4. WhatsApp

Short Story Completed 11132

Nafiz tergesa-gesa masuk ke dalam pejabatnya. Dia dah tersangattt lambat! Ini semua gara-gara belanja perempuan yang dia tak kenal tadi.

"Kenapa kau lambat masuk? Nasib aku cover kau tadi. Kalau tak, memang dah kena marah dah kau dengan uncle."

"Sorry Akmal, tadi aku kena paksa belanja perempuan gila. Dahlah, aku masuk dulu nanti aku cerita. Thank you bro." Nafiz sudah pun melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Akmal mengerutkan dahinya. Keningnya bertaut. "Belanja perempuan gila?" Akmal hanya menggelengkan kepalanya kemudian dia terus berlalu dari situ.

Nafiz menghempaskan punggungnya kasar ke atas kerusinya. Dia menghela nafas berat. Tadi selepas sahaja belanja perempuan yang dia tidak kenal itu dia segera bayar dan berlari keluar meninggalkan perempuan itu sendirian terpinga-pinga.
*****
Mia tersenyum sendirian memandang kad yang sedang berada di tapak tangannya. Tadi semasa lelaki yang belanja dia tadi berlari lelaki itu tercicir kadnya.

"Best Book Popular.... Encik Nafiz Izham." Gumam Mia sendirian. Rupa-rupanya Nafiz pun boss di kedai buku. Kedai buku paling terkenal lagi tu!

Mata Mia terhenti pada sebaris nombor yang tertera di atas kad itu. Dia tersenyum nakal. Dengan pantas tangannya mencapai telefonnya dan menyimpan nombor Nafiz.

TOK! TOK! "Cik Mia?" Rissa pembantu peribadinya mengetuk pintu pejabat Mia sekaligus mematikan lamunan Mia.

Mia mendongakkan kepalanya memandang Rissa yang sedang berdiri di luar pejabatnya. "Yes?" Mia dapat meneka apa yang akan ditanyakan oleh Rissa.

"Kenapa Cik Mia sampai lambat tadi?"

"Saya lapar tadi. Jadi saya pergi sarapan dulu tadi." Jawab Mia selamba.

"Tapi Cik Mia... Cik Ika marah tadi dan dah batalkan perjanjian kita dengan syarikatnya." Balas Rissa.

"Biarlah dia. Bila-bila masa lagi kita akan dapat syarikat yang nak bergabung dengan kita. Ingat, rezeki ada di mana-mana."

"Tapi Cik Mia Syarikat Ika Book adalah satu-satunya Syarikat yang terkenal!"

"Kalau macam tu nanti kita cari Syarikat yang lagi terkenal dari Ika Book. Saya bukannya sengaja nak datang lambat tapi terlambat." Balas Mia lagi.

'Haih, boss aku ni!' Walau macam mana pun bossnya itu tetap akan keras kepala dan takkan mengaku kesalahan yang dia sendiri buat. "Yelah kalau Cik Mia dah cakap macam tu. Saya pergi dulu." Rissa segera berjalan pergi dari situ.
*****
TUT! TUT!

Nafiz mengalihkan pandangannya pada telefonnya yang berbunyi menandakan ada WhatsApp masuk. Nafiz mencapai telefonnya dan terus membuka aplikasi WhatsApp.

-Oii, saya ni Mia yang awak belanja tadi. Tadi awak tercicir business card awak. So, dari situlah saya dapat nombor tel awak. Awak jangan perasan saya ambil nombor telefon awak sebab awak handsome! Saya ambil sebab terhutang budi pada awak je. Tu je!-

Nafiz mengurut dahinya selepas membaca WhatsApp itu. "Macam mana aku boleh tercicir kad tadi? Tak pasal-pasal perempuan gila ni dah ambil nombor aku!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience