17. Masa

Short Story Completed 11132

"Kenapa awak pinang saya? Saya tak kenal awak!" Jelingan tajam diberikan pada Akmal yang sedang beriak biasa sahaja di depannya.

"Kita kawan dulu. Mungkin, awak tak ingat kot. Sebab kita kawan masa zaman sekolah dulu. Saya pinang awak sebab saya dah sayang dan cintakan awak. Saya tak kahwin-kahwin lagi sebab saya nak kahwin dengan awak seorang je. Dah lama saya cari awak dan alhamdulilah, saya jumpa awak balik masa majlis nikah Mia dan Nafiz, kawan saya." Jawab Akmal panjang lebar.

Fatihah terdiam seketika mendengar jawapan Akmal. "Bagi saya masa."

"Boleh. Awak ambil lah berapa banyak masa yang awak nak. Saya tak kisah." Balas Akmal seraya bibirnya mengukirkan senyuman manis.
*****
Mia mengusap-usap perutnya yang masih kempis. Tadi dia pengsan dan kelam kabut Nafiz membawanya ke hospital. Alhamdulilah, mereka dapat berita gembira. Dia mengadung.

"Thank you baby. Sebab dah mengadungkan anak hubby. Tak sabar nak tunggu baby ni besar." Tangan Mia diraih dan diusap perlahan.

Mia hanya membalas dengan senyuman manis.
*****
"Bie, sweetie ada nak bagitau bie something ni."

"Apa?" Soal Haikal seraya matanya menatap wajah Khalisya yang manis dan comel. Semakin tembam pipi Khalisya.

Slow update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience