JUARA GUSTI YANG KALAH

Other Series 834

RUKANAH ialah seorang penggusti berbangsa Arab Yang sangat
terkenal. Dia sentiasa memenangi apa saja pertandingan Gusti
Yang dianjurkan . Sesiapa saja yang menyertai pertandingan gusti
akan berasa gerun jika Rukanah turut menyertainya. Kekuatan
Dan rekodnya Yang tidak pernah kalah menyebabkan ramai orang
takut untuk mencabarnya.


Rasulullah turut mendengar berita kemasyhuran Rukanah
itu Baginda terfikir, alangkah baiknya jika Rukanah dapat diajak
kembali kepada Islam. Mungkin kegagahanya itu dapat memberi
kebaikan kepada usaha dakwah baginda.

Suatu Hari, Rasulullah berpeluang bertemu Rukanah.
Baginda berdoa supaya usahanya mengislamkan Rukanah akan
dimakbulkan oleh Allah.


Sebaik saja mereka bertemu, baginda terus berkata, " Wahai
Rukanah, adakah kamu Masih belum menerima Islam, agama
Allah Yang saya bawa? " Baginda bertanya.


" Muhammad, apakah bukti kebenaran agamamu itu? "
Tanya Rukanah Pula, cuba mempertikaikan agama Islam.


" Baiklah. Jika saya dapat mengalqhkanmu, adakah kamu
akan beriman kepada Allah dan rasulNya?" Tanya baginda lagi.


Rukanah terdiam seketika.


" Baiklah, saya setuju, " jawab Rukanah.


" Bersedialah, " Bala's baginda pula.


Rukanah pun bersedia Dan yakin dapat mengalahkan
Rasulullah Tubuh Rukanah lebih tegap Dan besar berbanding
baginda. Apatah lagi baginda hanya berdakwah sepanjang Hari tanpa
sebarang aktiviti fizikal Yang lain. Pasti baginda akan kalah kerana
tidak terlalu bertenaga sepertinya. Begitulah keyakinan Rukanah.


Sebaik saja isyarat dimulakan, mereka sama- sama meluru
ke arah kawan masing- masing. Rasulullah dapat memegang
Rukanah Dan dengan pantas baginda membanting Rukananh ke
tanah. Rukanah amat terkejut kerana belum Ada lawannya Yang mampu
menyalahkannya sepantas itu Dalam pusingan pertama. Dia tidak
puas hati meminta pusingan kedua. Rasulullah bersetuju.


Dalam pusingan kedua itu, sekali lagi Rukanah dikalahkan oleh
baginda. Rukanah semakin hairan. Dia seperti lemah Dan tidak bertenaga.
Perlawanan itu diteruskan sehingga pusingan ketiga. Rukanah Masih
kalah. Dia semakin kagum dengan kehebatan Rasulullah.


Akhirnya Rukanah mengaku kalah Dan memeluk Islam. Dia
tidak menyangkan Rasulullah hebat bergusti. Selama ini dia selalu
memperkecilakan kemampuan baginda. Ternyata Kali ini, atas izin
Allah, dia sendiri kalah Di tangan baginda.

sila komen ye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience