13. Tunang

Short Story Completed 11132

"Mana papa dan ummi?" Tanya Mia pada Nafiz sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Nafiz.

"Papa dan ummi dah keluar."

"Aik, keluar? Pergi mana?" Tanya Mia hairan.

"Entah. Tak tahu. Biarlah, dia orang. Mungkin dia orang nak bagi kita masa bersama kot..." Balas Nafiz seraya melabuhkan kepalanya ke atas paha Mia.

"Petang ni kita pergi rumah Ibu Hajar kan?" Tanya Mia meminta kepastian.

"Erm, iya. Tadi kan... papa ada tanya lepasni kita nak tinggal di mana."

"Lepastu, hubby jawab apa?"

"Hubby jawablah yang hubby dah beli rumah untuk kita bertiga." Jawab Nafiz seraya tersenyum.

"Ouh... thank you hubby." Satu kucupan diberikan di atas dahi Nafiz. "Ehh, kejap!" Mia tersedar sesuatu. "Kita bertiga? Siapa lagi seorang hubby?"

"Ehh, salah! Bakal bertiga!" Jawab Nafiz dan ketawanya pecah.

Mendengarkan itu, pantas tangan Mia mencubit lengan Nafiz. Pipinya sudah mulai merah.

"Malu eh? Hubby gurau jelah... Ni baby okey tak kita tinggal sama-sama?"

Mia menggelengkan kepalanya. "Apa punya soalan lah hubby ni? Mestilah okey! Hubby kan suami baby lainlah kalau kita belum kahwin."

"Ouh ye ke? Hubby cadang nak bawa baby pergi honeymoon lah..."

"Honeymoon? Dekat mana?"

"Belum tahu lagi. Nanti baby pilih lah tempat mana yang baby suka."

"Ermm... hubby kalau... baby nak request something boleh?" Tanya Mia ragu-ragu.

"Boleh... nak request apa? Nak hubby kiss pipi ke? Ke dahi? Ke..."

Belum sempat Nafiz menghabiskan ayatnya tangan Mia pantas mencubit lengan Nafiz. Kalau merah tak tahulah! "Bukan lah! Kalau baby ajak Haikal dan Khalisya sekali boleh? Sebab dia orang tu belum pergi honeymoon... Boleh tak hubby?"

"Boleh je... Tapi bilik kena asing-asing lah. Baby dengan hubby, Haikal pula dengan Khalisya." Balas Nafiz.

"Apalah hubby ni! Mestilah dia orang berdua. Kita berdua!"

"Ouh ye ke? Picit kepala hubby." Pinta Nafiz seraya mengukirkan senyuman manis.

Mia tersenyum. Tangannya naik memicit kepala Nafiz.
*****
"Mana Rizal ni?" Tanya Fatihah pada diri sendiri. Dari tadi dia menunggu Rizal namun bayang Rizal pun tidak kelihatan. Rizal ialah tunangnya dan mereka telah bertunang selama dua tahun.

Tiada langsung tanda-tanda Rizal ingin menghalalkannya sejak dulu. Mereka jarang berjumpa kerana Rizal selalu mengelak kalau berjumpa pun hanya Fatihah yang terlebih teruja tidak Rizal. Call atau WhatsApp pun hanya Fatihah bukan Rizal.

"Sorry lambat." Rizal akhirnya sampai. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Fatihah.

"Kenapa tiba-tiba ajak jumpa?" Tanya Fatihah pelik. Sebab sebelum ni belum pernah-pernah Rizal ajak berjumpa.

"Kita...."

Nafiz-Nafiz gatal je memanjang...><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience