BAB 2

Romance Series 111617

Selesai menghantar penumpang terakhir, toyota vios Kayla akhirnya berhenti disebuah restoran mamak yang terkenal. Niatnya untuk membungkus makanan. Jam di tangannya sudah menunjukkan angka satu pagi. Topi yang digunakannya itu ditanggalkan lalu beg duitnya dicapai. Sempat dia membelek wajahnya di cermin kereta untuk melihat kekurangan.

"Mata okay, tahi mata takde, dan.... Perfect!" Katanya sambil tersengih sendiri. Telefon Samsung S5nya dicapai. Telefon yang dibeli ketika bonus awal tahun ini masuk. Hanya itu peluang yang menjengahnya. Harapkan gaji bulanan, dia rasanya tidak mahu membuang duit kerana banyak lagi perkara yang lebih penting.

Keluar saja dari keretanya, dia terus melangkah masuk ke restoran itu. Jam satu pagi, restoran itu masih dipenuhi pelanggan. Langkahnya terus dibawa ke arah barisan lauk. Satu persatu lauk dan sayuran itu di teliti. Tiada yang menarik perhatiannya. Dia akhirnya membawa diri ke kaunter.

"Nasi goreng USA, bungkus." Katanya pada penjaga kaunter.

"Pedas ke original?" Tanya penjaga kaunter yang berbangsa india.

"Original." Jawab Kayla diiringi senyumannya. Penjaga kaunter itu mengangguk sambil menekan-nekan mesinnya.

"Rm9." Kayla menghulurkan not rm10. Penjaga Kaunter itu mengembalikan bakinya seraya menyuruhnya duduk untuk menunggu. Kayla menuju ke kerusi di hadapan kaunter namun langkahnya terhenti bila terdengar namanya dipanggil.

"Kayla.." Serentak Kayla menoleh ke arah suara lelaki itu. Macam kenal. Pandangannya terhenti pada sekumpulan lelaki di satu sudut yang sedang memandang ke arahnya. Berkerut dahinya. Tiada satupun antara mereka yang dia kenali. Seseorang yang kepalanya terlindung menonjolkan wajahnya dengan sengihan membuatkan Kayla tersenyum.

"Iman." Kayla memandang ke arah jam tangannya. Terangkat keningnya seketika. Melihat gamitan Iman, dia serba salah untuk menghampirinya, kerana keadaan Iman yang dikelilingi rakan-rakannya. Namun dia tetap melangkah menuju ke arah Iman.

"Lewatnya awak keluar?Tak nak duduk?" Tanya Iman sambil menarik sebuah kerusi untuknya. Kayla tersengih seketika. Pandangan empat pasang mata ke arahnya membuatkan dia tidak selesa.

"Saya keluar beli makanan je. Lagipun rumah sayakan dekat sini." Jawab Kayla sambil menolak pelawaan Iman. Iman mengangguk faham.

"Awakpun lewat sangat keluar." Ulas Kayla sambil mengerling rakan-rakan Iman. Semuanya memiliki wajah yang kacak dan berbadan sado.

"Kitaorang dari gim tadi. Ni kawan-kawan saya. Depan saya ni Syakir, sebelah saya ni Reza dan di depan Reza ni, Firash." Iman memperkenalkan mereka satu persatu membuatkan Kayla terpaksa memandang mereka satu demi satu sehinggalah pandangan matanya bertemu dengan lelaki yang bernama Firash. Pandangan lelaki yang bernama Firash itu membuatkan hatinya sedikit berdebar. Iris mata Firash yang berwarna hazel dan bagaikan memakai kanta lekap menarik perhatian Kayla. Bulu matanya lebat melentik, mengalahkan bulu matanya. Kayla berdehem sejenak kemudian mengukir senyumannya tipis. Masing-masing menghulurkan tangan untuk salaman.

"Hai, saya Kayla." Kayla memperkenalkan dirinya sambil diperhatikan oleh Iman.

"Kayla je?" Firash mengajukan pertanyaan sambil menjongket kening nakal bila tiba gilirannya bersalaman. Firash. menggenggam erat tangan Kayla dan pandangan matanya tepat ke mata Kayla membuatkan Kayla laju melarikan anak matanya.

"Kayla Tihani Zarra. Panggil Kayla." Jawab Kayla sedikit segan. Segan dengan namanya yang mungkin sedikit pelik.

"Tengku Firash Aqasya. Panggil Fir je. Dan I prefer call you Tihani. Look nice and better than Kayla." Panjang lebar Firash memberikan panggilan baru membuatkan kesemua mereka tergelak disitu. Faham dengan permainan Firash. Kayla cuba untuk melepaskan genggaman tangan Firash tapi sayang, Firash semakin mengeratkan pegangannya. Iman yang melihat ketidakselesaan Kayla memanjangkan tangan menepuk bahu Firash.

"Dah lah Fir. Dia bukan mainan kau. Dia kawan sekerja aku." Tegur Iman tegas. Firash tersengih sambil melepaskan genggamannya. Sempat dia mengenyitkan matanya pada Kayla membuatkan Kayla tersentak melihat itu. Wajah berubah merah padam menerima kenyitan itu. Hatinya sedikit berdebar. Iman mengelengkan kepalanya.

"Err...Saya balik dulu Man. See you tomorrow, and.. Nice to see you guys." Kata Kayla membawa dirinya pergi sebelum sempat Iman menjawabnya. Malunya menggungung kerana wajahnya yang membahang sebentar tadi. Bukan dia tidak biasa menerima kenyitan mata daripada mana-mana lelaki tapi mata Firash seakan memukau pandangannya.

Sebaik Kayla pergi, tiga pasang mata menghala ke arah Iman membuatkan Iman kehairanan. Dia mengangkat kening tanda bertanya.

"Kau tak pernah cakap yang kau ada buah hati?" Soal Syakir sedikit tidak puas hati. Membulat mata Iman mendengar perkataan 'buah hati' yang disebut oleh Syakir.

"Buah hati? Kayla?" Tanya Iman sambil tergelak. Dia tidak menyangka yang boleh berfikir sampai ke situ.

"Yeah? Buah hati kaukan?" Giliran Reza mencelah. Serentak Iman ketawa berdekah-dekah mengundang perhatian sekeliling. Firash hanya memerhatikan air muka Iman.

"Kayla tu kawan sepejabat aku. Bukan buah hati aku." Balas Iman masih dengan sisa ketawanya.

"Betul?!" Firash meminta kepastian membuatkan Iman menyambung tawanya.

"Betullah. Korang ni dah kenapa? Aku tak minat lagilah nak berbuah hati." Balas Iman sambil menarik tisu di tengah meja.

"Kau tak bagitahu aku yang kau ada kawan sepejabat cantik macam bidadari? Boleh kami 'try'." Giliran Firash bertanya dengan nada meleret dan riak wajah nakal siap menjongket keningnya. Air sirap di hadapannya dicapai lalu disisipnya sambil matanya dihalakan ke arah wajah Iman. Iman menjongket kening melihat pandangan penuh makna itu.

"Fir.. Dia bukan taste korang. Dia bukan macam perempuan kelab malam yang korang usung sini sana." Ujar Iman sambil memandang mereka satu persatu. Hatinya mula resah. Terangkat kening Reza mendengarnya.

"Wow! Biar betul Iman. Kau sedang membela kaum hawa. Selalunya kau tak kisahpun kami nak angkut mana-mana perempuan." Komen Syakir sambil menyungging senyum. Iman mengeluh kasar.

"Kau suka dia?" Teka Firash memandang tepat ke wajah Iman. Iman tergelak perlahan mendengar serkap jarang Firash. Suka? Mungkin ya tapi, dia tidak mungkin mengakuinya. Lagipun statusnya menghalang dia untuk mengakuinya.

"Bukan suka, tapi kalau perlu lindungi dia, aku akan lindungi dia." Meledak ketawa Firash mendengar kata-kata Iman itu.

"Bukan suka tapi akan lindungi? Apa maksudnya tu Za, Kir?" Perli Firash. Iman terdiam. Dia terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

"Betullah apa aku cakap. Sebab dia kawan aku. Aku perlulah lindungi dia dari lelaki tak berperikemanusiaan macam korang ni." Sekali lagi Iman ditertawakan disitu.

"Really Iman? Macam aku tak percaya je. Selama ni kau tak kisahpun perempuan tu kawan kau ke bukan. Tak payah nak tipulah." Kata Syakir lagi.

"Aku tak suka dialah.. Lagipun korang tak kenal dia macam mana. Lagi satu, dia nampak je macam tu tapi... Dia banyak tanggungjawab yang perlu dia lunaskan." Kata Iman cuba menjelaskan tujuan sebenarnya untuk melindungi perempuan itu dari menjadi mangsa nafsu mereka.

"Yelah tanggungjawab. Kau percaya ke yang dia tu perempuan baik-baik? Look at her wearing?T-shirt sendat, jeans ketat menampakkan bentuk apam dan buah dada." Tanpa bertapis Firash menyatakan pendiriannya membuatkan mata Iman terbeliak mendengarnya.

"Kau perhati sampai macam tu sekali Fir. Kau ni betul-betul dah melampau. Kau ingat yang bertudung tu semua perempuan baik-baik dan yang pakai macam Kayla tu bukan baik-baik ke?" Iman mendengus geram mendengar pendirian Firash yang tidak masuk akal itu.

"Memang tak semua bertudung tu baik-baik tapi... Cuba kau perhati baik-baik. Semua yang kami angkut balikpun berpakaian macam Kaylakan? Tak payah nak sok suci sangatlah. Apa nama dia? Kayla Tihani Zarra? Sekali aku tenung berdebar tak habis." Sempat Firash mengutuk Kayla. Iman mendengus perlahan. Anggapan Firash seakan terpesong jauh dari diri Kayla yang sebenar.

"Betul apa yang Fir cakap tu." Sokong Syakir. Reza hanya mendiamkan dirinya sambil memikirkan pendiriannya.

"Tak semua macam tu Fir. Jangan anggap perempuan semurah itu." Tegur Reza lagi. Iman turut mengangguk mengiakan kata-kata Reza.

"Sejak bila kau sependapat dengan Iman?" Soal Firash tidak puas hati. Reza menjongket keningnya sambil menyungging senyuman.

"Aku memang berpendapat begitu. Cumanya bila berseronok, aku lupa semua..." Kata Reza sambil ketawa. Syakir dan Firash mencebik bibir.

"Apa kata kita bet?" Kata Firash. Terbeliak mata Iman mendengar kata-kata Firash itu.

"Kau jangan nak jadikan Kayla tu barang permainan Fir." Bantah Iman tidak setuju.

"Kalau kau tak nak aku jadikan dia barang permainan, bermakna kau suka dia. Dan......i told her.." Firash seakan mengugut membuatkan Iman mendengus. Dia tahu Firash tidak akan mengalah disitu.

"Kau dah gila ke? Aku tak suka dia. Dia tu kawan aku je!" Tekan Iman. Firash herot bibir mengejek. Syakir dan Reza dipandang dengan senyuman nakal.

"Nice! So... Kau jangan nak kacau kami." Pesan Firash tegas. Kali ini Iman terdiam. Terbayang wajah Kayla yang tidak bersalah itu. Menyesal rasanya memperkenalkan Kayla pada rakan-rakannya yang gila perempuan itu.

"Bet macam mana?" Giliran Syakir dengan wajah terujanya. Terbayang tubuh montok Kayla. Gatal!

"Kalau aku dapat Kayla Tihani Zarra, korang berdua kena sponsor aku bercuti kat Bali pakej honeymoon dengan Cik Kayla. Boleh??" Firash mengangkat keningnya tanda membuat persetujuan. Syakir dan Reza ketawa.

"Itu je?? Alah, setakat Bali apalah sangat. Aku boleh je sponsor kau pergi Paris. Kerjakan Cik Kayla kat sana cukup-cukup." Kata Syakir sambil ketawa. Terangkat kening Firash mendengarnya. Iman sudah mengetap bibirnya kuat. Tidak mampu dia bayangkan apa yang akan jadi pada Kayla bila perkara itu dilakukan oleh rakan-rakannya. Bukan dia tidak kenal Firash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience