BAB 3

Romance Series 111617

Firash perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Risau kalau-kalau Puan Sri Iryani masih bangun. Melihat suasana ruang tamu rumah yang gelap gelita, dia mengeluh lega sambil menutup perlahan pintu rumah agam itu. Langkahnya perlahan di atur meninggalkan kawasan pintu.

Tak! Lampu ruang tamu terpasang membuatkan langkah Firash terhenti serta merta. Wajahnya berubah melihat Puan Sri Iryani yang berdiri di hujung anak tangga itu.

"E..e..er.. Bonda.." Tergagap Firash melihat Puan Sri Iryani yang memandang tajam ke arahnya.

"Ingat juga jalan balik rumah? Ingatkan dah sesat." Perli Puan Sri Iryani. Pandangannya menyoroti setiap inci tubuh Firash yang berdiri kaku tidak jauh darinya. Firash mengetap bibir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Fir jumpa kawan, bonda..." Dalih Firash serba salah. Ini bukanlah kali pertama dia ditangkap balik selewat itu. Sudah berkali-kali, tapi dia yang degil.

"Sampai pagi? Kawan apa tu?" Tanya Puan Sri Iryani sinis. Dia sudah kehilangan akal memikirkan sikap anak lelakinya yang satu itu. Sejak Tan Sri Hakim meninggal dunia, perangai Firash semakin menjadi-jadi.

"Iman....Reza....Syakir..." Lambat-lambat Firash menyebut nama rakan-rakannya. Puan Sri Iryani diam. Pandangannya langsung tidak di alihkan dari wajah Firash. Cuba mencari kebenaran di sebalik penjelasan itu.

"Perempuan mana pula kali ini?" Puan Sri Iryani memulakan soalan psikonya membuatkan Firash merengus kasar. Wajah Puan Sri Iryani dipandang seketika.

"Pleaselah bonda. Fir bukan budak kecil lagi." Dengus Firash mahu melangkah meninggalkan ruangan itu.

"Memang Fir bukan budak kecil. Tapi masih di bawah tanggungjawab bonda. Bonda berhak bersuara." Balas Puan Sri Iryani keras. Firash merengus kasar. Langkahnya yang tadi di atur, terhenti betul-betul di depan Puan Sri Iryani.

"Fir bukan buat benda tak elokpun bonda. Fir jumpa kawan je." Kata Firash sedikit tinggi.

"Yeah? Jumpa kawan? Habis ni apa?" Berterabur gambar Firash berpeluk cium dengan gadis kelab malam. Terbeliak seketika mata Firash melihat kepingan gambar yang dilemparkan ke lantai itu. Kali ini dia kehilangan kata-kata. Membela diri? Tidak mungkin dapat. Lambat-lambat dia mendongak ke arah Puan Sri Iryani.

"Bonda malu! Ingatkan selama ini apa yang kawan-kawan bonda cakap tu salah. Tapi bonda yang salah. Mana bonda nak letak muka bonda? Anak pemilik rumah anak yatim kaki kelab, kaki perempuan! Cuba Fir cakap apa yang tak cukup?!" Meninggi suara Puan Sri Iryani memarahinya. Terpampang kekecewaan pada wajah bondanya.

"Mana bonda dapat semua gambar ni? Bonda intip Fir?" Soal Firash sebal. Sebal kerana rahsianya yang satu itu terbongkar.

"Fir tak perlu tahu mana bonda dapat semua ini. Yang bonda nak tahu, berapa ramai perempuan yang Fir dah rosakkan kat luar sana?" Keras nada suara Puan Sri Iryani sambil memandang tepat kewajah Firash. Firash merengus kasar. Dia tunduk mengutip gambar yang bertaburan di atas lantai marmar itu.

"Semua perempuan tu memang dah rosak bonda. Fir tak pernah rosakkan anak dara orang." Bantah Firash sambil mengutip kepingan gambar itu selamba.

"Dah rosak?Semudah tu Fir fikir? Semua tu perempuan, Fir. Perempuan macam bonda. Bonda tahu apa yang mereka rasa bila Fir mainkan mereka." Firash mendengus tawa. Dia berdiri tegak menghadap Puan Sri Iryani.

"Kenapa bonda nak kisah semua tu. Dulu bonda tak kisahpun keadaan Firkan. Bonda cuma kisahkan rumah anak yatim dan syarikat. Tak pun bonda fikir pasal Fira. Fir ni bukan siapa-siapa bondapun. Lagipun...Fir tak kisah semua tu. Semua perempuan ni cuma mainan Fir!" Kata Firash sinis lalu meninggalkan Puan Sri Iryani yang sudah tergamam mendengar kata-katanya. Mahu terduduk Puan Sri Iryani mendengar kata-kata yang jelas penuh dendam dari Firash.

BUM! Berdentum bunyi pintu bilik, dihempas Firash. Geram bukan kepalang. Selama dia membesar, bondanya tidak pernah kisah tentang hidupnya. Hanya adiknya yang seorang diberi kasih sayang. Dia? Dihantar nun jauh ke seberang. Dengan alasan dia lelaki dan perlu belajar untuk berdiri atas kaki sendiri.

"Alasan bodoh!" Telefon dicampak atas katil. Minda berputar ligat. Membayangkan wajah jelita milik Kayla Tihani Zara. Kalau dapat malam ini, dia tidak akan lepaskan peluang untuk berseronok dengan gadis itu.

Rancangan disusun rapi. Jari jemari mencapai telefon. Nombor pembantu peribadinya dicari. Didail dan telefon ditekap ke telinga.

"Cari maklumat perempuan yang bernama Kayla Tihani Zara!" tegas Firash. Sesuai dengan karakternya sebagai bad boy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience