1. Anak

Short Story Completed 11132

Haikal terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Tiada orang di sebelahnya. "Sweetie?" Haikal memanggil perlahan. Telinganya menangkap bunyi esak tangis seseorang.

Hatinya mula gelisah. Tangisan itu semakin kedengaran di luar biliknya. Perlahan-lahan Haikal turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik.

Seorang perempuan yang amat dia kenali sedang duduk di sofa dan menangis teresak-esak. Haikal berjalan ke arahnya.

"Sweetie? Kenapa menangis ni?" Haikal melabuhkan punggungnya di sebelah Khalisya.

Tanpa menjawab apa-apa, Khalisya terus memeluk Haikal. Dia menangis dalam dakapan Haikal.

"Sorry bie....Sweetie belum dapat mengandungkan dan melahirkan anak untuk bie. sweetie pun tak tahu kenapa. Kita dah check kan? Takde apa-apa problem pun tapi entah kenapa sweetie masih belum mengadung lagi...." Luah Khalisya. Sudah lapan bulan mereka berkahwin namun masih belum ada anak lagi.

"Kenapa cakap macam tu? Allah nak kita luangkan masa bersama berdua. Sweetie janganlah sedih. Semua yang berlaku ni ada hikmah. Bie tak kisah pun kalau takde anak dengan sweetie. Sebab bie tahu kalau Allah nak bagi rezeki, rezeki tu takkan salah alamat. Kita masih belum ada anak sebab Allah belum bagi rezeki anak dekat kita. Sweetie tak happy ke hidup berdua dengan bie?" Tanya Haikal pada Khalisya. Dia memandang tepat ke dalam anak mata milik Khalisya.

"Happy. Sangat happy. Tapi Mak Tiri bie cakap nak cucu secepat mungkin." Luah Khalisya lagi. Mak Tiri Haikal lah satu-satunya masalah mereka. Mak Tiri Haikal tak habis-habis nak Haikal tinggal dengan dia sedangkan dulu nak jaga pun tak nak. Haikal pula bukannya layan. Selepas dapat tahu bahwa Haikal dah semakin kaya dan dah ada rumah sendiri Mak Tiri Haikal selalu masuk campur dalam urusan rumahtangga mereka berdua.

"Tak payah lah kisah pasal Mak Cik Ju tu. Buang masa je. Dah jom masuk tidur. Kesian bie, takde sesiapa teman." Haikal menarik tangan Khalisya dan dibawa masuk ke dalam bilik.
*****
"Bie, bie."

Haikal terjaga. Benda pertama yang dia lihat ialah wajah Khalisya. Matanya bengkak. Hidung dan bibirnya merah kerana menangis semalam.

"Bangun bie. Dah subuh dah ni." Kejut Khalisya lagi.

"Are you okey sweetie?" Haikal pagut dagu Khalisya.

"Okey je. Kenapa?" Tanya Khalisya pula.

Keluhan berat terlepas dari mulut Haikal. Tangannya naik melingkar di pinggang Khalisya. "Janji dengan bie jangan cakap pasal anak lagi. Bie bukan tak suka tapi setiap kali sebut pasal anak sweetie akan menangis. Lepas nangis demam. Nak sebut pun jangan cakap diri tu belum dapat bagi anak dekat bie. Nak minta maaf bagai. Bie tegur sebab bie tak nak sweetie rasa sweetie ni menyusahkan, membebankan. Tak payah peduli pasal perempuan tak sedar diri tu! Dia tu bukan siapa-siapa dalam hidup kita. Jangan sebut pasal hal ni lagi. Janji?" Jari kelinking ditayangkan siap sedia di hadapan Khalisya.

"Janji..." Khalisya menyambungkan jari kelinkingnya dengan jari kelingking Haikal.

"I love you." Haikal mengucup dahi Khalisya. Lama.

"Bie pi lah mandi." Khalisya meleraikan pelukan mereka.

"Jom mandi sekali?" Haikal tersenyum nakal.

"Ehh, gatal!" Khalisya menampar bahu Haikal.

"Sakitlah!" Haikal mengadu kesakitan.

"Tahu pun sakit! Dah pergi mandi. Nanti lambat pula nak subuh." Arah Khalisya.

"Yelah. Nak kiss morning dulu." Pinta Haikal sambil menayangkan pipinya pada Khalisya.

Khalisya tersenyum. Dia mencium pipi Haikal. Setiap pagi Haikal akan minta 'kiss morning' dan Khalisya akan mencium pipi Haikal.

"Thanks sweetie. I love you." Ucap Haikal.

"I love you too."
*****
Haikal dan Khalisya menyapukan tapak tangan ke muka mereka setelah Haikal habis membaca doa. Haikal memusingkan badannya ke belakang menghadap Khalisya.

Haikal menghulurkan tangan kepada Khalisya. Khalisya menyambut huluran itu kemdian dia mengucup tangan Haikal. Setelah itu, Haikal pula mengucup dahi Khalisya. Lama.

Masing-masing menyalurkan rasa cinta kepada satu sama lain. Masing-masing melengkapi satu sama lain. Sepanjang mereka berkahwin hanya gelak tawa yang menghiasi hari mereka sehinggalah, Juliana a.k.a Mak Tiri Haikal datang semula dalam hidup Haikal dan masuk campur dalam hal rumahtangga mereka.

Haikal memegang kedua-dua belah tangan Khalisya. Dia menatap wajah Khalisya. "Bie akan sentiasa bersama sweetie hingga ke akhir nafas bie. Kita akan sama-sama menjalani kehidupan kita walaupun belum ada rezeki anak. Kalau kita berdua je pun tak apa. Jangan ambil kisah pasal apa yang orang lain cakap. Bie nak Khalisya yang dulu. Khalisya yang kuat. Khalisya yang tak cepat mengalah."

Khalisya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia tersenyum. "Terima kasih sebab bie selalu ada dan faham sweetie setiap masa. Bie lah jantung dan hati sweetie."

Hah mcm mn?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience