2. Rantai

Short Story Completed 11135

Khalisya bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Kalau sebelum ni rambutnya selalu diikat tinggi, sekarang ni selepas kahwin dia selalu melepas rambutnya kerana Haikal kata dia lebih cantik kalau melepaskan rambutnya.

"Sweetie..." Haikal memeluk Khalisya dari belakang.

"Kejap bie. Dah nak pergi ke? Sikit lagi sweetie nak siap. Okey dah siap!" Khalisya mengenakan sentuhan terakhir dengan lipstick berwarna merah.

"Tutup mata." Arah Haikal pada Khalisya.

"Why?" Tanya Khalisya pelik.

"Tutup je..." Bisik Haikal di telinga Khalisya.

Khalisya menutup matanya. Terasa ada sesuatu perlahan-lahan bergerak di lehernya.

"Kejap jangan dulu buka. Okey done!" Khalisya membuka matanya.

Khalisya tersenyum gembira apabila ternampak seutas rantai di lehernya. "Wow! Terima kasih bie! Ehh, kejap!" Khalisya menilik rantai itu. "Ni bukan yang?..... Pandora!"

Terkejut bukan kepalang Khalisya apabila rantai pandora yang diidam-idamkan sekarang ni telah pun berada di lehernya. Khalisya memusingkan badannya ke belakang menghadap Haikal.

"Bie!" Khalisya sudah pun mahu menangis. Air mata bertakung di tubir matanya.

"Mahal ni bie..." Khalisya memegang rantai pandora yang sudah menjadi miliknya itu.

"Mahal lagi isteri bie ni." Haikal mencuit hidung Khalisya. "Bie tahu sweetie memang dah lama nak kan? Jadi bie belikan lah. I love you sweetie." Tangan Haikal naik melingkar di pinggang Khalisya.

"Tapi.... sweetie takde beli apa-apa pun dekat bie. Dahlah tak boleh bagi..."

"Hey!" Haikal cepat-cepat memotong percakapan Khalisya. "Bie dah cakap kan tak payah cakap pasal anak? Bukan tak boleh bagi tapi belum ada rezeki. Jangan cakap pasal hal ni lagi boleh? Sweetie dah beri segalanya. Sweetie dah jadi isteri yang paling terbaik di dunia ni."

"Okey bie. I am sorry and thank you so much." Khalisya mencium kedua-dua belah pipi Haikal. Kemudian, mereka berdua tersenyum.
****
"Selamat pagi Puan Khalisya." Sapa salah satu perkerjanya di Butik Queen itu.

Khalisya menganggukkan kepalanya tanda membalas sapaan itu.

"Cantik rantai tu." Tegur salah seorang perkerjanya lagi.

"Terima kasih."

"Hai, Khalisya!" Mia berjalan ke arah Khalisya.

"Mia? Dah lama ke kau tunggu aku?"

"Taklah baru je. Ni aku nak bagitau Mak Jah suruh kau dan Haikal singgah rumah nanti. Dia rindu sangat tu dengan kau orang berdua. Aku gerak dulu. Aku pun dah lambat nak pergi kerja ni. Bye!"

"Bukan kau boss ke?" Tanya Khalisya pelik.

"Aku ada meeting hari ni. Oklah, aku gerak dulu!" Jawab Mia dah segera berjalan keluar dari Butik Queen itu.

"AAH!" Mia terjatuh akibat di langgar oleh seseorang.

"Maafkan saya Cik."

Mia mendongakkan kepalanya memandang suara garau itu. "Awak tak nampak saya ke?" Tanya Mia seraya berdiri.

"Saya dah lambat nak pergi kerja. Saya terburu-buru tadi. Saya minta maaf sekali lagi. Saya pergi dulu." Nafiz baru ingin melangkah namun ada sepasang tangan menyambar tangannya.

"Belanja saya sarapan." Balas Mia. Walaupun dia tahu dia ada meeting namun dia tak kisah.

Nafiz melepaskan tangannya dari pegangan Mia. "Saya dah lambat dah ni. Lagipun, awak tak apa-apakan?"

"Aduh! Lutut saya sakit!" Mia berpura-pura jatuh. Sekali-sekala minta orang belanja apa salahnya kan?

'Macam-macam lah perempuan ni!' Getus Nafiz dalam hati.

"Belanja saya?" Mia mengelip-ngelipkan matanya.

"Saya dah lambat dah ni!"

"POLIS! POLIS!" Mia terjerit-jerit memanggil polis apabila melihat Nafiz seakan ingin pergi.

"Apa awak buat ni?" Tanya Nafiz gelabah.

"Saya nak awak belanja saya kalau tak saya jerit panggil polis, nak?"

"Yelah-yelah Mari." Nafiz mengajak Mia. Akhirnya, dia terpaksa beralah dengan orang yang dia tidak kenal.

"Thank you." Mia cepat-cepat berdiri dan mengikuti Nafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience