11. Nikah

Short Story Completed 11135

Alhamdulilah, pagi itu hanya dengan sekali lafaz Nafiz sudah sah menjadikan Mia miliknya. Habis bergetar tangannya tadi saat tangannya bersalaman dengan tok kadi.

Selepas mereka sah bernikah Mia terus masuk ke dalam bilik Nafiz. Mereka tidak bersanding mereka hanya bernikah sahaja. Dalam debaran Mia menunggu Nafiz.

KLAK! Bunyi pintu bilik dibuka. Mia segera memusingkan badannya membelakangi orang yang masuk ke dalam bilik Nafiz.

"Malu ke...?" Satu suara garau menyapa gegendang telinga Mia. Mia menelan air liurnya. Dia tahu itu suara Nafiz. Nafiz melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.

"Yeay, kita dah kahwin!" Tangan Nafiz naik menggenggam erat tangan Mia. Dia dapat merasakan tangan Mia sejuk. "Sini." Perlahan-lahan Nafiz memusingkan badan Mia mengahadapnya.

Mia menundukkan kepalanya tanda dia malu. Mata Nafiz tidak lepas dari memandang Mia sehingga pipi Mia mula naik kemerah-merahan. Tangan Nafiz naik mencuit manja hidung Mia geram. "Malu ke? Akhirnya, baby dah jadi isteri dan milik hubby seorang!"

Mia mengerutkan dahinya. Keningnya bertaut. Dia salah dengar ke? "Baby? Hubby?"

"Nama panggilan kita sekarang. Takkan lah nak panggil saya, awak lagi kan?"

"Tapi... baby? Hubby tu okey."

"Hubby panggil baby, baby sebab baby ni manja." Jawab Nafiz dan terus ketawanya pecah.

Mendengarkan itu pantas tangan Mia naik memukul lembut tangan Nafiz. "Baby ni manja ke?"

"Ermm, manja... Pandang sini." Tangan Nafiz naik memegang kedua-dua belah pipi Mia dan mengalihkan wajah Mia memandangnya.

Mata mereka bertaut buat seketika. Jantung berdegup kencang seperti sedang bahagia. Mereka berdua saling mengalirkan rasa bahagia dengan memandang antara satu sama lain.

"Hubby, janji pada baby yang hubby akan beri baby kasih sayang yang tak pernah baby dapat sebelum ni dan hubby akan beri lebih lagi dari tu. Hubby akan jaga baby sehingga akhir nafas hubby. Jantung ni hanya akan berdegup untuk baby dan hati ni hanya akan ada nama baby. Hubby janji." Nafiz mengucup lembut dahi Mia.

"Thank you hubby. Lepasni, baby janji akan ikut cakap hubby dan baby akan tutup aurat." Balas Mia pula.

"Hubby tak paksa. Tapi slow-slow okey... Slowly but surely." Tangan Nafiz naik mengusap lembut kepala Mia.

"I love you hubby. Thank you sebab dah terima baby jadi isteri hubby walaupun hubby tahu baby tak sebaik, secantik dan seayu perempuan lain."

"No, baby dah lebih sebaik, secantik dan seayu dari perempuan lain. I love you too."

Akhirnya dpt juga publish Bidadari Untukmu 2 ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience