuh, " jawab
Bilal.


Mendengar jawapan Bilal, baginda Dan ahli pasukan lain pun
tidur. Mereka terlalu kepenatan sehingga tertidur dengan nyenyak.
Bilal mula melakukan pelbagai aktiviti sementara menanti subuh
bagi memastikan dirinya tidak tidur. Akhirnya dia duduk bersandar
pada untanya Dan tanpa sedar, dia juga tertidur.

Fajar subuh sudah lama menyinsing. Tidak lama kemudian,
matahari Pula terbit. Tidak ada seorang pun Yang tersrdar. Rasulullah
adalah orang pertama Yang bangun. Baginda sangat terkejut melihat
hari sudah siang. Apabila melihat Bilal juga sedang tertidur, baginda
berkata, " Wahai Bilal, bagaimana ini?"

Bilal terus terjaga Dan terpinga- pinga. Tanpa membuang masa,
baginda segera mengambil wudhuk. Begitu juga orang lain dalam
pasukan itu. Kemudian, mereka pun segera mengerjakan solat subuh.

Selesai solat, baginda pun menyampaikan peringatan kepada
tentera- tenteranya, " Apabila kamu terlupa mengerjakan salat,
lakukanlah apabila kamu sudah ingat. Ini berdasarkan firman Allah,
' Lakukanlah solat kerana mengingati aku."

sila komen ye....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience