9. Tolong

Short Story Completed 11135

"Alamak! Tayar pancit pula dah!" Mia mendengus geram. Petang itu dia ingin pulang dan sebaik sahaja dia sampai ke tempat keretanya dia melihat salah satu tayar keretanya pancit. "Takde angin takde ribut, tiba-tiba pancit!"

"Marah apa tu Cik Adik?" Usik Nafiz yang baru sahaja sampai di situ.

Mia hanya menjelingkan matanya tanda geram pada Nafiz. Dia masih marah pada Nafiz pasal hal pagi tadi.

"Pancit? Nak saya tolong hantarkan ke rumah ke?" Tanya Nafiz apabila ternampak salah satu tayar kereta Mia pancit. Ke sengaja di pancitkan? Oleh siapa? Oleh diaaalahhh! Ni kalau Mia tau masak dia!

Sekali lagi Mia menjelingkan matanya pada Nafiz bak panahan mata helang. 'Jengkel! Dahlah aku dah panas dengan tayar kereta ni. Lepastu, jumpa lagi dengan mamat ni!' Mia menendang tayar keretanya yang pancit itu dengan kuat.

PRAK! Kedengaran bunyi benda patah di sebalik kasut Mia yang Mia sedang pakai. Mia menahan kesakitan apabila terasa kakinya pedih dan terseliuh.

"Nak saya tolong apa-apa ke?" Nafiz sudah risau apabila melihat Mia memegang tapak kakinya yang kedengaran seperti patah tadi. Rasa bersalah mula bersarang di dalam hatinya.

"Razak!" Mia memanggil nama Razak apabila ternampak Razak lalu di depannya. "Boleh tolong hantar saya tak? Tayar kereta saya pancit dan kaki saya sakit."

"Ehh, tak apa! Saya boleh hantar kan. Razak awak pergi je balik." Kaki Nafiz laju berjalan ke arah Mia dan mencempung badan Mia tanpa sempat Mia mengelak.

"Apa awak buat ni?!" Mia meronta-ronta minta diturunkan.

Nafiz mengendahkan rontaan Mia. Dia membuka pintu keretanya dengan sebelah tangannya dan perlahan-lahan meletakkan Mia ke dalam perut keretanya. Kemudian, dia menutup pintu kereta.

Kini gilirannya pula masuk ke dalam perut keretanya.

"Awak nak buat apa ni?" Tanya Mia kasar.

"Saya nak hantar awak pulang lah. Bagitau saya dekat mana rumah awak." Pinta Nafiz.

"Ehh, tak payah! Saya kan dah minta Razak tolong hantar tadi? Yang awak nak sibuk hantar saya dah kenapa?" Balas Mia marah.

"Awak kan future wife saya? Memang lah saya kena hantar awak balik. Kita pergi hospital dulu."

Mia mendengus geram. "Bila masa saya future wife awak?"

"Saya yang cakap."

"Kenapa kita pergi hospital ni?!" Mia sudah naik geram apabila semua katanya Nafiz tidak peduli.

"Kaki awak tu kan terseliuh?" Nafiz menghentikan keretanya di depan hospital. Dia segera turun dari kereta dan kakinya mula berjalan ke arah Mia.

Nafiz membuka pintu kereta Mia.

"Ehh, tak nak!" Mia mengelak daripada diangkat oleh Nafiz.

Nafiz hanya mengendahkan elakkan Mia. Tangannya laju mencempung badan Mia dan dibawa ke dalam hospital.

"Turunkan saya! Saya tak suka pergi hospital! Kalau awak tak turunkan saya, saya jerit!" Ugut Mia. Dia tak suka bau hospital.

"Jeritlah kalau berani." Balas Nafiz selamba.
*****
"Dengar kan apa yang doktor cakap tadi? Jangan dulu masuk kerja buat sementara ni."

"Saya tak nak awak hantar saya balik rumah! Berhentikan kereta! Kalau tak saya lompat keluar dari kereta ni!" Ugut Mia sekali lagi.

"Lompat lah kalau berani." Sekali lagi Nafiz membalas dengan selamba.

Mia mendengus geram. Dia belum gila lagi nak lompat dari kereta semata-mata sebab Nafiz. "Habis tu, kalau awak hantar saya, kereta saya macam mana?"

"Saya dah minta tolong orang hantar kereta awak ke bengkel."

"Thank you." Ucap Mia pada Nafiz. Marah-marah pun dia masih waras.

"Sorry." Ucap Nafiz tiba-tiba.

"Why?"

"Sebab... saya yang pancitkan kereta awak." Jawab Nafiz serba salah.

"What??? Awak ni kann!" Mia menghentak-hentakkan kakinya tanda geram dengan perbuatan Nafiz. Dia sudah lupa akan kakinya yang terseliuh.

"Auch!" Mia meringis kesakitan.

Nafiz menghentikan keretanya secara mengejut apabila melihat Mia sudah kesakitan. Tangan Nafiz segera membuka kasut Mia walaupun Mia berusaha mengelak.

"Pedih tak?" Tanya Nafiz apabila dia sudah menyentuh stokin Mia di bahagian yang terseliuh.

"Pedih sikitlah." Jawab Mia masih lagi dalam kesakitan.

Nafiz mengurut perlahan kaki Mia. Dia melihat Mia kembali tenang. "Masih sakit lagi?"

"Tak dah. Thank you and sorry sebab marah-marah awak tadi."

"Sama-sama." Nafiz memakaikan kasut Mia kembali.

"Mia..." Nafiz memanggil nama Mia dan menyeluk poket seluarnya. Dia mengeluarkan sekotak baldu berwarna merah. Perlahan-lahan tangannya membuka kotak baldu berwarna merah itu. "Will you be my wife forever and ever?"

Sorry klau ada typo... Nafiz lamar Mia ke tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience