BAB 5

Romance Series 111568

SEPERTI biasa, hujung minggu, Kayla dan Ayla Ruziana ke rumah anak yatim yang terletak di hujung taman perumahan itu. Untuk beramah mesra dengan anak-anak yang kehilangan ibu dan ayah mereka. Sesekali, berkongsi rezeki dengan kanak-kanak yang ada di situ.
“Kak Ayla!”
“Kak Kayla!”
Bingit telinga mendengar jeritan kanak-kanak yang melihat kehadiran mereka di situ.
Kayla dan Ayla menyambut jeritan mereka bersama senyuman yang terukir di bibir masing-masing.
“Siapa nak mainan?” Ayla mengangkat tinggi bakul kertas yang penuh dengan mainan khas untuk kanak-kanak itu.
“Baby nak!”
“Mimi nak!”
“Adik nak!”
Habis semuanya menghulur tangan untuk meminta apa yang baru dikata oleh Ayla. Kayla menggelengkan kepalanya sambil ketawa. Melihat wajah teruja kanak-kanak itu, Ayla dan Kayla jadi tidak sabar mahu menyerahkan mainan itu kepada semua kanak-kanak yang ada di situ.
Tidak sampai beberapa minit lepas Kayla dan Ayla tiba, kereta mewah Puan Sri Iryani juga menluncur laju masuk ke dalam kawasan rumah itu. Ayla dan Kayla berpandangan sesama sendiri. Biasanya, Puan Sri Iryani hanya akan datang bila ada benda penting yang mahu diuruskan.
“Assalamualaikum, Puan Sri.” Kayla memberi salam sebaik Puan Sri Iryani keluar dari kereta.
Puan Sri Iryani mengukir senyumannya sebaik mendengar suara Kayla.
“Waalaikumsalam. Dah lama kamu sampai?” tanya Puan Sri Iryani sambil membuka pintu belakang kereta. Mahu mengeluarkan barang yang baru dibeli untuk anak-anak di rumah itu.
“Baru je Puan Sri,” balas Ayla pula.
Puan Sri Iryani mengangguk tanda faham. Perbualan ditangguhkan bile melihat kesibukan Puan Sri Iryani mengeluarkan barang-barang dari dalam kereta. Ayla mahupun Kayla menghulurkan bantuan mereka.

SAMBIL menjamu selera, mereka bertukar cerita sesama sendiri. Sesekali terselit cerita mencuit hati yang membuatkan mereka ketawa bersama. Kayla dapat mengesan riak sedih pada wajah Puan Sri Iryani. Mahu bertanya, tapi dia menunggu sehingga Ayla dan Kak Dina menghilang ke dalam.
"Puan Sri okay?" Tanya Kayla prihatin. Puan Sri Iryani yang menerima pertanyaan itu tersenyum hambar. Wajah Kayla dipandang penuh minat.
"Saya okay Kay. Jangan risau." Jawab Puan Sri Iryani sedikit yakin. Kayla mengangguk mendengar jawapan itu.
"Kayla dah ada boyfriend?" Tanya Puan Sri Iryani lembut. Kayla tergelak menerima soalan itu.
"Kayla single lagi Puan Sri. Tiada yang nak." Jawab Kayla berseloroh. Puan Sri Iryani mencebik bibir.
“Yelah tu. Kayla tu memilih sangat,” balas Puan Sri Iryani.
Kayla menguntum senyuman manisnya. Bukan memilih. Cuma dia belum berminat ke arah itu. Lagipun, kedua orang tuanya perlukan bantuan darinya untuk membesarkan adik-adiknya.

Nahhh... Eyfah update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience