5. Anak Yatim Piatu

Short Story Completed 11132

"Apa nama Pengurus Nuramia Book tu?" Tanya Nafiz pada Akmal. Mereka sekarang dalam perjalanan ke Nuramia Book.

Kelmarin, Nafiz tiba-tiba berminat nak bergabung dengan Nuramia Book dan Pengurus Nuramia Book pun dah setuju. Walaupun dia merasa pelik kenapa begitu cepat Pengurus Nuramia Book terima Syarikat Best Book Popular namun dia tetap gembira.

"Nuramia. Bila kau sampai sana kau tak payah hairan kalau tengok Pengurus dia. Aku dah tahu segalanya pasal Pengurus Nuramia Book. Dia tu kasar, mulut dia selamba je bercakap. Walaupun, dia pakai macam perempuan tapi kau still akan nampak dia tu kasar. Sebab dia bukan macam Pengurus yang lain. Pakaian dia macam dia nak pergi pasar malam je. Tapi sekali kau tengok dia pakai cantik-cantik confirm kau jatuh cinta terus!" Terang Akmal bersemangat.

"Macam mana kau tahu semua ni?" Tanya Nafiz pelik.

"Aku tahu pun dari mulut-mulut orang. Aku pernah nampak Pengurus Nuramia Book tu. Cantik! Tapi tulah, bukan taste aku." Jawab Akmal.

"Ouh... Siapa Mak Ayah dia?" Tanya Nafiz lagi.

"Dia anak Yatim Piatu. Pernah sekali aku dengar orang cakap Mak Tiri dia pernah serang dia di Nuramia Book."

"Semua kau tau? Kau tau dari siapa?"

"Adik aku kerja di situlah!" Akmal ketawa.

Nafiz menggelengkan kepalanya. Patutlah tahu banyak benda. Rupa-rupanya adik dia kerja di situ.

"Kau nak tau adik aku kerja sebagai apa? Dia kerja sebagai Pembantu Peribadi Pengurus Nuramia. Adik aku selalu juga cakap yang Pengurus Nuramia tu kadang-kadang tak serious dengan kerja dia. Ikut kepala sendiri je." Terang Akmal lagi.

"Boleh pula macam tu? Macam istimewa je Pengurus Nuramia tu." Balas Nafiz pula.

"Nak buat bini ke? Pengurus Nuramia tu orang dia sempoi. Peramah. Kau senang rapat dengan dia. Kalau dia bercakap mesti 'aku' 'kau'. Tapi kalau dia panggil kau 'awak' maksudnya kau lah orang paling beruntung dalam hidup. Kalau lelaki lah. Bukan perempuan. Sebab dia jenis anti lelaki sebab tulah sampai sekarang masih single!"

'Tak sabar pula aku nak jumpa dengan Pengurus Nuramia tu.' Getus Nafiz dalam hati.
*****
"Hai adik ku sayang..." Panggil Akmal pada Rissa yang sedang menunggu ketibaanya.

"Jangan lah panggil Rissa adik! Panggil lah Cik Rissa!" Bantah Rissa.

"Yelah, Cik Rissa. Kami berdua nak jumpa Cik Nuramia." Balas Akmal.

"Panggil je Cik Mia. Dia ada dekat dalam, sekejap."

'Mia?' Nafiz sudah gelisah. 'Kenapa macam nama tu sama dengan nama Mia yang aku belanja hari tu? Kebetulan je kot!'

"Cik Mia panggi kau orang masuk." Ujar Mia pada Akmal dan Nafiz.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam pejabat Mia. Ada seorang perempuan sedang berdiri sambil membelakangi mereka berdua.

"Cik Mia?" Akmal memanggil.

Mia tersenyum. Dia memusingkan badannya ke belakang menghadap Akmal dan Nafiz. Nafiz terkejut. 'Kenapa dalam banyak-banyak perempuan dia juga yang aku kena jumpa?!'

"Hai, awak. Tak sangka saya kita dapat jadi business partner!" Kata Mia terlebih gembira. Dia memang dah tahu bahwa dia akan berjumpa dengan Nafiz Pengurus Best Book Popular.

Akmal terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh Mia sebentar tadi. Dia memandang Nafiz. Ternyata, Nafiz memandang Mia tajam. 'Apahal dia orang ni?'

Mia tersenyum. Dia tidak kisah dengan pandangan tajam Nafiz. "Mari ikut saya." Mia membawa mereka berdua berjumpa dengan semua pekerja di Nuramia Book.

"Okey semua, Ini ialah Encik Nafiz Izham Pengurus Best Book Popular. Dialah yang belanja saya hari tu. Handsome kan? Terima kasih awak sebab belanja saya hari tu." Mia memperkenalkan Nafiz pada semua pekerjanya.

Nafiz melihat ada yang berbisik sesama sendiri. Nafiz bengang. Dia rasa bagai dimalukan oleh Mia. Dia takut orang anggap macam dia ni seorang istimewa je dalam hidup Mia.

"Ini pula Pembantu Peribadi Encik Nafiz, Encik Akmal. Syarikat Best Book Popular akan berkerjasama dengan kita." Sambung Mia.

Akmal senyum memandang semua perkerja di situ.
*****
"Kau pergi dulu. Aku nak jumpa perempuan tu sekejap." Kata Nafiz pada Akmal semasa mereka keluar dari Nuramia Book.

Belum sempat pun, Akmal bertanya apa-apa Nafiz telah pun masuk ke dalam Nuramia Book semula dan berjalan ke pejabat Mia. Dia merempuh masuk ke dalam pejabat Mia tanpa Rissa sempat bertanya apa-apa.

"Nuramia!" Bergema suara Nafiz memanggil Mia.

Mia mendongakkan kepalanya. "Ya kenapa?"

Nafiz berjalan ke arah Mia. Dia berdiri di hadapan Mia yang sedang duduk di kerusinya. "Kenapa awak panggil saya dengan panggilan 'awak?'"

"Apa salahnya? Awak pun panggil saya awak." Jawab Mia selamba.

"Tapi awak bukan senang-senang nak panggil orang lelaki dengan panggilan 'awak' kan? Nanti dia orang fikir saya ni orang yang istimewa pula dalam hidup awak." Kata Nafiz bengang.

"Memang istimewa pun. Sebab awak pernah belanja saya."

"Tapi saya tak suka!"

"Tapi saya suka!" Balas Mia pula.

Di luar, Rissa mengintai Nafiz dan Mia. Takut ada apa-apa yang berlaku.

"Awak ni kenapa? Mak awak tak pernah ajar ke cara hormat orang? Ikut kepala sendiri je! Tak sangka saya dalam dunia ni ada orang yang sanggup tengok anak dia tomboy macam ni! Keras kepala. Ayah awak tak tegur? Awak tau tak perangai awak macam ni bagus kena bela dengan Mak Tiri je! Biar kena ajar sikit! Biar Mak Tiri awak tu didik awak elok-elok daripada Mak awak didik awak! Mak awak memang tak pandai didik anak dia ke?" Nafiz sudah lupa apa yang dikatakan oleh Akmal tadi.

Dahi Mia berkerut. Keningnya bertaut. Mia berdiri. 'Ni dah lebih...' "Iya, mama saya tak pernah ajar saya cara hormat orang! Sebab mama saya meninggal dunia masa melahirkan saya! Kalau saya salah ke apa ke tolong bagitau elok-elok. Tak payah marah-marah! Tak payah hina arwah mama dan papa saya. Apa awak cakap tadi? Saya ni bagus kena bela je dengan Mak Tiri? Memang dulu saya kena bela dengan Mak Tiri saya. Lepas arwah papa meninggal dunia dia halau saya. Lepastu, saya jadi seorang perempuan yang tomboy. Awak tahu tak sepanjang dia bela saya, dia tak pernah suka saya. Dia selalu dera saya. Dia tak pernah sayang saya! Saya bukan tak mengadu pada papa. Saya mengadu tapi papa tak percaya! Saya tak pernah rasa kasih sayang seorang 'ibu.' Nasib arwah Ibu Aisyah yang nampak saya dan ambil saya sebagai anak angkat di Rumah Anak Yatim Bahagia. Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Saya cuma cakap terima kasih je. Ke tak cukup? Awak nak duit? Kejap." Mia membuka begnya kasar dan mengeluarkan dompetnya. Dia mengeluarkan beberapa not RM seratus dan dilemparkan pada Nafiz.

Nafiz pula kaku di tempatnya berdiri. Dia terdiam mendengar segala penjelasan Mia. 'Macam mana aku lupa yang dia anak yatim piatu?' "Awak saya..."

"Tak cukup? Nah!" Mia melemparkan pula dompetnya pada Nafiz. "Ambil-ambil! Ambil semua duit dalam tu!" Air mata mulai bertakung di tubir matanya. Namun ditahan kerana takut kelihatan lemah di hadapan Nafiz.

"Saya..."

"KELUAR." Tegas suara Mia menghalau Nafiz.

"Awak saya betul-betul minta maaf. Saya terlupa yang awak anak yatim piatu..."

"KE.LU.AR!" Halau Mia seraya menolak semua barang-barang yang berada dia atas mejanya ke atas lantai.

"Saya..." Nafiz sudah takut melihat Mia semarah itu.

"KELUAR! AKU CAKAP KELUAR!" Tangan Mia pantas membuka begnya kasar dan mengeluarkan sebilah pisau dan dihalakan pada lehernya. "Keluar! Kalau tau saya bunuh diri!"

"Okey-okey, saya keluar." Nafiz beralah. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar dari pejabat Mia.

Selepas Nafiz keluar Rissa segera berlari masuk ke dalam pejabat Mia. Dia melihat Mia sedang terduduk lemah dia atas kerusinya.

"Cik Mia okey?" Tanya Rissa risau. Ini kali kedua dia nampak Mia semarah itu. Kali pertama, dia nampak Mia menampar pipi Mak Tirinya.

"Leave me alone." Balas Mia tanpa memandang Rissa.

"Baik Cik Mia. Kalau ada apa-apa panggil je saya." Rissa segera berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience