7. Muka Beku

Short Story Completed 11135

"Saya nak jumpa Cik Mia." Bagitau Nafiz pada Rissa.

"Buat masa sekarang ni, Cik Mia tak nak jumpa sesiapa." Balas Rissa pula.

"Tapi saya nak bincang perkara yang betul-betul mustahak!" Desak Nafiz.

"Maaf Encik Nafiz Cik Mia dah bagi arahan untuk tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam pejabat Cik Mia." Balas Rissa lagi.

"Tapi..." Tanpa ingin berbalah lagi Nafiz berlari merempuh masuk ke dalam pejabat Mia tanpa sempat Rissa menghalang.

"Mia!" Nafiz membuka pintu pejabat Mia dengan mengejut.

"Maaf Cik Mia saya tak sempat halang Encik Nafiz." Ucap Rissa serba salah.

"Tak apa. Awak boleh keluar. Terima kasih Rissa." Balas Mia dan kemudian matanya dialihkan ke skirn komputernya.

"Saya minta maaf sangat-sangat Mia. Saya tahu saya salah. Awak jangan lah buat saya makin rasa bersalah." Nafiz memandang Mia yang matanya tidak ingin pun memandang wajahnya sekali dengan pakej muka beku yang sejak dari tadi ditayangkan.

"Mia..."

Sepi. Suara garau Nafiz hanya seperti angin lalu ditelinga Mia.

"Mia, I am really sorry... Please, pandang lah saya." Rayu Nafiz lagi.

Sepi. Sunyi.

"Nuramia!!!" Kerana berasa geram dengan sikap Mia yang tidak mengendahkannya Nafiz memanggil Mia dengan suara yang lebih kuat dan sekali dengan sebut nama penuh Mia.

Walau macam mana pun Nafiz menjerit Mia tetap dengan pendiriannya dari tadi tidak layan Nafiz.

"Mia please, pandang saya!"

Dengan selambanya Mia meneguk sedikit air milo panas di sebelahnya dengan tidak mengendahkan Nafiz.

Nafiz menghela nafas berat. Kakinya laju berjalan ke arah Mia dan tangannya laju memusingkan kerusi Mia menghadapnya.

Mia terkejut tapi dia masih cuba kawal riaksinya. Matanya dilarikan ke arah lain, tak nak pandang Nafiz yang dah merayu tak habis-habis.

Di luar, Rissa tergelak kecil melihat aksi Nafiz. "Kau nak minta maaf dengan Cik Mia? Nak dia maafkan kau? Cairkan dulu hati dia yang dah terluka tu!"

"Mia bagitaulah saya apa saya boleh buat untuk awak maafkan saya?" Pinta Nafiz.

"Keluar." Hanya sepatah perkataan keluar dari mulut Mia membuatkan Nafiz tergamam.

Perlahan-lahan kaki Nafiz melangkah pergi dari situ apabila melihat kekecewaan Mia terhadap dirinya begitu tinggi.

Mia merajukkk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience