Bab 4

Romance Series 111568

SAFWAN yang melihat kedatangan Firash itu laju membukakan pintu untuk Firash memasuki ruangannya. Dia tidak melupakan fail yang dari tadi di pegangnya untuk diserahkan pada majikannya itu.

"Kau dapat apa aku nak?" Duduk sahaja, Firash mengajukan pertanyaan sambil matanya di halakan ke arah Safwan.

"Dapat tuan. Ini maklumat yang tuan cari." Safwan menghulurkan fail kertas berwarna biru itu. Firash menyambutnya lalu membukanya.

"Kayla Tihani Zarra Binti Zakaria, 27 tahun, bujang, lima orang adik beradik." Satu persatu butiran peribadi Kayla yang tertera di dalam fail itu di baca.

"Ini saja info tentang dia?" Soal Firash dengan nada tidak puas hati. Wajah Safwan dipandang dengan riak tidak puas hati.

"E..er.. Ada lagi tuan." Jawab Safwan sedikit ragu. Takut menjadi mangsa kemarahan lelaki itu.

"Apa yang lagi....?" Soal Firash. Pandangannya ditajamkan ke wajah Safwan.

"Dia anak sulung dari lima beradik. Berasal dari Kuala Selangor. Bapanya lumpuh separuh badan, manakala maknya tak bekerja. Pendek kata makan minum keluarga mereka, dia yang tanggung." Firash tergelak mendengar info yang diberikan itu.

"Adik lelaki dia akan menyambung pelajaran ke luar negara bulan depan. Adik perempuan dia juga akan menyambung pelajaran ke Uitm Samarahan. Dia bekerja sambilan sebagai pemandu Uber bagi menambah pendapatan." Kali ini Firash terdiam mendengar penambahan info yang diberikan oleh Safwan. Wajah Kayla yang tenang menjelma dimatanya.

"Lagi satu info untuk Tuan. Mungkin berguna untuk tuan." Sambung Safwan. Terangkat kening Firash mendengarnya.

"Ingatkan dah habis." Kata Firash sambil mendengus tawa. Safwan tersengih.

"Rumah mereka di Kuala Selangor juga di atas tanah milik H&I Group. Yang mana, tanah itu sudah termasuk dalam perancangan untuk pembinaan sebuah rumah anak yatim milik Puan Sri Iryani." Bagaikan mahu melonjak keriangan Firash mendengar info terakhir itu.

"Wow! So easy..Thanks Safwan. Kau dah mudahkan kerja aku untuk perempuan bernama Kayla ini." Kata Firash. Jelas terpancar riak kemenangan pada wajahnya. Tidak mampu dia membayangkan bagaimana penerimaan rakan-rakannya tentang perkara itu. Dia ketawa sendiri disitu.

"Senangnya nak dapat kau Kayla Tihani Zarra." Ayat itu meniti dibibir Firash. Safwan yang mendengarnya tidak tahu samaada mahu tersenyum ataupun tidak.

"Maknanya, kalau aku buat apa-apapun.. Dia tak akan kisah, kerana apa yang dia perlukan hanyalah duit.... Dan duit...." Kata Firash lagi penuh dengan muslihat.

"E..e..errr... Tapi tuan..."

"Apa lagi Safwan? Spill all it out. Jenuh pula aku dengar ayat 'tapi tuan' tu. Aku tak ada masa nak tunggu!" Firash mula bertegas. Safwan menunduk ke arahnya sambil menoleh ke arah sekeliling kerana takut apa yang bakal di katakannya akan di dengari oleh manusia lain. Berkerut dahi Firash melihat gelagat pembantu peribadinya itu.

"Apa pula ni...?" Soal Firash hairan memandang Safwan yang sedang tersengih.

"Tuan kena hati-hati tahu. Di pejabat ini, ada rakan serumah Cik Kayla." Beritahu Safwan separuh berbisik.

"Huh?! Really?" Firash menayangkan riak wajah tidak percaya. Kenapa dia merasakan yang urusannya seakan dipermudahkan. Bibirnya melakar senyuman lebar. Kini terpampang jelas dimatanya satu jalan lurus tanpa ada halangan untuk mendapatkan Kayla.

"Siapa?" Tanya Firash ingin tahu.

"Ayla Ruziana." Kali Ini Firash tidak dapat menahan ketawanya mendengar nama itu.

"Ayla Ruziana? Budak Hr tu?" Tanya Firash inginkan kepastian. Ketawanya masih bersisa. Safwan laju menganggukkan kepalanya.

"Wow.. Kecilnya dunia ni. Keluarga dia duduk atas tanah syarikat, dan kawan serumah dia bekerja di syarikat ini. Bermakna aku ada dua jalan. Kau rasa, mana satu yang aku perlu buat?" Tanya Firash sambil memandang Safwan angkuh.

"Erkh...Tak tahu tuan. Terpulang pada tuan. Lagipun saya tak tahu apa kes tuan dengan Cik Kayla." Jawab Safwan takut-takut.

"Tanya kau, apapun kau tak tahu. Kau boleh keluar. Tunggu arahan dari aku." Kata Firash memberi arahannya. Safwan menayangkan sengihannya sebelum keluar dari bilik itu.

Firash menyungging senyuman jahatnya. Akalnya tidak habis memikirkan rancangan untuk mendapatkan perempuan yang dikatakan berbeza dari yang lain.

Share this novel

September Deria
2021-04-11 13:27:18 

bila update sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience