Bab 9

Romance Series 111568

KAYLA merenung Firash tajam. Tidak sangka Firash membawanya ke bilik hotel. Jadi, inilah dinner yang dimaksudkan lelaki itu.

"Kenapa you bawa I kat sini?" soal Kayla kasar.

Firash ketawa. Keningnya bercantum seketika. Mustahillah Kayla terlalu bodoh sampai tidak dapat meneka apa yang bakal berlaku.

"You tak bodoh lagi kan? I tak rasa yang you tak tahu apa yang I nak," kata Firash sinis. Perlahan tubuh Kayla dirapati.

"Jangan dekat, Firash. I jerit nanti!" Kayla berundur ke sudut balkoni.

Firash tergelak kuat. Dia tidak kisah sekalipun. Kalaupun Kayla jerit, siapa yang kisah. Itu ruang persendirian kot. Honeymoon suite dengan setting dinner yang ditempah khas untuk mereka berdua. Sempena mahu menikmati 'lauk segar'.

"You ingat i takut?" Firash mencapai pantas lengan Kayla dan menarik kasar tubuh Kayla sehingga melekap pada tubuhnya.

Kayla cuba melepaskan tubuhnya dari pelukan lelaki itu, tapi gagal. Kini, satu-satunya jalan ialah merayu dengan lelaki itu. Biarlah maruahnya dipandang rendah asalkan dia dilepaskan oleh lelaki itu. Berada dalam pelukan lelaki yang bukan suaminya bukanlah impian dan kemahuannya. Biarpun dia bukan menutup aurat tapi dia tahu apa yang dia lakukan. Dan sekarang dia berada didalam pelukan lelaki asing yang baru tiga kali ditemuinya. Sungguh tidak masuk akal!

"Let me go!" Tekan Kayla dengan suaranya yang mula serak.

"Never Tihani. When i let your go, its mean... You carrier, family and.. Dont forget about my favourite car..." Lambat-lambat Firash menghabiskan ayatnya sengaja mahu melihat reaksi Kayla.

"Shit! You memang menjijikkan!" Kayla cuba menolak kasar tubuh Firash. Sekali lagi dia gagal bila Firash mengeratkan pelukan pada pinggangnya manakala tangan kanannya di alihkan ke pergelangan tangan Kayla untuk menahan Kayla dari bertindak.

"Tak payah nak sok suci sangat Tihani. I kenal sangat perempuan jenis awak ni. Jinak-jinak merpati konon! Bukan i tak tahu yang you suka je kan?" Kata Firash sinis. Tangannya mengambil kesempatan meraba tubuh montok Kayla. Kayla mengeliat cuba untuk mengelak namun masih juga gagal. Tanpa disedari airmatanya terbit di tubir mata. Rasa terkilan bila sekian lama dia berusaha untuk mempertahankan tubuhnya dari disentuh mana-mana lelaki, tapi kali ini Firash dengan sewenang-wenangnya memperlakukan dia seolah dia seorang pelacur. Melihat kebisuan Kayla, Firash tergelak sinis.

"Apa kata... Kita makan dulu.. Nanti kita sambung ke syurga." Kata Firash seraya melepaskan tubuhnya . Kayla segera berundur ke belakang sebaik Firash melepaskannya. Difikirannya adalah hendak keluar dari tempat itu. Airmata yang bertakung itu diseka kasar. Wajah Firash langsung tidak dipandang biarpun sekali.

Bunyi seretan kerusi membuatkan Kayla menoleh ke arah Firash. Selamba lelaki itu mempelawa dia duduk bagaikan tiada apa yang berlaku antara mereka. Tanpa mempedulikan Firash, Kayla mengatur langkah mahu meninggalkan ruangan itu namun rentapan Firash menghentikan langkahnya. Pandangan Firash tajam menikam tubuhnya. Kayla mengetap bibir sambil melihat pergelangan tangannya yang berada didalam genggaman lelaki itu.

"Jangan pernah fikir untuk lari dari I, Tihani. Sampai lubang cacing i akan cari you. Dan kalau you tiada, adik-adik you masih ada untuk i gunakan." Keras nada suara Firash memberi amaran membuatkan Kayla tersentak. Sampai macam itu sekali lelaki itu mahukan dia. Tidak mungkin untuk dia menggadaikan maruah adik-adiknya untuk menyelamatkan dirinya. Dia bukanlah seorang yang pentingkan diri sendiri. Perlahan dia memusingkan tubuhnya menghadap Firash. Pandangannya dihalakan ke wajah Firash yang jelas mengejeknya.

" Kenapa I...?" Suara Kayla tersekat-sekat bertanya. Firash mengherot bibir.

"Sebab i nakkan you. The only you!" Tegas Firash lagi. Kayla melangkah menuju ke kerusi yang ditarik oleh Firash sebentar tadi lalu melabuhkan punggungnya dengan fikiran yang kosong. Rasa kecewa bertamu di hati. Baru sahaja dia memuji kebaikan dan keprihatinan lelaki itu. Sedarlah Kayla yang semua itu hanyalah perangkap semata.

"Makanlah. Semua ni mahal harganya. Malahan harga bilik ni untuk semalam cukup untuk bayar wang hantaran you." Sinis kata-kata Firash seakan memperlihatkan betapa murahnya harga diri Kayla. Kayla memandang kosong makanan yang terhidang didepan matanya. Seleranya sudah mati. Yang ada hanya keinginan untuk keluar dari tempat itu.

"Kenapa tak makan? Tak suka? Nak yang lagi mahal atau yang ekslusif khas untuk you seorang?" Sekali lagi pertanyaan sinis Firash menjengah pendengarannya. Kayla mendengus tawa. Wajah Firash di pandang tajam. Satu gelengan yang cukup untuk menggambarkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap durjana lelaki itu. Menerima pandangan itu, Firash hanya sekadar mengangkat kening sambil mengherot bibir. Dia tahu apa yang bermain difikiran Kayla. Pasti Kayla sedang menyumpah seranah dirinya ketika itu. Tapi dia sama sekali tidak kisah tentang itu.

"You sangat terdesak Encik Firash. Terdesak dan pengecut." Kayla mengubah nada suaranya kepada perlian. Firash tergelak mendengar tuduhan yang dilemparkan itu. Firash sengaja menjongket kening nakal tanda tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Kayla.

"Buktikan yang I pengecut.. Dan terdesak." Kata Firash sambil menjongket keningnya nakal. Kayla mendengus tawa.

"Kalau you bukan pengecut, you tak akan layan i macam ni. Dan kalau betul you nakkan i, you boleh jumpa mak dengan ayah i. Minta izin untuk kahwin dengan i." Di akhir ayatnya, Kayla mula teresak.

"Kenapa perlu kahwin kalau boleh dapat free. Lagipun i tak tahu berapa ramai lelaki dah sentuh you. Seandainya kita kahwin dan you bukan anak dara... Apa yang patut i buat? Ceraikan you?" Mahu tercekik Kayla mendengar ayat yang dituturkan oleh Firash itu. Betullah lelaki itu lelaki tidak berperasaan.

"you ingat i ni teruk sangat? you pernah nampak i keluar dengan jantan ke?" Meninggi suara Kayla dek kerana sakit hati yang menggunung. Firash menyungging senyuman. Makanan dihadapannya di pandang sejenak sebelum memandang kembali wajah Kayla.

"Maybe.." Jawab Firash ringkas tapi cukup meninggalkan kesan dihati Kayla. Kayla mengeleng sendiri. Hatinya seakan disiat-siat mendengar anggapan lelaki itu terhadapnya. Tanggapan lelaki itu menampakkan betapa rendahnya harga dirinya di mata lelaki itu.

"you terlalu membuat anggapan sendiri Encik Firash. Dan i tak tahu kenapa i sebodoh ini. Bertemu dengan you adalah satu kesilapan besar untuk i." Kata Kayla meluahkan rasa hatinya. Firash hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah. Kayla merengus perlahan. Makanan dihadapannya itu ditolak ke tepi.

"Apa yang i perlu buat untuk you lepaskan i?" Kali ini Kayla sedikit berlembut. Firash mengeleng kepala melihat kesungguhan Kayla untuk melarikan diri darinya.

"Bayar kos kereta i, dan minta keluarga you untuk tinggalkan tanah yang mereka duduki sekarang." Terbeliak mata Kayla mendengar ayat terakhir lelaki itu. Bermakna?

"Awak dah rancang semua ni kan?" Soal Kayla sedikit kasar. Wajah Firash dipandang dengan riak tidak percaya.

"Nope! Tanah tu milik syarikat bonda i. Memang dalam rancangan untuk dibangunkan." Kayla terdiam.

"Macam mana family i nak tinggalkan tempat itu kalau rumah sewapun belum jumpa. Tentang kereta you tu... Takkan i langsung tak boleh bayar ansuran." Firash mengeleng mendengarnya.

"Tiada istilah ansuran dalam hidup i Tihani. Dan i dah beri tahu you yang i tak akan lepaskan you selagi i tak dapat apa i nak. You fahamkan apa i maksudkan." Tegas Firash. Kayla mendengus kasar.

"Then marry me!" Tegas Kayla. Firash tergelak sinis mendengar ayat itu.

"Boleh! Tapi lepas you buktikan yang you bukanlah bekas mana-mana lelaki." Kayla berdecit perlahan. Lelaki itu sedang mengutarakan permintaan yang kejam baginya.

Kayla berdiri mengejut sambil mencapai sling begnya. Apapun terjadi, dia mesti keluar dari tempat itu.

"Jangan pernah cuba Tihani." Firash memberi amaran namun Kayla memilih untuk mengabaikan. Pantas dia mengatur langkah menuju ke ruangan bilik tidur membuatkan Firash diserbu amarh. Rahangnya diketap kuat. Belum ada lagi perempuan yang dibawanya berani membantah keinginannya yang satu itu. Dia bingkas bangun dan bergegas mengejar langkah Kayla yang sudah menghampiri pintu keluar. Dengan rentapan yang kuat, Kayla terdorong ke arahnya. Laju kedua belah tangannya mengunci pergerakan Kayla.

"Bila i cakap, itulah yang i mahukan." Jerkah Firash sambil menghumban tubuh Kayla ke atas katil. Wajah Kayla berubah pucat serta merta. Wajah Firash sudah berubah bengis sambil merenung tajam ke arahnya.

Perlahan kakinya melangkah menghampiri Kayla yang terbaring menelentang menghadapnya. Kayla mula cemas dan panik. Dia memandang ke kiri kanan mencari sesuatu yang boleh dicapainya tapi, tiada satupun yang boleh membantunya. Airmatanya mula runtuh. Perlahan Kayla mengesot ke belakang dengan harapan jarak antara dia dan Firash semakin jauh. Dengan harapan Firash tidak mampu melakukan apa-apa padanya. Ketakutan yang menguasai dirinya ketika itu seakan melemahkan dirinya. Tubuhnya sudah tersandar rapat dikepala katil itu. Tiada lagi ruang untuk dia berundur. Airmatanya usah dikata. Mengalir bak air hujan yang lebat membelah malam. Dengan penuh harapan kedua belah tangannya dirapatkan sambil memandang Firash yang sudah melutut dihadapannya.

"Tolong jangan buat i macam ni Encik Firash. I merayu..." Kayla mula merayu disitu namun rayuannya disambut dengan senyuman mengejek.

"Shhhh...Trust me Tihani. You akan suka dan you juga akan enjoy dengan apa yang kita buat nanti." Kata Firash. Tangan kanannya naik ke bahu kanan Kayla seraya melurutkan lengan dress yang sedia longgar dan mudah ditanggalkan. Tangan kiri Firash naik ke wajah Kayla dan mengusap pipi Kayla.

"Cantiknya you. Everything's perfect!" Puji Firash nakal. Kayla memejamkan mata seeratnya. Mahu menepis tapi dia bagaikan kehilangan kekuatan untuk melakukannya.

Terasa bibir Firash menyentuh dahinya membuatkan Kayla mengetap bibirnya rapat. Esakannya langsung tidak mengundang simpati dihati Firash. Tangannya terkunci rapi. Tiada ruang untuk melarikan diri. Bibir Firash menerokai setiap inci wajah sehingga ke leher Kayla tanpa mempedulikan perasaan Kayla. Tangisan Kayla juga tidak memberi kesan pada Firash untuk meneruskan hajatnya yang satu itu.

Beberapa saat, Firash seakan tersedar. Esak tangis Kayla membuatkan dirinya tidak sampai hati memperlakukan Kayla seperti itu. Kalau perempuan lain boleh menyambut perbuatannya dengan senyuman menggoda tapi tidak Kayla. Dari situ, dia mula yakin yang Kayla bukan seperti perempuan lain. Mudah bersama dengan mana-mana lelaki. Lantas selimut ditarik untuk menutup seluruh tubuh Kayla yang terdedah.

"I...I minta maaf..."

Terbuka mata Kayla mendengar permintaan maaf itu. Dengan tak sengaja, mata bertaut dengan mata Firash. Hati mula lega. Dia berharap Firash benar-benar memaksudkan apa yang diucapkannya sebentar tadi.

"Get dress. Kita keluar dari tempat ni," kata Firash lembut.

Kayla pantas bergerak. Tidak mahu bertangguh biar sesaatpun. Dia sangat berharap yang dia boleh keluar dari tempat itu tanpa ada perkara yang lebih buruk dari perkara tadi.

"KENAPA you tak teruskan niat buruk you?" Setelah lama berdiam, Kayla bertanya. Firash yang sedang memandu, dipandang sekilas.

Firash diam. Kereta itu dipandu ke bahu jalan. Sampai di bahu jalan, barulah tubuhnya dibawa menghadap tubuh Kayla. Wajah Kayla ditenung sedalamnya.

"I tak rasa i suka buat you menangis," luah Firash jujur. "To be honest, semua perempuan y ikut i tak menangis tapi happy. Berbeza dengan you," sambung Firash lagi.

Kayla tarik nafas sedalamnya. Mata mencari mata Firash. Cuba mentafsir hati Firash melalui pandangan mata.

"You tahu tak semua tu dosa?"

Firash mengangguk perlahan. "I know..."

"Kenapa buat? Nak tunjuk yang you mampu miliki perempuan dengan duit?" Kayla jongket kening pada Firash.

Firash diam seketika. Bukan itu punca dia berkelakuan seperti itu. Ramai lagi lelaki tidak berduit yang jadikan perempuan sebagai teman malam.
"Duit? Duit bukan segalanya Kay..."

"Habis tu?" soal Kayla tinggi. Mata tajam menikam wajah Firash. Geram, malu dan sakit hati menggunung ketika itu.

Firash tarik nafas sedalamnya.
"I rasa keseorangan."

Kayla mendengus tawa. "Kaya pun masih keseoranga. Semua orang pandang you bahagia je. Tambah lagi dengan kemewahan yang you ada sekarang."

Firash diam. Pandangan Kayla dibalas sekilas.
"I mungkin nampak bahagia, tapi hati i tak pernah bahagia. Hidup I tak seindah yang you sangka. Mungkin juga sentiasa dalam kegelapan, Kay," ucap Firash lemah. Itulah anggapan dia terhadap diri sendiri. Tersisih dari keluarga sendiri sejak kecil. Hati mana yang tidak terkilan.

Kayla terdiam. Melalui ucapan Firash, dia dapat meneka yang Firash sebenarnya ada masalah yang tersendiri. Mungkin itu juga yang menjadi sebab Firash menjerumuskan diri dalam kehidupan yang penuh dosa itu.
"Perjalanan hidup tidak seindah mana, Fir. Jika you memilih untuk terus dalam kegelapan, itu hak you. I tidak akan menghalang..."

Firash terdiam. Betul. Tiada hidup yang indah. Semuanya ada ujian. Dia saja yang terleka. Rasa malu tiba-tiba muncul. Wajah Kayla ditatap. Kenapa antara ramai-ramai perempuan, Kayla berjaya mengundang rasa malu dalam hatinya.

Share this novel

September Deria
2021-05-07 01:55:52 

bila update ni lama sdh tggu

ctctct
2021-05-04 07:25:08 

cerita ini mmg best... ada sambungan ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience