12. Again

Short Story Completed 11132

"Mia dah kahwin. Lepastu, nanti mesti dia orang dah ada anak. Kita je belum ada anak." Luah Khalisya pada Haikal sebaik sahaja mereka sampai di rumah selepas pergi ke masjid tempat Mia dan Nafiz bernikah.

"Sweetie, again?" Tanya Haikal sambil punggungnya di labuhkan di sebelah Khalisya.

"Kita dah lama tunggu... Dah 10 bulan dah pun kita kahwin lepastu, Mak Cik Ju tu selalu cakap sweetie ni mandul. Sweetie tak suka tau tak!" Khalisya sudah pun menangis teresak-esak di dalam pelukan Haikal.

"Jangan bersangka buruk pada Allah. Percaya pada Allah dan doa banyak-banyak. Banyakkan bersabar." Tangan Haikal naik mengusap-usap belakang badan Khalisya.

"I'm sorry. Sorry sebab dah sebut pasal anak lagi." Ucap Khalisya pada Haikal.

"It's okay. Bie faham. Dah tak payah fikir pasal tu lagi dah. I love you." Haikal mengucup lembut dahi Khalisya.

"I love you too."
*****
"Ha, dah bangun dah baby, hubby ni!" Kata Nafiz sebaik sahaja dia keluar dari bilik air dan melihat Mia sudah pun bangun.

"Ngantuk lagi ni. Penat pun masih ada lagi..." Balas Mia masih dalam keadaan mamai.

"Penat? Penat buat apa semalam?" Tanya Nafiz seraya bibirnya mengukirkan senyuman nakal.

Mendengarkan itu pantas tangan Mia mencapai bantal dan dibalingnya sekuat hati pada Nafiz. "Hubby ni kan!" Pipi Mia sudah mula naik kemerah-merahan.

"Gurau je lah..." Nafiz segera berjalan ke arah Mia dan melabuhkan punggungnya di hadapan Mia. "Pergi mandi lepastu kita solat sama-sama." Tangan Nafiz naik mengusap-usap kepala Mia.

Nakal eh Nafiz!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience