8. Misi memujuk Onn!

Short Story Completed 11132

Mia turun dari keretanya dan berjalan masuk ke dalam Nuramia Book. Sebaik sahaja masuk ke dalam Nuramia Book benda pertama yang dia lihat adalah wajah terkejut Nafiz yang melihatnya.

Dia hanya berjalan melimpasi Nafiz tanpa Nafiz sempat berkata apa-apa.

Nafiz pula bagai dah dipukau oleh Mia apabila melihat penampilan Mia pada hari ini. 'Biar betul minah ni? Cantik sangattt!'

"Terkejut ke tu Encik Nafiz?" Tegur Rissa yang melihat wajah Nafiz seakan angau.

"Tak pernah-pernah saya nampak Cik Mia pakai macam tu."

"Hari dia ada meeting. Sebab tulah dia pakai macam tu." Balas Rissa.

"Pandai ya dia buat rambut macam tu?"

Ayat Nafiz membuatkan ketawa Rissa pecah. "Apalah Encik Nafiz ni! Cik Mia baru buat rambut macam tu dah tak berkelip mata tu. Belum lagi Cik Mia sanggul ke apa!" Sekali lagi Rissa ketawa.

Nafiz tersenyum malu.

"Ha ni, tak nak balik office ke? Abang saya dah call banyak kali dah!"

"Bagitau dia lepas saya berjaya pujuk Cik Mia saya balik office." Balas Nafiz dan segera berjalan ke arah pejabat Mia.

"Hai awakkk!!" Nafiz membuka pintu pejabat Mia.

Mia pula masih dengan perangainya yang sama tidak melayan Nafiz yang selalu berusaha mendekatinya.

"Cantiknya awak hari ni? Ehh, tak! Seratus kali lebih cantik ni!" Puji Nafiz jujur.

'Mamat ni tak pandai balik office dia ke?' Getus Mia dalam hati.

"Saya rindu lah nak dengar suara awak. Boleh tak awak bercakap? Dan seminggu saya minta maaf pada awak, pujuk awak. Tapi awak tetap tak layan saya. Saya tahu saya salah tapi jangan lah hukum saya lama-lama."

Sepi. Sunyi.

Lagu keluar dari telefon milik Nafiz menandakan ada panggilan masuk. Nafiz menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Dia menyambungkan panggilan itu.

"Hello? Haii, sayang! You rindu I tak? I ni rindu sangat-sangat dekat You!"

Mia mengalihkan kepalanya dan pandangannya pada Nafiz apabila mendengar Nafiz berkata sedemikian. 'Dia dah ada girlfriend ke?'

Nafiz melihat Mia memandangnya pelik dan seakan cemburu. 'Harimau betina dah masuk perangkap.'

"You dah makan? I rindu sangat-sangat pada You. Kalau boleh sekarang juga I nak jumpa You tau! Tapi tulah, I ada kerja..." Sambung Nafiz lagi.

Mia memandang Nafiz tajam. 'Dia takde tempat lain ke nak bercakap dengan girlfriend dia?'

"Apa masalah kau ni Nafiz? Aku tanya kan bila kau nak masuk office?! Yang kau bersayang, I, You, semua tu dah kenapa?" Marah Akmal dalam talian.

"You jangan lah merajuk! Okey-okey, I janji I akan datang jumpa You sekejap lagi..." Nafiz semakin galak menipu apabila melihat wajah Mia sudah masam mencuka.

"Sayang..."

"DIAM!" Belum sempat Nafiz menghabiskan ayatnya Mia terlebih dahulu memotong. Wajahnya sudah menyinga. Rahang diketap kuat.

"Kalau nak bersayang-sayang dengan girlfriend awak, tolong keluar! Tak payah nak mengada dekat sini! Tadi bukan main lagi awak pujuk saya, cakap rindu lah nak dengar suara saya tapi rupa-rupanya awak dah ada girlfriend ya? Sini telefon tu!" Tangan Mia segera merampas telefon milik Nafiz dari telinga Nafiz dan ditekapkan ke telinga.

"Hoii perempuan! Kau ni sebenarnya dah kena tipu tau tak!" Bagitau Mia pada si pemanggil yang dia sangkakan girlfriend Nafiz sebenarnya adalah Akmal.

TUT! Mia mematikan panggilan.

"Hahaha!" Pecah ketawa Nafiz.

"Kenapa awak ketawa? Best ke tipu perempuan?" Tanya Mia bengang. Wajahnya sudah merah menahan marah.

Nafiz merampas semula telefonnya dan ditunjukkan pada Mia skirn telefonnya. "Ni awak tengok ni. Akmal lah yang call saya tadi. Saya saja je tipu awak, nak tengok awak cemburu ke tak. Mesti Akmal pelik tadi! Hahaha!" Nafiz sambung ketawa.

"Keluar!" Mia membaling jam di atas mejanya pada Nafiz. "Keluar! Saya benci awak!"

"Okey-okey, saya keluar!" Nafiz sudah takut apabila melihat Mia seakan ingin membaling pisau yang disimpan dalam begnya.

"Bye sayang...." Sempat lagi Nafzi mengusik Mia sebelum berlari pergi.

"Arggh!" Mia geram apabila barang yang dilemparkan tidak mengenai Nafiz.

Nafiz-Nafiz^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience