SUATU Hari, seorang wanita datang ke majlis Rasulullah dan
memanjang- manjangkan lehernya seperti mencari seseorang
Rasulullah bertanya, " Siapa yang kamu cari?"
Wanita itu menjawab, " suami saya, Rasulullah."
" Siapa Nama suamimu?" Tanya Rasulullah.
" Fulan Ibnu Fulan, " jawab wanita itu.
" Oh... Orang yang di matanya Ada pitih- putih itu?" Tanya
Rasulullah lagi.
" Tidak, " jawab wanita itu.
" Betul. Matanya Ada putih- pitih, " jawab Rasulullah. Wanita
itu terdiam. Fikiranya tiba- tiba rungsing memikirkan kata- kata
Rasulullah. Sebaik sahaja bertemu, dia Terus membelek- belek
Mata suaminya.
Suaminya pun bertanya, " Mengapa kamu mengintai- intai
Mata saya?"
Wanita itu menjawab, " Saya sedang memeriksa matamu."
" Mengapa?" Tanya suaminya lagi.
Wanita itu menjawab, " Rasulullah memberitahuku di matamu
Ada putih-putih."
Lalu suaminya membalas, " Benarlah kata Rasulullah itu."
Isterinya kehairanan. " Kenapa Pula?"
" Bukalah setiap biji Mata ada putihnya?" Jawab suaminya.
Mendengar jawapan itu, wanita tersebut pun ketawa kerana
baru menyedari Rasulullah sedang bergurau dengannya tadi.
sila komen ye....
Share this novel