Bab 7

Romance Series 111568

“Kita buat apa kat sini?” soal Kayla sebaik kereta yang dipandu Firash itu berhenti di hadapan sebuah klinik.
Firash memandang Kayla sambil tersenyum. Bibir dimuncung ke dahi Kayla.
“Dahi you luka. You tak sedar ke?” tanya Firash lembut.
Kayla meraba dahi. Ya. Luka. Dia tidak pasti sama ada dia tidak sedar atau dia terlupa tentang perkara itu. Cermin sisi dipandang. Bukanlah teruk mana. Cuma luka sikit sahaja.
“Sikit je ni,” balas Kayla malas.
Firash berdecit sambil keluar dari kereta. Pintu tempat duduk Kayla dituju dan dibuka.
Terangkat kening Kayla. “Now what?”
Firash tidak menjawab, sebaliknya lengan Kayla dicapai lembut.
“Jom, kita masuk sekejap. Balut luka tu baru I hantar you pergi pejabat,” ajak Firash lembut.
Kayla mendengus. Cuba mengeraskan tubuh sambil tangan sebelah mahu melepaskan lengannya yang berada dalam pegangan Firash.
“Tapi…”
“Jangan degil, boleh tak. Ini kalau kena jangkitan kuman, luka boleh merebak. Faham?!”
Kayla mengeluh berat. Mahu atau tidak, terpaksa dia akur pada arahan lelaki itu.
Firash sungging senyum. Baginya, Kayla tidak susah diurus. Rasanya, sekejap saja boleh makan. Hahaha… Hati tergelak jahat.

Kayla menolak perlahan pintu kaca itu. Tidak mahu mengganggu kosentrasi pekerja yang sedang bekerja.
"Baru masuk Kay?" Iman yang berdiri di meja kerani pentadbir itu bertanya membuatkan Kayla sedikit terkejut. Pandangannya di halakan ke arah suara itu.
Terkejut Iman bila melihat dahi Kayla yang bertampal itu.
"Kenapa dahi awak tu?" Tanya Iman prihatin.
Kayla tersengih mendengar pertanyaan itu.
"Saya ada kemalangan tadi. Terlanggar punggung kereta orang. Tu yang lambat tu." Kata Kayla sekaligus menjawab soalan terdahulu Iman. Iman meluru ke arahnya. Kedua tangannya memegang bahu Kayla sambil memusing-musingkan tubuh Kayla membuatkan Kayla tergelak. Dia menepis perlahan kedua tangan Iman.
"Saya okaylah. Dahi je terhantuk kat dashboard." Kata Kayla. Terharu melihat kerisauan yang terpancar diwajah Iman. Iman menayangkan sengihan.
"Kot-kot ada luka kat tempat lain..." Kata Iman sambil memikirkan sesuatu.
"Kereta awak?" Tanya Iman lagi sambil memandang Kayla .
"Kereta saya dah masuk bengkel. InsyaAllah, next week siaplah." Jawab Kayla lagi. Iman mengangguk tanda faham.
"So, tadi awak naik Uber?" Tanya Iman lagi mematikan tujuan Kayla untuk ke biliknya. Bibirnya menyungging senyuman.
"Tak... Orang yang saya langgar tu baik hati. Dia bawa saya pergi klinik, baru hantar saya ke sini." Panjang lebar penjelasan Kayla. Terangkat kening Iman mendengarnya. Dia seakan dapat meneka siapa yang dimaksudkan itu tapi dia tidak berniat untuk bertanya. Wajah Syakir, Reza dan Firash bermain dimatanya.
"Dah awak cantik. Memanglah jadi baik hati. Kalau awak lelaki mesti dah bertumbukkan?" Iman mula mengusiknya. Kayla ketawa kecil mendengar ayat itu.
"Ke situ pula awak. Saya masuk bilik dulu. Banyak lagi kerja yang saya kena buat." Kayla meminta diri untuk menuju ke biliknya. Iman tersengih lalu mengangguk. Langkah Kayla dipandang. Mahu saja dia menceritakan tentang pertaruhan rakan-rakannya itu, namun hatinya bagaikan tiada kekuatan untuk melakukan itu. Dia takut kalau Kayla akan membenci dirinya bersubahat sama.
"Renung-renung anak dara orang ni... Ada apa-apa ke?" Tuan Ehsan yang dari tadi memerhatikan mereka menegur Iman membuatkan Iman tersipu malu.
"Ish...Tuan ni. Mana adalah. Kayla tu kawan sekerja je." Dalih Iman menjawab. Tuan Ehsan menjongket keningnya nakal. Dari riak wajah Iman, dia tahu yang Iman memiliki perasaan pada Kayla.
"Iman...Sayapun pernah jatuh cinta macam kamu. Tak payah nak berdalih." Kata Tuan Ehsan lagi. Sekali lagi Iman tersengih malu.
"Tak ada apalah tuan. Kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau tak ada nak buat macam mana." Balas Iman seakan pasrah.
"Aik... Belum cuba lagi, dah mengalah. Macam mana nak tahu ada jodoh ke idokkkk....." Meleret nada suara Tuan Ehsan menambahkan rasa malu di hati Iman.
"Amboiii... Tuan senang hati nampak. Ada project baru ke?" Usik Iman mengundang senyuman dari lelaki berkarisma itu.
"InsyaAllah, lagi tiga bulan. Nanti saya akan umumkan." Kata Tuan Ehsan membalas usikan itu. Iman mengangguk.
"Saya masuk dulu tuan. Banyak lagi kerja saya kat dalam tu." Iman meminta diri untuk kembali ke biliknya. Tuan Ehsan mengangguk sambil membuka langkah menuju ke arah biliknya yang berada di hujung itu.

Assalamualaikum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience