Bab 1

Romance Series 111568

Barangnya yang berselerak di atas meja itu di kemas penuh hemah. Dari berselerak menjadi meja yang tersusun rapi seolah tidak pernah diganggu. Kayla mengulum senyuman melihat kekemasan hasil tangannya itu. Beg tangannya yang berada di dalam laci meja paling bawah itu di keluarkan.

Dimindanya ketika itu terbayangkan katil, bantal dan selimut. Rambutnya yang beralun lembut itu di ikat tinggi lalu melangkah meninggalkan pejabat itu.

"Balik Kay?" Tegur Iman yang juga baru keluar dari biliknya. Kayla melakar senyuman manisnya untuk Iman.

"Haa... Dah terbayang bantal ni." Iman tergelak mendengar kata-kata Kayla itu. Jam di tangannya dilirik. Angka sembilan menjengah mereka.

"Awak ni kuat sangat kerja. Baik awak kahwin, mesti tak macam ni." Komen Iman sambil mengekori langkahnya untuk turun ke bawah. Kayla tertawa perlahan.

"Banyak benda lagi saya kena fikir selain kahwin Man. Ibu, ayah dan adik-adik saya." Kata Kayla membalas komen itu. Iman terdiam. Kayla yang berjalan dihadapannya itu dipandang. Ketinggiannya yang mencecah 160cm dan tubuhnya yang ramping selain memiliki raut wajah yang putih melepak, dan sekali pandang bagaikan seorang model yang sedang memperagakan pakaian kerana caranya berjalan yang ala model itu. Kejelitaan yang cukup sempurna bagi Iman.

"Sometime, you need to stop thinking about others. Think about yourself also." Tegur Iman ketika mereka menghampiri pintu keluar. Kayla menoleh sambil tersenyum. Iman terpana menerima senyuman itu. Hatinya sedikit berdebar. Bukan sekali dua dia berdebar dek senyuman itu.

"Stop thinking about them? Dan saya akan jadi seorang yang selfish?" Kata Kayla sambil membuka pintu keluar. Pak Cik Omar yang berada di luar berdiri menerima kedatangan mereka di situ.

"Balik Cik Kay, Encik Iman?" Tegur Pak Cik Omar. Kayla dan Iman tersenyum menerima teguran itu.

"Ye pak cik. Pak cik apa khabar? Mak cik apa khabar?" Tergeleng Iman mendengar pertanyaan Kayla itu yang sedang menulis nama untuk rekod keluar dari pejabat. Prihatin!

"Alhamdulillah baik. Mak cik kamu ucap terima kasih sebab tolong dia tempoh hari." Jawab Pak Cik Omar sambil melirik Iman yang berkerut mendengar kata-katanya.

"Selagi saya mampu, saya akan tolong pak cik." Kata Kayla sambil memberi laluan kepada Iman untuk merekod namanya pula.

"Something i missed here cik Kayla?" Iman mencelah. Kayla dan pak cik Omar berpandangan sambil tersenyum.

"Last week, mak cik Kiah sakit. Kayla yang tolong hantar ke hospital." Iman membuat mulut 'O' di situ tanda faham. Dia melirik Kayla.

"Balik dulu pak cik. Terima kasih." Kayla meminta diri untuk meninggalkan tempat itu. Iman juga mengukir senyuman pada pak cik Omar.

"Baik-baik Cik Kayla, Encik Iman." Keduanya mengangguk mendengar pesanan itu.

"Baiknya awak ni. Sampai mak cik Kiahpun awak boleh tolong hantar pergi hospital." Kayla tergelak mendengar teguran itu ketika mereka menghampiri kereta masing-masing.

"Selagi saya mampu tolong, saya akan tolong orang yang memerlukan Man." Kata Kayla. Perjalanan mereka berakhir di kereta masing-masing.

"See you tomorrow." Kata Kayla melambai Iman. Iman membalas lambaian itu sebelum masuk ke dalam perut Nissan Gtrnya itu. Iman salah satu pemegang saham syarikat, walaubagaimanapun dia lebih selesa bekerja sebagai pengurus biasa. Iman pernah berkahwin tapi sayang rumahtangganya hanya bertahan selama dua tahun kerana bekas isterinya tertangkap curang dengan lelaki lain.

Eyfah share cerita dua tahun lepas yang tergantumg. nanti eyfah sambung perlaham lahan.

Share this novel

SAIDS
2021-06-03 23:37:36 

lah ingatkan Iman ni lelaki ....heheh


NovelPlus Premium

The best ads free experience