BAB 8

Romance Series 111568

Firash tiba di hadapan bangunan tempat kerja Kayla ketika jam sudah menunjukkan angka lima. Keretanya sengaja diletakkan berhampiran dengan Nissan Gtr milik Iman. Dia mahu Iman tahu yang dia hampir memiliki Kayla. Senyumannya tidak henti-henti dilorek tanda gembira.
"I tunggu you kat bawah."
Mesej itu dihantar kepada Kayla untuk memberitahu kedatangannya disitu. Tidak sampai sepuluh minit, Kayla muncul dengan kerutan di dahinya.
"Masuk perangkap dah kucing parsi aku ni." Getus hati Firash bile melihat kehadiran Kayla itu. Firash keluar dari kereta kemudian berjalan dengan lagak machonya menuju ke pintu sebelah. Dia membukakan pintu kereta sebaik Kayla tiba di hadapannya disertai senyuman machonya.
Kayla membalas senyuman Firash tapi tidak terus masuk ke dalam kereta.
"you buat apa kat sini?" Soal Kayla hairan. Pandangan mata mereka bertemu.
"Saja.. Nak jemput you. Hantar balik dan malam nanti jemput lagi baru hantar lagi."
Kayla tergelak mendengar jawapan itu. Kening sebelahnya jelas terangkat.
"Tak payahlah nak menyusahkan diri. I ni dahlah bagi masalah kat you." Bantah Kayla dengan nada serba salah.
Firash mengukir senyuman sandiwaranya.
"Alah...apa salahnya. Lagipun kereta you masuk bengkel. Tak susahpun setakat nak jemput awak." Kata Firash pula.
Kayla mengeluh perlahan.
"I boleh je minta tolong Iman hantarkan."
Berderau hati Firash mendengar nama Iman disebut oleh Kayla. Hatinya seakan tidak menyukai nama lelaki lain meniti di bibir mungil Kayla..
"You ni suka jual mahalkan?Mahal sangat ke diri you tu?" Tanya Firash separuh memerli.
Kayla mendengus tawa. Wajah Firash dipandang seketika kemudian dia melangkah memasuki kereta itu tanpa berkata apa-apa.
"Macam tulah." Kata Firash sambil tersengih. Pintu kereta itu ditutup oleh Firash.
Kayla mengeleng perlahan sambil Pandangannya mengekori Firash yang sudah menuju ke tempat pemandu.
"I rasa.. You tak payahlah nak hantar I balik. Kita teruskan je perbincangan kita pasal kereta you tu." Cadang Kayla membuatkan wajah Firash sedikit berubah.
"Mana boleh. I dah tempah untuk dinner malam ni." Bantah Firash.
Membulat mata Kayla ke arah Firash.
"Dinner?You tak tanya I pun." Kayla meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Alang-alang dah keluar, apa salahnya." Balas Firash selamba.
Kayla merengus perlahan.
"Kita baru jumpa berapa kali tahu. You dah buat keputusan macam I ni isteri you." Kayla merungut perlahan.
Terangkat kening Firash mendengar rungutan itu.
"Bunyi macam awak ada hati nak jadi isteri saya.." Meleret nada suara Firash mengusiknya.
Kayla berdecit perlahan. Wajah Firash dipandang seketika.
"Apa motif you untuk tuduh I macam tu?" Soal Kayla dengan nada sinis.
"Saja... Tapi... Kalau you nak pun, apa salahnya." Kata Firash lagi.
Kayla mencebik.
"Dari kahwin dengan you, baik I kahwin dengan Iman. Lagi lama I kenal. Baik dan handsome pula tu." Balas Kayla selamba sambil memandang ke pintu depan bangunan itu. Kelihatan Iman yang baru keluar dari bangunan itu. Berubah riak wajah Firash mendengar pujian yang dikhaskan untuk Iman itu. Dia memandang ke arah Kayla yang ralit memerhatikan Iman.
"You like him?" Tanya Firash ingin tahu. Berkerut dahi Kayla sambil memandang ke arahnya.
"Nope!" Nafi Kayla menafikannya. Firash ketawa kecil mendengar penafian itu.
"Tapi I tengok macam you suka dia." Komen Firash mengundang ketawa dari Kayla.
"Dia hanya rakan sekerja I, Encik Firash. I tak anggap lebih dari itu." Dalih Kayla. Pandangannya kembali dihalakan ke arah Iman yang sudah menuju ke arah kereta disebelah mereka. Sempat dia melihat kerutan di dahi Iman bila melihat ke arah mereka. Sebaik Iman tiba di kereta miliknya, Firash menurunkan cermin keretanya.
"Iman..." Serentak Iman menoleh. Wajah mereka berdua dipandang silih berganti dengan riak wajah sedikit terkejut.
"Fir, Kay?" Iman menyebut nama mereka berdua. Firash menjongket kening sambil tersenyum kemenangan.
Iman memandang Kayla sambil mengetap bibirnya. Dia tahu apa maksud senyuman Firash itu.
"Dah nak balik, Iman?" Kayla bertanya dengan nada lembut.
"Hmmm.." Iman bagaikan kehilangan idea untuk menjawab bila melihat Kayla bersama Firash. Risau, resah dan gelisah silih berganti menghantuinya.
"Kami pergi dulu Iman." Firash meminta diri seraya menaikkan cermin tanpa menanti balasan dari Iman. Iman kelihatannya sedikit kecewa bila Firash menaikkan kembali cermin keretanya. Firash melorek senyuman sinis melihat wajah Iman.
Nasib kaulah Iman. Bisik Firash. Dia mengerling Kayla yang membisu seribu bahasa di sebelahnya.
"You like him!" Tekan Firash sebaik kereta yang dipandunya meninggalkan tempat itu. Kayla merengus perlahan. Dia menghadiahkan jelingan untuk Firash.
"Who care about that." Balas Kayla. Malas untuk berbahas dengan lelaki itu. Firash menyungging senyumannya.
Mereka akhirnya memilih untuk diam di sepanjang perjalanan. Sesekali Firash mengerling Kayla yang setia memandang keluar tingkap kereta. Dia akui tarikan dari Kayla kuat. Tapi untuk jatuh cinta belum lagi. Dia masih fokus pada matlamatnya yang satu itu.
"Lauk segar." Ayat itu bergema dimindanya diikuti sengihan sinis.

Assalamualaikum Nantikan tahap kekejaman Firash ye. Thank You semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience