18. Twins

Short Story Completed 11132

"Bie, sweetie ada nak bagitau bie something ni."

"Apa?" Soal Haikal seraya matanya menatap wajah Khalisya yang manis dan comel. Semakin tembam pipi Khalisya.

"Our juniors are coming soon." Jawab Khalisya membuatkan kening Haikal bertaut.

"Hah? Tak faham." Haikal berterus-terang.

Khalisya tidak menjawab sebaliknya, tangannya meraih tangan milik Haikal dan dilekapkan ke atas perutnya. "Our juniors are coming soon." Khalisya mengulangi ayatnya.

"Our... juniors?" Soal Haikal seakan tidak percaya.

"Yes! I'm pregnant a twins." Jawab Khalisya lagi seraya memeluk erat Haikal bersama dengan linangan air matanya.

"Are you serious, sweetie? Are... you pregnant?" Haikal bertanya lagi tapi kali ini bersama dengan linangan air matanya.

Khalisya menganggukkan kepalanya berkali-kali. "I'm pregnant! Twins!"

"Thank you, sweetie!" Akibat terlampau gembira Haikal mencempung badan Khalisya dan dipusingkannya tapi masih berada dalam kawalannya. Dia sangat-sangat gembira!
*****
Ting Tong! Ting Tong!

Lonceng rumah Haikal dan Khalisya berbunyi menandakan ada orang datang.

"No, it's okay. Sweetie duduk. Biar bie yang pergi tengok." Halang Haikal apabila melihat Khalisya seakan ingin berdiri. Haikal berjalan ke arah pintu dan membuka pintu rumah. Matanya terpaku.

Wajah seorang gadis dipandang lama. "Li...Liana?"

"Yes. Jangan salah faham! Saya datang sini sebab nak bagi ni." Kad perkahwinan yang telah berada di atas tapak tangannya diserahkan kepada Haikal yang sedang terkejut memandangnya.

"Ouh..." Baru Haikal faham. Liana dah nak kahwin. "Masuklah." Pelawa Haikal pada Liana.

"Tak apa. Saya nak kena pergi tempat lain lagi. Sorry. Tunang saya ada dalam kereta, dia tengah tunggu saya." Balas Liana sambil jari telunjuknya ditunding ke arah kereta yang sedang berada di luar pagar rumah Haikal. "Saya dapat masuk sebab pagar rumah awak dan Khalisya tak berkunci." Sambung Liana. Dia tahu Haikal dah kahwin dengan Khalisya.

Mata Haikal tidak berkedip melihat pagar rumahnya tidak berkunci. Ni mesti sebab kes lupa ni! "Tahniah! In Syaa Allah, nanti saya dan Khalisya datang."

Liana menganggukkan kepalanya tanda faham.

Setelah, kereta tunang Liana pergi dari rumahnya dan Khalisya, Haikal segera berjalan menghampiri pagar rumahnya dan mengunci pagar rumahnya.

Usai, menutup pagar rumahnya dia segera melangkah masuk ke dalam rumahnya dan menghampiri Khalisya yang sedang menunggunya.

"Kenapa lama sangat? Siapa yang datang?" Tanya Khalisya pada Haikal setelah Haikal melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelahnya.

"Liana." Jawab Haikal membuatkan riak wajah Khalisya serta-merta berubah. "Dia datang bagi ni." Sambung Haikal seraya menyerahkan kad perkahwinan Liana dan tunangnya kepada Khalisya.

"Ouh..." Khalisya menganggukkan kepalanya tanda faham. Hampir sahaja dia tersalah faham tadi!

Happy reading semua Yeay! Khalisya mengadung anak kembar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience