PADA suatu hari, seorang lelaki menemui Rasulullah untuk memeluk
Islam. Lelaki itu terkenal dengan kejahatannya. Semua orang mengenalinya
sebagai seorang pencuri, pemabuk, pemarah dan suka berjudi.
Selepas mengucapkan syahadah, lelaki itu berkata, " Wahai Rasulullah,
saya selalu melakukan dosa Dan susah meninggalkannya."
Rasulullah membalas, " Mahukah kamu berjanji supaya tidak berbohong
lagi?"
" Ya saya berjanji, " jawab lelaki itu.
Sebenarnya permintaan Rasulullah itu dirasakan berat untuk
ditunaikan. Dia juga selalu berperang dengan nafsunya sendiri Yang masih
suka melakukan kejahatan. Namun, setiap Kali dia terdorong melakukannya,
' Apakah kamu berani berbohong kepada Rasulullah jika baginda bertanya
apa Yang kamu lakukan?'
Dia juga selalu berkata sendiri, " Kalau saya berbohong kepada Rasulullah, saya akan menghianati janji saya terhadap Rasulullah untuk
tidak bercakap bohong. Tetapi jika saya memberitahu perkara sebenar, saya
pasti dihukum sebagai seorang Islam."
Baru dia tersedar bahawa permintaan Rasulullah itu sebenarnya
adalah bagi melatihnya supaya tidak lagi melakukan kejahatan.
Akhirnya, lelaki itu berubah menjadi lelaki mukmin Yang soleh,
berkat didikan halus Rasulullah.
sila komen ye...
Share this novel