BAB 14

Romance Series 111617

PUAN SRI IRYANI mencampak kertas A4 berisi maklumat syarikat Firash. Bibir diketap kuat. Patutpun tak kisah kena halau. Dah ada sumber pendapatan sendiri. Syarikat sendiri pula tu. Rasa diperbodohkan sebagai ibu.
“Macam mana dia boleh berdikari sampai macam tu sekali? Aku ingatkan, bila halau dia dari rumah, dia akan mengalah dan merayu dengan aku?” Wajah pembantu peribadi, dipandang tajam.
Puan Syahirah tertunduk menerima pandangan tajam itu. Bibir diketap perlahan. Dia sendiri tidak sangka yang Firash boleh bertindak jauh. Lebih dari yang mereka bayangkan.
“Mungkin sebab Puan Sri pernah hantar dia duduk asrama bertahun-tahun,” teka Puan Syahirah takut-takut.
Puan Sri Iryana mengherot bibir ke tepi. Untuk kali ini, dia tidak akan berdiam diri. Dia akan buat anaknya itu mengalah dan mengikut semua kata-katanya. Wajah Dania terbayang di ruang mata. Hanya Dania yang boleh dia harapkan dalam perkara itu.

“HAI, Firash Aqasha,” tegur satu suara lunak dari arah belakang, ketika Firash baru keluar dari pejabat syarikatnya.
Spontan Firash menoleh ke belakang. Berkerut dahinya melihat seorang gadis tinggi lampai yang sedang tersenyum memandangnya. Lantas Firash menilik gadis itu dari atas ke bawah. Mak aii… ramping jangan cakap. Lawa pun cukup lawa. Tapi, dia kenalkah?
“Aku kenal kau ke?” soal Firash selamba. Kening dijongket sekali.
Gadis itu menguntum senyum.
Firash mendengus tawa. Dia cukup kenal senyuman seperti itu. Entah kenapa hatinya langsung tidak tertawan. Mungkin kalau itu Kayla, pasti dia sudah melonjak keriangan di situ. Tapi sayang, itu cumalah gadis yang asing baginya.
“Sejak bila you tak kenal tunang sendiri?” soal gadis itu sambil menjongket kening nakal. Tubuh Firash didekati dan tali leher Firash dicapai bersama senyuman menggoda yang masih tidak lekang dari bibir.
Firash tergelak sinis mendengar perkataan tunang. Ini ke Dania? Jauh beza dengan citarasa bonda yang selama ini disebut-sebut. Nak gelak juga ada.
“Tunang? Aku tak pernah bertunang. Kau salah orang ni,” balas Firash sinis. Tali leher yang dipegang Dania itu, ditarik kasar dan kening dijongket sinis.
Wajah Dania berubah serta merta. Malu mendengar penafian Firash. Namun, dia masih berusaha mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu ketara.
“Cepatnya you lupa. Bonda you baru je hantar rombongan meminang kat I,” ujar Dania. Masih cuba memaniskan wajah.
Bercantum kening Firash. Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar dan wajah Dania ditilik sinis.
“Oh, bonda ye? Tiba-tiba aku rasa kesian kat kau. Waktu bonda meminang tu, kau ada nampak muka aku tak?” Firash jongket kedua kening bersama bibir yang diherot sinis. Mahu mengenakan Dania. “Takde kan?”
Dania mengetap bibir kuat. Dia sedar yang Firash sengaja mahu memalukan dirinya.
“Kalau aku takde, maknanya aku tak pernah anggap kau sebagai tunang aku. Lagi satu, bonda yang pinang kau kan? Maknanya kau dah jadi tunang bondalah. Nanti, jangan lupa jemput aku tahu. Nak juga aku rasa nasi minyak pasangan paling ‘dilaknat’,” kata Firash dengan wajah mengejek. Tubuh dipusing untuk pergi. Namun, bila teringat sesuatu, dia kembali menoleh ke wajah Dania yang sudah kemerahan. Mungkin marah, mungkin juga malu. Tapi, dia tidak kisah. Asalkan dia puas hati dan dapat menyakiti hati Dania. “Lagi satu, bagitahu bonda, jangan pandai-pandai nak suruh kau datang jumpa aku. Kalau tak, bukan setakat bonda, tapi dengan kau sekali aku kenakan. Faham?”
Usai habiskan ayat terakhir, Firash terus memusing tubuh untuk pergi tanpa menghiraukan wajah Dania yang kelihatan marah. Padan muka! Sempat hatinya mengutuk Dania. Kalau ikut hati, bukan kutuk saja. Mahu dia heret Dania ke pejabat Puan Sri Iryani. Baru Puan Sri Iryani tahu yang dia lagi gila dari Puan Sri Iryani.

LIMA petang, Firash sudah terpacak di hadapan bangunan tempat Kayla bekerja. Berkali dia hubungi Kayla, tapi Kayla sengaja menolak panggilan darinya. Itu yang buat hatinya tambah geram. Langkah deras diatur masuk ke dalam bangunan itu. Matanya meliar mencari kelibat Kayla.
“Aik, Fir… kau buat apa kat sini?” tanya Iman sebaik mereka bertembung di lorong menuju ke bilik Kayla.
“Bakal isteri aku mana?” soal Firash tanpa menjawab soalan Iman. Mata terus meliar mencari Kayla.
Iman mengerutkan dahi.
“Bakal isteri? Ada bakal isteri kau kat sini ke?” soal Iman hairan. Dia turut memandang sekeliling untuk mencari gerangan yang dicari Firash.
Firash berdecit. Wajah Iman dipandang sekilas.
“Kayla Tihani Zara mana? Aku call langsung tak angkat,” kata Firash dengan nada geram.
Terangkat kening Iman mendengar nama penuh Kayla disebut oleh Firash.
“Hmmm… Kayla ada dalam bilik dia. Kenapa kau cari dia?”
Firash tidak menjawab, sebaliknya terus menonong ke hadapan, mencari bilik Kayla. Mata yang sedang memandang juga tidak dipedulikan. Apa yang dia peduli, hanyalah Kayla.
Tergeleng kepala Iman melihat tingkah laku Firash. Macam kucing hilang anak pun ada.
Sebaik menemui bilik Kayla, terlepas keluhan berat dari bibir Firash. Dia berhenti di muka pintu sambil memerhati Kayla yang sibuk menaip sesuatu dalam komputernya.
“Puas hati buat I macam orang gila?” sembur Firash dengan nada sedikit geram.
Terdongkat Kayla, terkejut. Mahu terjojol matanya melihat Firash yang sedang berdiri sambil bersandar di pintu. Sesaat kemudian, bibir diherot sinis.
“So, you dah gila ke sekarang?” soal Kayla sinis. Tanpa mempedulikan Firash, dia menyambung kembali kerjanya. Sibuk je mamat sekor ni! Orang sibuk nak siapkan kerja, dia menyibuk kat sini.
Mendengar reaksi Kayla, hati Firash semakin tercabar. Tubuh tegak berdiri dan langkah diatur kemas.
“You tahu tak sekarang dah waktu balik?” soal Firash semakin geram.
“So, apa kaitan dengan you?” soal Kayla tanpa mengangkat wajahnya.
Firash mendengus. Langkahnya berakhir di belakang Kayla. Beg tangan Kayla dicapai tanpa amaran. Matanya meliar mencari barang-barang Kayla. Nampak saja telefon Kayla yang terletak elok di tepi meja, terus disambar dan dimasukkan ke dalam beg.
Terbuntang mata Kayla melihat tindakan Firash. Tambah lagi setelah melihat beg tangannya yang sedang dipegang Firash.
“Hei… what are you doing, hah?!” meninggi suara Kayla kerana terkejut dengan tindakan Firash. Dia cuba merampas beg tangannya namun Firash sengaja mengangkatnya tinggi.
“Jom balik. Sebelum tu, temankan I makan. You tak payah nak rajin sangat. Bukannya bos you bayar ot,” kata Firash tanpa mempedulikan pandangan tajam Kayla.
Kayla mendengus lalu berdiri menghadap tubuh Firash. “Bagi balik beg I.”
Firash julingkan mata seraya menggeleng kepala.
“Tak nak selagi you tak ikut cakap I.”
Kayla berdecit kasar. Ditolak tubuh Firash agar menjauh darinya. Tapi Firash lagi pantas meraih pinggangnya.
Terkaku Kayla seketika. Pandangan mata Firash buat dia berdebar. Jantung mula berdetak laju.
Firash melorek senyuman nakal. Sempat mata meliar di seluruh wajah Kayla.
“You nak I tutup pintu ke?” soal Firash nakal.
Kayla ketap bibir sambil cuba menolak tubuh Firash. Mata turut memandang ke arah pintu. Takut ada pekerja lain yang melihat mereka dalam keadaan begitu.
“Jangan risau. Tak semua pekerja rajin macam you,” kata Firash lagi dengan pandangan dan senyuman nakal.
Hah? Sumpah! Kayla rasa nak pengsan bila dengar kata-kata Firash. Terbayang kembali insiden di hotel tempoh hari. Serentak bulu tengkuknya kembang. Gila! Naya dia kalau terus berlama dalam pejabat yang sudah tidak berpenghuni itu.
“Lepaslah! I nak balik.” Kayla mendesak sambil menolak kasar tubuh Firash.
“Balik dengan I dan makan malam dengan I, baru I lepaskan you,” kata Firash mengeratkan pelukan pada pinggang Kayla.
Kayla membulatkan mata.
“Tak nak!” bantah Kayla keras.
“Ouh… please jangan cabar I sayang. I takut, I tak kuat. You tahukan macam mana mengodanya you depan mata I?” Firash kenyit mata mengusik nakal.
Hilang semangat Kayla mendengar kata-kata nakal Firash itu. Rasa takut semakin menjadi-jadi. Nampaknya, sekali lagi dia kalah dengan lelaki itu. Gila!
“Makan je kan?” soal Kayla lemah.
“Kalau you nak ikut I balik rumah, boleh juga. I lagi suka…” lereta Firash seraya melepaskan pelukannya.
Pantas Kayla berundur ke belakang. Wajah Firash dijeling tajam.
“Bagi I lima minit. I nak siapkan ni dulu. Esok pagi I kena hantar,” kata Kayla meminta ruang.
“Okey, sayang. I setia tunggu you,” balas Firash sambil menyengih.
Kayla menghempas duduk di kerusi bersama hati yang sarat dengan rasa geram. Minda berputar ligat. Cuba mencari cara untuk lari jauh dari lelaki itu.Tapi, anehnya dia langsung tidak boleh berfikir. Buntu!

Assalamualaikum Eyfah minta maaf pada semua. Terima kasih juga untuk semua kerana sudi menyokong karya Eyfah. biarpun Eyfah lambat update, korang still tunggu. 1st, internet dikawasan rumah Eyfah sangat lah lembap. nak update medsos pun loading kemain lambatnya, inikan pula Novelplus. Eyfah tunggu sambil kelip-kelip mata. 2nd, Eyfah juga sibuk dengan Ebook terbaru dan projek dengan kawan-kawan penulis. 3rd, Eyfah sibuk bergaduh ngan anak-anak kat rumah sejak pkp ni. Rumah dah jadi taman permainan guys. Eyfah tengah menulis kena baling bola lah, sekejap bantallah. Adoiii... pening. Pastu Pkp ni buat Eyfah lemau. Tak tahu kenapa. Entah bilalah kita semua boleh keluar. Otak Eyfah langsung tak berjalan kalau asyik duk umah. dah khatam banyak drama korea dengan thai tapi masih juga tak jalan. Apapun, Terima kasih. Eyfah minta maaf sekali lagi. Eyfah doakan kalian semua dalam lindungan Allah S.W.T. Staysafe guys.kita jaga kita.

Share this novel

EMAacik1974
2023-05-04 21:40:02 

dah stop le story ni

Hawani Hashim66
2022-01-18 21:49:54 

lambatnya update ...

EMAacik1974
2021-09-25 10:10:10 

sis bila nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience