6. Sorry

Short Story Completed 11132

"Siapa perempuan yang kau maksudkan tadi?" Tanya Akmal sebaik sahaja Nafiz masuk ke dalam kereta. Wajah risau Nafiz dipandang.

"Cik Mia. Perempuan gila yang aku pernah belanja tu dialah." Jawab Nafiz.

"What?? Tu perempuan gila yang kau cakap? Hahaha... Memang padanlah kau gelar dia perempuan gila! Tapi kan.... Dia panggil kau awak kot!" Balas Akmal teruja.

"Apa kau cakap dekat dia? Aku nampak kau ni macam resah semacam je?" Tanya Akmal lagi.

"Aku marah dia........" Nafiz menceritakan A hingga Z kepada Akmal dan ternyata Akmal tergamam.

PAP! Akmal menampar kuat bahu Nafiz. "Apa masalah kau ni wey? Kan aku dah cakap dia tu anak yatim piatu! Yang kau pergi hina arwah mama dan papa dia kenapa? Guna lah otak tu sikit Nafiz Izham! Bukannya dia hina kau pun, dia panggil kau awak je pun!"

"Sorry lah wey... Aku tersasul tadi. Aku langsung tak ingat apa-apa."

"Bukan sorry dengan aku! Minta maaf dekat Cik Mia. Dia ada WhatsApp kau kan? Hah, lagi senang! Kau WhatsApp je dia cakap yang kau minta maaf. Pandai-pandai lah kau Nafiz... Kau sendiri yang buat hal, hati perempuan ni keras lagi-lagi macam Cik Mia tu!"

Pesanan Akmal masuk telinga kanan dan kekal di kepalanya. Otaknya ligat menyusun kata maaf untuk Mia.
****
"Assalamualaikum." Mia memberi salam dan memulas tombol pintu. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah miliknya dan Fatihah.

Selepas menutup pintu Mia berjalan ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia terduduk lemah di situ. Kata-kata Nafiz terngiang-terngiang di telinganya.

"Kenapa aku selalu berjumpa dengan orang yang salah?" Tanpa dipinta air matanya keluar mengalir dari matanya.

Perit dan sakit apabila teringat semula akan kisah hidupnya sebelum ini. Bahkan, mustahil untuk ditelan kalau kisah hidupnya sebelum ini seperti makanan atau minuman.

"Kau dah balik ke Mia?!" Laung Fatihah dari atas. Kakinya laju menuruni anak tangga dan berjalan menghampiri Mia yang sedang duduk di atas sofa membelakanginya.

"Awal kau balik....? Kenapa kau nangis wey?" Tanya Fatihah risau dan segera melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.

Tanpa berkata apa-apa Mia memeluk Fatihah dan menghamburkan tangisnya di dalam pelukan Fatihah.

"Ya Allah, kau kenapa Mia? Siapa yang buat kau menangis? Bagitau aku!" Tangan Fatihah naik mengusap-usap belakang badan Mia.

"Ke...kenapa aku selalu berjumpa dengan orang salah?" Semakin kuat esak tangis Mia.

"Sabar wey, sabar..."

Selepas Mia berasa tenang sedikit dia menceritakan A hingga Z kepada Fatihah dan sambung menangis.

"Sabar Mia... Kau tak payah peduli pasal mamat poyo tu! Aku kan ada? Dia tak faham masalah dalam hidup kau. Kau kena kuat! Jangan pedulikan orang-orang toxic yang muncul dalam hidup kau!" Pujuk Fatihah.

Mia menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham. Nasib dia masih ada Fatihah yang selalu menemaninya.
****
TUT! TUT! Telefon Mia berbunyi menandakan ada WhatsApp masuk. Dengan pantas tangan Mia mencapai telefonnya dan menekan aplikasi WhatsApp.

-Saya minta maaf pasal tadi. Saya tahu saya salah. I am so sorry and really sorry.-

Pesanan Nafiz dibaca dan dipandang kosong. "Semudah tu je?" Mia menutup telefonnya kasar dan menghela nafas berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience