BAB 6

Romance Series 111568

Panggilan telefon yang diterima dari Puan Kamsiah itu meresahkan Kayla. Dalam bergelut menuju ke tempat kerja dia menerima panggilan mengejut tentang perkara itu.
Arhh! Kayla mengeluh kasar. Fikirannya bertambah kusut. Satu persatu masalah datang mengunjungi mereka sekeluarga.
"Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu? Aku dah buat personal loan untuk buat rumah tu dan sekarang?" Bertalu talu soalan itu diajukan pada dirinya sendiri. Pinjaman peribadi yang dibuatnya juga belum habis dibayar. Masih berbaki tiga tahun. Dia memejamkan matanya seakan terlupa yang dia sedang memandu.
Bum! Serentak keretanya dirasakan melanggar sesuatu dan kepalanya terhantuk ke stering kereta membuatkan dia menekan brek cemas sambil berdecit perlahan . Matanya membulat sambil memandang ke arah benda yang dilanggarnya. Kali ini wajahnya sudah berubah pucat lesi melihat sebuah lamborghini yang sudah berhenti di hadapannya kerana insiden mengejut itu.
"Apa pula bala kali ini ya Allah." Getus Kayla sendiri. Dia menekup wajahnya ke stering kereta. Cuba untuk mencari kekuatan bagi berhadapan dengan situasi itu. Satu persatu menjelma dimindanya. Bibirnya diketap perlahan.
Tuk..tuk...Mendengar ketukan pada cermin keretanya membuatkan dia laju mengangkat wajahnya lalu memandang ke luar tingkap. Berderau hatinya melihat gerangan yang berdiri diluar kereta. Tidak mungkin dia lupa pada pemilik mata itu.
"Tengku Firash." Nama Firash disebutnya perlahan sebelum keluar dari dalam kereta. Pintu kereta Toyota Viosnya ditolak lembut sebaik dia membuka kuncinya. Terlakar senyuman bersalah di wajah Kayla ketika itu.
"Hi Tihani....Tak sangka you gerangannya. Mengelamun ke?" Suara Firash menyapa cuping telinganya sebaik dia berdiri tegak di depan Firash. Pandangan Firash jelas menyoroti tubuhnya dari bawah hingga ke wajahnya membuatkan rasa bersalah semakin menggunung.
"I...minta maaf." Firash tergelak mendengar permintaan maaf itu.
"Senangnya? You ingat kereta i ni kereta murah?" Soal Firash penuh sinis dan angkuh. Kayla terdiam. Langkahnya di atur perlahan untuk menuju ke depan bagi melihat kerosakan yang terjadi. Suasana yang sesak disekeliling mereka tidak dia hiraukan. Kayla menggigit bibir bawahnya sebaik melihat kereta Firash yang tercalar teruk pada bahagian belakang dan keretanya lagi teruk daripada itu. Dia mengeluh perlahan. Mahu sahaja dia duduk dan meraung disitu mengenangkan nasibnya yang satu itu.
“Macam mana? Nak bayar atau...” Mata Firash memandang Kayla dari atas ke bawah.
Kayla berdecit lemah. Pandangan Firash itu sedikit sebanyak membuatkan tubuhnya lemah. Wajah Firash dipandang seketika. Riak minta simpati.
“Berapa you nak?” tanya Kayla lemah.
Firash tergelak mendengar soalan itu. Bunyi macam Kayla ada duit untuk membayarnya.
“Lima puluh ribu.”
Jatuh rahang Kayla mendengar jumlah yang disebut oleh Firash itu. Wajah Firash dipandang bersama riak tidak percaya.
“Banyak gila. Takkanlah kerosakan kecil macam ni boleh semahal tu?” soal Kayla sebal. Rasa dianiaya pun ada.
Bercantum kening Firash mendengar kata-kata Kayla.
“You ingat kereta I ni kereta murah ke? Hah? You tahu tak yang kereta I ni salah satu kereta paling mahal di Malaysia?” Firash jongket kening sinis.
Kayla ketap bibir. Rasa nak terduduk di atas tar jalan kerana memikirkan angka itu. Mana dia nak cari duit sebanyak itu. Sedangkan keluarganya juga perlukan duit.
“Atau… stay one night dengan I? I kira bayar habis,” cadang Firash nakal. Mata terus merenung tubuh Kayla yang hanya dibaluti pakaian pejabat yang agak melekat di badan. Sekaligus memperlihatkan bentuk tubuhnya yang mengiurkan. Aduh! Imannya hilang.
Terbuntang mata Kayla mendengar kata-kata nakal Firash. Serentak kedua tangan disilangkan ke tubuh.
“You ingat I ni perempuan murahan?”
Firash tergelak kecil. Dalam keadaan seperti itu, bukan susah untuk dia mainkan peranan sebagai lelaki playboy berjaya. Dia sangat yakin yang Kayla akan jatuh dalam pelukannya dalam hanya satu malam.
Kayla menjeling lelaki itu dengan pandangan sebal. Ingin saja dia cucuk mata lelaki itu tanda geram.
“I ada cakap you perempuan murahan ke? Takde kan? Lain kali jangan nak tuduh macam-macam,” balas Firash seraya menuju ke kereta Kayla. Tanpa minta izin, pintu kereta bahagian pemandu itu dibuka.
Berkerut dahi Kayla melihat kelakuan lelaki itu. Entah apa yang dibuat lelaki itu sampai membuka pintu keretanya. Melihat Firash sudah membongkok ke dalam, Kayla atur langkah pantas menghampiri keretanya.
“You buat apa kat kereta I?” soal Kayla penuh tanda tanya.
Firash bangun tegakkan tubuhnya. Serentak kad pengenalan Kayla disua ke wajah Kayla sambil melorek senyuman penuh makna.
Terbeliak mata Kayla.
“Itu mykad I,” protes Kayla sambil cuba mencapai kad pengenalannya.
Gagal bila Firash sengaja melarikannya dari Kayla.
“I akan pegang mykad you sampai you habis bayar hutang you pada I,” kata Firash, jongket kening.
Kayla mendengus kasar. Dah macam berhutang dengan along pun ada.
“Firash! Mana boleh macam tu,” bantah Kayla sebal.
Firash angkat bahu sambil menutup pintu kereta dan menghadap tubuh Kayla.
“Itu kata you. Bukan kata I. Kalau you nak juga kad pengenalan you, malam ni jumpa I. Kita selesaikan masalah kita.” Firash jongket kening sekali.
Kayla berdecit. Tangan masih cuba mendapatkan kad pengenalannya, tapi gagal. Geram bertamu dalam hati.
“Tapi…”
“Malam ni,” pintas Firash sambil menanam pandangan mata ke wajah jelita Kayla. “Kalau you tak dapat bayar jumlah yang I nak, kita akan buat perjanjian baru. Ada faham Cik Tihani?” Firash mencuit batang hidung Kayla tanpa mempedulikan wajah Kayla yang sudah membahang tahan malu.
“Mana boleh bawa kad pengenalan I,” keluh Kayla lemah.
Firash angkat bahu dan berlalu meninggalkan Kayla di situ menuju ke keretanya. Dia tidak peduli tentang kad pengenalan atau apapun. Yang pasti, dia mahu Kayla rebah dalam pelukannya mala mini. Akan dia pastikan perkara itu.
Melihat pemergian Firash, Kayla mendengus geram. Nak atau tidak, terpaksa jugalah dia berjumpa dengan lelaki itu malam ini. Dia tidak sanggup jadi pelarian di tanah air sendiri angkara kecuaiannya. Tapi, macam mana dia nak bayar angka yang disebut Firash itu. Bukan sedikit. Tapi banyak.

KAYLA mengeluh lemah sebaik menyerahkan kunci keretanya kepada pemilik bengkel itu. Angkah lima puluh ribu yang disebut Firash beberapa jam lepas terus menghantuinya.
“Mana nak cekau lima puluh ribu dalam masa yang sekejap. Nak buat grab, kereta dalam bengkel.” Kayla tepuk dahi sambil melangkah keluar dari bengkel itu. Baru selangkah keluar, sebuah Nissan Gtr berhenti tepat di hadapan Kayla.
Berkerut dahi Kayla sambil menajamkan pandangan mata kea rah pemandu. Belumpun dia dapat focus pada empunya wajah, pintu pemandu terbuka. Berubah masam wajah Kayla sebaik terpandang wajah Firash.
“Hai Beauty Lady. Nak saya hantar?” Firash tayang senyuman macho. Langkah di atur menuju ke pintu yang betul-betul berada di depan Kayla. Tangan kanan membuka pintu dan tangan kiri mempersilakan Kayla untuk masuk ke dalam kereta itu.
Kayla berdecit malas.
“You ikut I ke?”
“Tak lah. I follow you,” balas Firash sambil ketawa yang dibuat-buat.
Terangkat bibir Kayla mendengar loyar buruk Firash.
“Hahahaha… funny,” balas Kayla sambil tekup mulut. Konon-konon sedang ketawa kerana kelucuan.
Firash angkat kening sambil sungging senyuman nipis. Biar Kayla bersenang hati sebelum hidup mereka berubah seratus peratus.
“Dah puas gelak?”
Kayla berhenti dan menjeling. “I naik teksi,” putus Kayla sambil angkat kaki.
Firash mendengus tawa. Penolakan Kayla itu, buat dirinya rasa tercabar.
“That’s not a good choice, Kayla Tihani Zara. Choose, either you naik atau I angkat you?” Firash jongket kening sambil mendepakan tangan, menghalang pemergian Kayla.
Kayla menayang riak menyampah dan melayangkan jelingan tajam, khas untuk Firash. “I tak suka dipaksa. I lagi suka buat keputusan sendiri.”
Firash ketawa. Tubuh dibawa menghampiri Kayla. Tegak di hadapan Kayla sambil tangan Kayla dicapai lembut. Tanpa amaran, belakang tangan Kayla dikucup lembut dan mata dikenyit. Anak mata di tanam ke anak mata Kayla.
“Dan I suka buat keputusan untuk perempuan cantik macam you…” leret Firash.
Gulp! Giliran Kayla hilang arah. Kenyitan mata Firash, gaya Firash mengucup tangannya, betul-betul gaya lelaki macho.
“Silakan my lady…”
Kayla ketap bibir. Jeling Firash tapi dibalas dengan kenyitan. Hatinya mula berbunga. Mak! Rasa nak jerit. Gila tak teruja bila lelaki sekacak itu dan kaya mempelawanya masuk dalam kereta.

To be honest, novel ni Eyfah nak bukukan. Tapi, sebab terlalu banyak idea tentang satu malam ni, Eyfah batalkan dan cuba buat kelainan cerita. Cerita asal novel ni, Eyfah dah tukar. Eyfah kecewa juga lah sebab idea ni dah lama tahu. Perjalann cerita pun boleh tahan gak nak fkir. tapi bila beberapa bulan ni banyak kisah macam ni keluar, Eyfah padam semuanya. setiap persamaan yang wujud Eyfah tukar. Sedih guys. Harap2 uolls masih suka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience