Epilog (Bidadari Untukmu 2)

Short Story Completed 11135

ENAM TAHUN KEMUDIAN,

(Haikal dan Khalisya)

"Bie, dah balik? Bie, cakap bie balik jam sepuluh malam. Tapi sekarang baru jam sembilan malam." Mata Khalisya dialihkan semula memandang wajah Haikal yang baru sahaja duduk di sebelahnya setelah dia melihat jam yang tergantung di dinding.

"Kerja habis awal, jadi bie balik awal lah. Kenapa tak suka ke, bie balik awal?" Soal Haikal sengaja ingin mengusik Khalisya. Tangannya naik mencuit manja hidung Khalisya.

"Apalah bie ni! Sweetie tanya je." Muncung sedepa dikeluarkan apabila mendengar soalan Haikal. Dia berpeluk tubuh.

"Okey, okey, sorry." Tubuh badan Khalisya ditarik ke dalam pelukan dan tangannya naik mengusap lembut kepala Khalisya. Sejak mengadung buat kali kedua ini, Khalisya cepat terasa hati dan sentap.

"Bie, dah tak sayang sweetie ke? Sampai cakap macam tu?" Suara Khalisya mula bertukar sebak.

"Bie gurau je. I'm sorry. Siapa cakap bie dah tak sayang sweetie? Bie sayanglah. Bie hargai sweetie sangat-sangat sebab dah mengadungkan dan melahirkan anak-anak bie." "Mana Khairina dan Khaira?" Soal Haikal pula.

"Dah tidur." Jawab Khalisya.

"Baby pula? Baby okey ke duduk dalam perut mummy ni? Bila baby nak keluar? Daddy tak sabar nak jumpa baby." Tangan Haikal dilekapkan ke atas perut Khalisya yang sudah masuk tujuh bulan.

"Mummy! Daddy!" Khairina dan Khaira yang baru sahaja terjaga dari tidur itu, berlari keluar dari bilik mendapatkan mummy dan daddy mereka.

Nur Khairina Humaira ialah kakak dan Nur Khaira Hidayah ialah adik. Kedua-dua mereka ialah kembar seiras. Cuma yang membezakan mereka Khaira ada lesung pipit manakala, Khairina tiada lesung pipit.

"Kenapa ni sayang-sayang daddy?" Soal Haikal pada kedua-dua anak perempuannya. Sebaik sahaja Haikal mendepakan tangannya terus Khairina dan Khaira berlari merempuh masuk ke dalam pelukan Haikal.

"Bila baby nak keluar?" Soal Khairina.

"Tak tahulah. Cuba kakak tanya baby." Balas Haikal.

Khairina menghampiri Khalisya. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelah Khalisya. Kepalanya ditundukkan memandang perut Khalisya. "Jangan lama-lama dalam perut mummy tau." Tangan Khairina naik mengusap-usap perut Khalisya.

Khalisya hanya tersenyum memandang wajah manusia-manusia yang dia paling sayang dan cinta silih berganti. Tak lama lagi ahli keluarga mereka akan bertambah.

DUA BULAN KEMUDIAN,

"Alhamdulilah, sweetie dan baby selamat. Baby boy lah sweetie. Kali ni, kita dapat baby boy." Satu kucupan diberikan ke atas dahi anak lelakinya yang sedang berada dalam tempat bayi.

"Alhamdulilah. Nak letak nama apa?" Soal Khalisya pada Haikal.

Haikal berjalan menghampiri Khalisya. Ditatap wajah Khalisya seketika. Satu kucupan diberikan ke atas dahi Khalisya dan tangannya naik mengusap perlahan kepala Khalisya. "Sweetie nak bagi nama apa?"

"Khairul Hadi. Sedap kan?"

"Sedap. Pandai sweetie pilih nama." Puji Haikal. Alhamdulilah, dia sangat-sangat bersyukur Khalisya selamat melahirkan anak lelakinya.

"Mana Khairina dan Khaira?" Soal Khalisya. Sejak dari tadi, dia tidak nampak kelibat anak-anak perempuannya.

"Kejap lagi, dia orang sampai dengan ibu Hajar, Fatihah dan Akmal. Mia dan Nafiz pula datang lewat sikit dia orang cakap." Jawab Haikal.

Khalisya hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

(Mia dan Nafiz)

"Baby aunty Khalisya dah keluar. Baby mama dan papa pula bila nak keluar?" Diusap perlahan perut Mia yang sudah masuk enam bulan. Mia sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga.

Anak mereka yang pertama ialah lelaki dan diberi nama Mahfuzh Najmi. Berumur lima tahun. Manakala, anak mereka yang kedua berumur tiga tahun iaitu Nurin Melissa.

"Baby lambat lagi lah papa. Baby baru enam bulan." Balas Mia membuat suara seperti budak kecil. Mereka baru sahaja bertolak ke hospital ingin melawat Khalisya yang baru sahaja bersalin anak ketiga Khalisya dan Haikal.

"Kita nak pergi mana ni, mama papa?" Soal Mahfuzh pada Mia dan Nafiz.

Pandangan Mia dialihkan ke belakang kerusi di tempat anak-anaknya sedang duduk, Mahfuzh dan Melissa. "Kita nak pergi melawat aunty Khalisya. Aunty Khalisya baru bersalin." Jawab Mia pada Mahfuzh.

"Mama pula bila nak bersalin?" Soal Mahfuzh lagi. Anak lelakinya, itu agak petah bercakap.

"Mama lambat lagi nak bersalin." Jawab Mia. Di layankan sahaja sikap anak lelakinya yang suka bertanya soalan yang sama berulang kali.

(Fatihah dan Akmal)

"Ibu, handsome tak Faiq?" Soal Faiq yang baru sahaja berdiri di hadapan Fatihah.

"Handsome! Anak ibu dan abah memang handsome!" Ditariknya Faiq ke dalam pelukannya.

Faiq Aiman ialah anak lelakinya dan Akmal yang berumur empat tahun dan dia juga sedang mengandungkan anak kedua mereka yang telah masuk tujuh bulan.

"Ibu, bila baby nak lahir? Faiq tak sabar nak jumpa adik. Orang lain dah ada adik. Faiq je belum lagi." Adu Faiq. Muncung sedepa dikeluarkan.

"Sabarlah, Faiq. Adik tak lama lagi akan keluar. Nanti bila adik dah keluar Faiq tolong ibu dan abah jaga adik tau?" Tangan Akmal naik mengusap lembut kepala anak lelakinya. "Jomlah, semua dah siapkan?"

"Haah. Jom!" Mereka baru bertolak ke hospital ingin melawat Khalisya yang baru sahaja bersalin.

DUA TAHUN KEMUDIAN,

(Haikal dan Khalisya)

TOK! TOK! TOK!

Khalisya berjalan ke arah pintu rumahnya. Tangannya naik memulas tombol pintu dan membuka pintu rumahnya.

"Assalamualaikum." Haikal memberi salam seraya kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Setelah Haikal masuk ke dalam rumah, Khalisya menutup semula pintu rumah dan berjalan ke arah Haikal. "Lewat bie balik?"

"Haah. Banyak kerja dekat office." Jawab Haikal seraya tangannya menarik tangan Khalisya mengikutinya naik ke bilik mereka.

"Mana Khairina dan Khaira?" Soal Haikal pada Khalisya.

"Dah tidur."

"Khairul?" Soal Haikal lagi.

"Pun dah tidur."

"Kalau macam tu, jom kita pergi khemah. Nak tak?"

"Boleh juga." Balas Khalisya.

Mereka berdua sama-sama melabuhkan punggung masing-masing ke atas khemah yang telah dibuka zipnya. Khemah ini ialah tempat Haikal dan Khalisya duduk bersama-sama dan meluangkan masa bersama-sama.

"Cantiknya bulan hari ni." Kepala Khalisya dilabuhkan ke atas bahu Haikal. Manakala, tangan Haikal naik melingkar di pinggang Khalisya.

"Haah. Indahnya, ciptaan Allah." Ucap Haikal membalas ayat Khalisya.

"Bie tahu tak, sweetie rasa bahagia sangattt sekarang ni. Dulu sweetie fikir kita takkan dapat anak langsung tapi rupa-rupanya sweetie silap! Allah dah bagi kita anak kembar perempuan dan seorang lelaki. Sweetie rasa bersyukur sangat-sangat sebab anugerah yang Allah bagi ni. Sweetie happy!"

"Alhamdulilah. Bie pun happy juga sebab dapat isteri macam sweetie ni, yang sanggup mengadungkan anak-anak kita dan melahirkan anak-anak kita dan juga sanggup jadi suri rumah sepanjang masa hanya untuk bie dan anak-anak kita. Thank you untuk semua ni, sweetie. Thank you sebab sweetie dah banyak berkorban untuk bie dan anak-anak kita. Thank you sebab dah sayang dan jaga anak-anak kita selama ni dan thank you sangat-sangat sebab dah sayang dan cintakan bie. I love you until my last breath. Only you." Tangan Haikal naik mengusap lembut pipi Khalisya yang putih bersih.

"Sama-sama bie. Sweetie juga nak ucap terima kasih pada bie sebab dah kerja keras untuk sweetie dan anak-anak kita dan selalu layan perangai sweetie dan anak-anak. Thank you. Thank you so much! I will always love you no matter what happen to me or you." Balas Khalisya. Tangannya naik menggenggam erat tangan milik Haikal yang sedang mengusap pipinya.

Sungguh dia bahagia bersama dengan Firdaus Haikal dan In Syaa Allah, bahagia ini akan sampai bila-bila.

Happy reading guys Alhamdulilah, akhirnya tamat juga BIDADARI UNTUKMU 2 ni. Terima kasih semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience