Bab 10

Romance Series 111568

KAYLA mengeluh resah. Wajah Firash tidak dipandang mahupun dikerling. Bila ingat apa yang jadi dalam hotel, hati kembali pedih. Biarpun lelaki itu berhenti dan tersedar sebelum terlambat, dia tetap rasa sakit.

"I lepas kan you, bukan bermakna you bebas, Kayla." Firash bersuara. Dengan nada yang cukup perlahan.

Kayla menghela nafas perlahan dan mengerling lelaki itu sekilas.
"Kalau you bebaskan I, I tetap di sini. I tak lari."

Firash tergelak sinis. Kereta yang dipandu itu, dibawa ke bahu jalan. Tubuh dihadapkan ke tubuh Kayla. Kening dijongket nakal.
"Kayla... kalau you lari sekalipun, i akan cari you sampai lubang cacing. Bukan sebab I teringin sangat kat badan you tu. Tapi, you dan keluarga you bergantung pada I atau my mother. Faham?"

Kayla mendengus perlahan. Mendengar kata-kata Firash, buat hatinya makin takut. Entah apa lagi yang lelaki itu mahu lakukan padanya selepas ini.
"You nak buat apa pada I?" soal Kayla dingin.

Firash tergelak sinis. Mata mengerling Kayla.
"Adalah. Yang pasti, memberi manfaat untuk I," balas Firash tanpa rasa bersalah.

Kayla menjuihkan bibir. "Salah satunya?"

Firash diam seketika. Wajah Kayla dikerling sekilas.
"I nak you jadi isteri I."

Jatuh rahang Kayla mendengar kata-kata Firash.
"You dah gila ke?" soal Kayla keras.

Firash ketawa. Mata kembali ditumpukan pada jalan raya yang terbentang luas di hadapan mereka.
"You have no choice Kayla. Kahwin dengan I, atau rumah family you bakal I robohkan dan hutang kerosakan pada kereta kesayangan I, you bayar cash," balas Firash bersahaja.

Kayla mendengus sinis. Pandangan tajam diberi kepada Firash.
"You memang dah lama rancang nak musnahkan hidup I kan?" soal Kayla kecewa.

Firash diam. Riak wajahnya tenang. Langsung tidak peduli pada anggapan Kayla pada dirinya. Yang pasti, dia tidak mahu Kayla terlepas di tangan kawan-kawannya. Selagi dia ada kelebihan, dia akan gunakan sepenuhnya.
"Terpulang you nak anggap I apa..." leret Firash. Serentak membrek kereta itu tepat di hadapan rumah sewa Kayla.

"You memang lelaki tak guna, Firash. Sampai mati, I benci you," tekan Kayla seraya membuka pintu.

Baru sahaja Kayla mahu keluar, Firash bertindak menarik lengan Kayla membuatkan Kayla terdorong ke arahnya. Bibir diherot ke tepi.
"Ingat Kayla Tihani Zara. Apa yang berlaku tadi adalah rahsia kita. Kalau I tahu you bocorkan rahsia tu, I akan musnahkan hidup you sepenuhnya. No more chance for happy!" tegas Firash sinis.

Kayla terdiam. Bibir digigit kuat menandakan yang dia sedang menahan geram di hati. Tangkai beg tangannya digenggam erat. Mahu mereda kan rasa yang bertamu dalam hati. Ikut hati, mahu di hempuk lelaki itu dengan beg tangannya. Nasib baik akal masih waras.

SEBAIK membuka pintu, Ayla menerpa ke arah Kayla. Dari tadi dia terjengul menanti kepulangan sahabatnya itu.
"Kay...."
Kayla angkat tangan tanda tidak mahu berkata apa-apa. Bimbang terlepas kata, rahsia yang memalukan itu terlepas.
Ayla berkerut dahi.
"Kenapa dengan kau ni. Muka suram je. Bukan kau jumpa boyfriend ke tadi?" tanya Ayla ingin tahu.
Kayla jatuhkan tangan lalu memandang wajah Ayla.
"Bukan boyfriend tapi hantu." Kayla menonong ke tangga tanpa menanti bicara Ayla. Mahu menyembunyikan resah yang semakin mengulit hati.
"Eh... aku tak habis cakap lagi ni. Kenapa kau balik lambat?" Ayla mengejar langkah Kayla.
Kayla mendengus kecil dan berhenti di anak tangga pertama. "Aku ada urusan dengan mamat hantu tadi tu. Dah lah. Aku nak rehat. Nanti bangun lambat pulak," balas Kayla sambil menoleh sekilas.
Ayla mencebik bibir. "Amboi... mamat hantulah sangat. Nanti-nanti jadi boyfriend betul-betulkan?"
Kayla mendengus tawa. "Banyaklah kau punya boyfriend betul-betul. Kalau ikut hati, aku campak mamat tu ke laut. Biar di makan jerung."
Ayla tergelak kuat. Wajah Kayla dikerling sekilas.
"Tak handsome ye?"
Kayla berdecit. Langkah kembali dibawa mendaki tangga. Handsome atau tidak, itu bukan persoalannya. Persoalannya sekarang, macam mana dia hendak lari dari lelaki gila seperti Firash. Hampir tergadai harga dirinya beberapa jam lepas kerana lelaki tak guna itu.

"SETAN!" Melayang beg tangan Kayla ke atas katil. Wajah Firash yang mengganggu dirinya ketika itu benar-benar buat dia sakit hati.
"Kalau aku tahu perangai setan mamat ni, sah aku tak terjebak dalam perkara ni." Kayla meramas rambutnya sendiri. "Argh!"
Kayla meluru ke katil dan menumbuk tilam empuk itu berkali-kali. Bibir terkumat-kamit memaki Firash.
Minda mula memikirkan bagaimana cara untuk dia larikan diri dari lelaki berperangai syaitan itu. Gila!
"Kau cuma perlu abaikan dia, Kayla. Ingat keluarga kau. Mereka perlukan kau!" Kayla menegaskan pendirian nya yang satu itu.
Bibir diketap kuat. Mata menunjukkan api kemarahan yang bakal meletus untuk lelaki itu.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama korang tunggu kan? Laptop Eyfah buat hal. Battery kembung. Tengah tunggu battery baru sampai. Sorry semua.

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2021-05-10 09:45:43 

kuat semangat kyla... lawan si firash tu.. jgn tunjuk perempuan lemah... apa2 pn tq update

September Deria
2021-05-09 15:08:53 

EMAacik1974
2021-05-08 23:25:26 

pas ni update slalu dehhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience