Bab 12

Romance Series 111617

JAMBANGAN bunga yang terletak elok di atas meja kerja Kayla itu, membuatkan Kayla resah. Entah, siapa lagi yang suka hati meletakkan bunga itu di situ. Langkah diatur perlahan menghampiri meja itu. Tangan mencapai jambangan itu, dan mata mencari sesuatu di setiap celahan bunga itu. Akhirnya dia menemui sesuatu.
Kad yang terselit itu ditarik kasar dan jambangan bunga itu dihempas perlahan ke atas meja. Bibir diketap perlahan.

‘KAYLA TIHANI ZARA, you’re mine! Forever…’
LOVE
-T.F.A-

Terlepas kad itu dari pegangan. Bibir digigit kuat. Rasa geram bertamu dalam hati. Firash benar-benar menjengkelkan bagi Kayla. Tanpa menunggu lama, jambangan bunga itu dicapai kasar. Jari jemari kanan digenggam erat tanda sakit hati.
“Lelaki ni memang saja nak cari hal! Dia ingat dia siapa?” Kayla merungut kesal. Tubuh kembali dipusing dan langkah mula diatur pantas. Sebagaimana Firash berusaha memiliki dirinya, dia juga akan berusaha menghindari lelaki itu. Baginya, lelaki itu tidak boleh dipercayai biarpun sekali. Itu pendapatnya dan akan jadi pendapatnya untuk selama-lamanya.
“Kayla!”
Suara Iman berjaya menghentikan langkah Kayla yang sudah menghampiri pintu masuk. Kayla menoleh seketika. Kening dijongket.
“Ye?” sahut Kayla.
Iman berkerut dahi sesaat. Tambah berkerut melihat jambangan bunga yang berada di pegangan Kayla. Lalu langkah diatur cermat menghampiri Kayla.
“Nak ke mana ni? Bunga ni dari mana?” soal Iman sebaik terpacak di hadapan Kayla. Jambangan bunga itu bertukar tangan.
Kayla memandang wajah Iman seketika. Mustahil Iman tidak tahu apa-apa.
“Betul awak tak tahu siapa penghantar bunga ni?” tanya Kayla ingin menduga.
Iman kerut dahi lagi. Bunga itu ditilik penuh minat. Kemudian pandangan beralih ke wajah Kayla.
“Mana lah saya nak tahu. Kalau saya yang hantar, saya tahulah kot,” balas Iman sambil mengukir senyuman.
Kayla mencebik bibir. “Ni, kawan baik awak yang hantar. Saya tak tahulah sama ada dia tu tak faham bahasa atau pun tak. Saya dah kata yang saya tak sukakakn dia. Tapi dia masih juga nak ganggu hidup saya,” ujar Kayla geram.
Iman mengangguk bila dengar kata-kata Kayla itu. Tahulah dia siapa penghantar bunga itu.
“Firash ke?” Iman jongket kening ingin kepastian.
Kayla angguk malas. Jambangan bunga di tangan Iman itu dicapai malas.
“Firash memang susah sikit nak faham bahasa. Maklumlah, keras kepala. Ni, awak nak kembalikan bunga ni ke?” Iman memandang tepat ke wajah Kayla.
Kayla mengangguk perlahan. “Sekali nak bagi pengajaran untuk lelaki tu.”
Iman tergelak kecil. Kepalanya digeleng perlahan. Boleh tahan keras kepala juga Kayla.
“Tak baik gaduh-gaduh. Allah tak suka,” pesan Iman seraya mengatur langkah meninggalkan Kayla di situ.
Kayla berdecit kasar. Langkah Iman dikejar.
“Awak tahu tak pejabat Firash kat mana?” tanya Kayla ingin tahu.
Langkah Iman terhenti. Dia menoleh tepat ke wajah Kayla lalu mengangguk perlahan.
“Nak saya hantarkan atau awak nak pergi sendiri?” tanya Iman sambil jongket kening.
Kayla berhenti tepat di hadapan Iman. Wajah Iman dipandang seketika. Rancangan mula berjalan dalam kepalanya.
“Boleh tak kalau awak menyamar jadi buah hati saya?” soal Kayla sambil merapatkan kedua tangannya.
Terbeliak mata Iman. Biarpun dia ada hati pada Kayla, dia tidak mahu menyamar. Kalau jadi teman lelaki betul-betul, tak apa juga. Lantas kepala digeleng perlahan.
“Tak boleh!”
Wajah Kayla berubah suram.
“Laa…”
“Jangan libatkan saya dalam masalah awak dengan Firash. Karang Firash naik angin kat saya.” Iman memintas kata-kata Kayla dengan tenang. Wajah Kayla ditenung tunak.
Kayla mengeluh kasar.
“Fine!”
Selesai mendapatkan alamat pejabat Firash, Kayla terus meninggalkan Iman di situ. Niatnya cuma satu. Mahu menunjukkan kepada Firash yang tidak mudah mahu memiliki dirinya mahupun hatinya.

FIRASH tersenyum bangga melihat pencapaian syarikatnya itu. Biarpun kecil, tapi mampu berdiri bersama pencapaian yang membanggakan. Entah apa tanggapan bonda padanya bila dapat tahu yang dia sudah memiliki syarikat sendiri. Banggakah atau pun sebaliknya.
“Argh! Malas nak fikir. Yang penting, aku boleh hidup tanpa bonda,” kata Firash sendiri.
Macbook di hadapannya itu dipandang seketika. Wajah Kayla terpampang di skrin macbook. Ini, kalau Kayla nampak, sah dia dikata gila. Tapi dia tidak kisah. Terbayang wajah Kayla yang tersenyum bila melihat jambangan bunga yang dihantarnya awal pagi tadi.
“Erkh… tapi, happy ke dia? Ke masam?” Firash tertanya sendiri. Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Risau juga memikirkan penerimaan Kayla.

KAYLA memacu langkah deras masuk ke dalam pejabat Firash. Mata yang sedang memandang langsung tidak dipedulikan. Yang dia mahu sekarang, Firash berhenti mengganggu hidupnya. Cukup-cukuplah!
“Maaf cik. Nak jumpa siapa?” tanya seorang gadis yang duduk di tepi pintu masuk.
Langkah Kayla terhenti. Dia menoleh ke kanan. Tepat di wajah gadis yang menegur sebentar tadi.
“Firash Aqasha ada?” tanya Kayla dingin. Kening dijongket ingin tahu.
Gadis itu diam sesaat. Jambangan bunga di tangan Kayla ditilik sebelum pandangan kembali ke wajah jelita Kayla.
“Cik ada buat temujanji?” tanya gadis itu lagi.
Kayla mendengus kasar.
“Besar sangat ke jawatan dia sampai saya kena buat temujanji?” soal Kayla sebal.
Berubah riak wajah gadis itu mendengar soalan Kayla. Mata meliar ke kiri dan kanan. Takut-takut Firash mendengar soalan itu.
“Erkh… Tuan Firash bos kat sini,” beritahu gadis itu takut-takut.
Kayla tergelak sinis.
“Bos? Patutpun perangai macam hantu...” leret Kayla sinis. Wajah gadis itu dipandang seketika.
“Sape macam hantu?” Suara garau itu mengejutkan Kayla dan gadis itu. Spontan keduanya memandang ke arah suara.
Kayla mendengus tawa. Manakala gadis itu sudah menunduk kerana takut pada pandangan tajam Firash.
Firash memandang Kayla kemudian jambangan bunga yang berada di tangan Kayla.
“What a suprise… Kayla Tihani Zara. Tak sangka…”
“Nah!” Kayla memintas kata-kata Firash dengan mencampak jambangan bunga itu ke hadapan Firash. Kening dijongket sinis dan mengejek. “Ambil balik bunga you ni! I tak berminat,” sambung Kayla sinis.
Terpampang riak terkejut di wajah gadis itu bila melihat tindakan Kayla yang agak melampau. Wajah tenang majikannya itu dipandang seketika.
Firash tergelak kecil. Rasa malu dibuang ke tepi. Tidak sangka Kayla sanggup datang semata-mata mahu mengembalikan bunga yang dia beri. Bukan dengan cara yang elok, tapi dengan cara yang menyakitkan hati.
“Ouch… so hurt sayang. Sampai hati you layan I macam ni…” leret Firash dengan nada manja yang dibuat buat. Dia tunduk mengambil jambangan bunga itu dan kembali bangun. Wajah Kayla yang beriak menyampah itu dipandang sambil mata kanan dikenyit.
“I akan buat you lagi sakit dari ni, Firash Aqasha. Berhenti ganggu hidup I!” tegas Kayla geram.
“Kalau I tak nak?” Firash jongket kening sambil mengatur langkah menghampiri Kayla. Bibir diherot ke tepi. Tindakan Kayla sedikitpun tidak menggugat dirinya. Dia bukan lelaki pengalah.
Kayla katup rapat giginya. Ikut hati, mahu sahaja dia mengerjakan lelaki itu di situ. Namun, bila memikirkan yang mereka berada di mana, dia batalkan niatnya yang satu itu. Nanti, tidak pasal-pasal dapat malu.
“Untuk pengetahuan you, tindakan you ni buat semangat I lagi berkobar-kobar untuk memikat hati you. Lagi dalam laut tu, lagi dalam I menyelam. Dan… Firash Aqasha tak akan menyerah biarpun sekali…” kata Firash penuh yakin.
Kayla ketawa sinis.
“Kalau macam tu, sila bersedia untuk terluka dan malu berkali-kali.” Kayla pusing tubuh untuk pergi.
Firash tarik nafas sedalamnya. Bibir diherot ke tepi.
“Pergilah Kayla. Sejauh mana you pergi, setinggi mana you terbang, I akan tetap kejar you sampai hujung nyawa!” kata Firas penuh keazaman.
Kayla berhenti melangkah dan menoleh. Bibir diketap kuat tanda geram. Hati semakin tergugat dengan sikap Firash. Keazaman lelaki itu buat dia rasa lemah.

MASUK sahaja dalam kereta, kedengaran bunyi mesej masuk. Kayla mencampak beg tangan itu ke kerusi sebelah lalu mengeluarkan telefonnya untuk melihat gerangan si penghantar mesej.
‘Jangan lupa tentang keluarga you. Kalau you terus menolak I, sila bersedia untuk pindah dari rumah tu. I tak akan teragak-agak untuk bertindak. Sama ada keluarg you kehilangan tempat tinggal atau you terima I dalam hidup you sebagai suami…’
Mahu sahaja Kayla membuang telefon itu ke jalan raya kerana geram. Firash benar-benar mahu mencabarnya. Dalam perkara ini, dia tidak mahu keluargany dilibatkan.
“Setan!” Stering kereta dipukul geram.
Tanpa sedar, Firash sedang memerhati dari jauh bersama senyuman yang penuh makna. Dia tahu Kayla akan mengalah. Dia yakin sangat.

Assalamualaikum Ramai ke tunggu Kayla ni. Maaf semua, Eyfah busy sangat. Internet pun selalu tak membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience