Bab 13

Romance Series 111568

KAYLA mundar mandir di hadapan televisen. Sibuk memikirkan jalan untuk lari dari lelaki bernama Firash Aqasha. Dia tidak mahu terikat dengan lelaki yang hampir menghancurkan seluruh hidupnya itu.
Ayla yang sedang menonton drama mula rasa pelik dan terganggu melihat tingkah laku Kayla. Dahi berkerut-kerut geram.
“Kay!”
Kayla berhenti lalu memandang Ayla. Kening dijongket hairan.
“Kenapa?” soal Kayla hairan. Mana tak hairannya bila Ayla tiba-tiba memanggil namanya.
“Kau tu yang kenapa? Dari tadi mundr-mandir. Dah macam orang tak waras aku tengok,” tembak Ayla geram. Keropok Prinkle yang berada di tangannya itu diletakkan di atas meja dan tumpuan sepenuhnya pada Kayla.
Kayla mengerutkan dahi.
“Aku tak waras?”
Ayla mendengus lembut.
“Yelah. Kalah orang tak waras,” balas Ayla separuh geram.
Kayla mencebik. Dia melabuhkan duduk di sofa yang berdepan dengan Ayla.
“Aku sebenarnya susah hati, Ayla,” balas Kayla perlahan. Wajah diraup kasar.
Berkerut dahi Ayla.
“Susah hati? Kenapa nak susah hati? Kau ada buat hal ke? Buat perngai? Ke kau kena buang kerja?” berjela soalan terbit dari bibir Ayla.
Kayla menjuihkan bibir mendengar soalan Ayla.
“Apalah kau ni. Satu pun takde kaitan,” jawab Kayla. Tubuh disandar ke sofa.
Ayla mencebik.
“Habis tu?”
“Firash Aqasha.”
Ayla diam seketika. Macam pernah dengar nama yang disebut Kayla. Tapi siapa? Tidak sampai beberapa saat berfikir, wajah Ayla berubah cemas. Kayla dipandang seketika.
“Kenapa dengan Tuan Firash? Dia buat apa kat kau?” soal Ayla.
Terbuntang mata Kayla mendengar cara Ayla menyebut nama Firash. Tuan Firash?
“Kau kenal ke?” tanya Kayla sambil menjongket kening ingin tahu.
“Kenallah. Siapa tak kenal mamat playboy tu.” Ayla menayang riak menyampah.
Mendengar perkataan plaboy meniti di bibir Ayla, Kayla semakin resah. Dia betul-betul tidak mahu terjebak dengan lelaki itu. Dia tidak akan hancurkan hidupnya untuk lelaki itu. Cukuplah sekali dia terkena.

KELUAR dari rumah pagi itu, mata Kayla dijamu dengan satu lagi pemandangan yang tidak menyenangkan. Firash Aqasha sedang berdiri menyandarkan belakangnya di bonet kereta Audinya. Di tangannya ada satu jambangan bunga ros merah.
Kayla tepuk dahi.
“Gila! Tak faham bahasa ke mamat ni?” soal Kayla sebal.
“Sape tak faham bahasa?” Ayla yang berada di belakang Kayla terus panjangkan leher ke luar. Terbuntang mata melihat kelibat Firash di hadapan rumah mereka. Wajah Kayla yang masam, dipandang penuh minat “Ada apa-apa ke babe?” soal Ayla ingin tahu.
Kayla berdecit. Heel yang tersusun di atas rak kasut, dicapai kasar.
“Apa-apa, amendenya. Kau ingat aku gila ke?” Kayla menjatuhkan heel itu ke lantai.
Kebetulan Firash mengangkat wajah. Pandangan mereka bertembung seketika.
Firash mengukir senyuman penuh makna. Akhirnya orang yang ditunggu keluar juga setelah hampir setengah jam dia bertpa di situ.
Kayla mengatur langkah ders menghampiri pagar rumah.
“You buat apa kat sini?” soal Kayla kasar.
Bercantum kening Firash mendengar soalan bernada kasar itu.
“You tak buka WhatsApp ke? Kan I ajak you breakfast?” Firash jongket kening.
Kayla mendengus kasar.
“Kalau I tak balas maknanya, I tak nak lah. Takkan itu pun tak faham!” protes Kayla. Ayla yang sedang menuju ke keretanya dipandang seketika.
Firash tayang riak tidak peduli. “Sama ada kita breakfast sama-sama atau…”
“You nak ugut apa pulak kali ni? You ingat I hairan dengan ugutan you?” Kayla memintas geram seraya memusing tubuh menuju ke arah kereta kesayangannya.
“You have no choice sayang. I dah siapkan notis pengosongan rumah. You tak nak baca ke?”
Langkah Kayla terhenti. Bibir diketap kuat. Perlahan menoleh ke arah Firash.
“You memang suka main kotor kan?” soal Kayla sebal.
Firash angkat kedua bahunya sambil menyengih.
“Selagi I tak dapat apa yang I nak, I akan buat apa saja…” Firash kenyit mata sekali.
Kayla menarik nafas sedalamnya. Perlahan mata dihala ke arah Ayla yang sudah masuk ke dalam kereta. Pandangan penuh tanda tanya Ayla buat dia diburu rasa geram dan malu.
“So… nak breakfast dengan I atau tak. I hantar you pergi ofis dan jemput you dari ofis. Simple.” Firash sekali lagi bersuara.
Kayla mengeluh kasar. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan lelaki itu. Mindanya masih memikirkan cara untuk lari dari lelaki itu.
“You need to explain everything, babe!’
Kayla mengeluh kecil. Nampaknya rancangan untuk lari dari semua soalan Ayla tidak berjaya. Tambahan pula, Firash sudah berani menantinya di hadapan rumah. Kini dia betul-betul rasa terganggu.

Share this novel

September Deria
2021-05-31 15:02:15 

sis d tunggu updatenya yaa

Nor Azlina
2021-05-26 17:03:52 

lamaaa dah tggu update la sis

EyfahZakirin
2021-05-25 21:40:31 

InsyaAllah... doakan Eyfah dipermudahkan urusan ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience