14 (Edit)

Drama Series 7150

"Aww! sakit! ..jerit Wati sere (editntak tindakan reflek menarik tangannya dari pegangan Iwan ketika mereka sama sama merebahkan badan ke katil.

"Eh! Naper awak?" Tanya Iwan terkejut. Dilihat isteri kembali menegakkan badan dan duduk bersila.

Iwan bingkas bangun lalu duduk mengadap si isteri.

Mata Wati memandang Iwan di depan. Dia mengampu pergelangan tangan kanannya dengan tangan kiri. Mukanya sedikit berkerut.

Anak mata Iwan jatuh pada tangan isteri. Dapat dilihat dengan jelas tompokan gelap yang agak besar di pergelangan tangan kanan Wati yang putih bersih itu. Yer..tangan isterinya melecur.

"Tangan awak kena apa ni?" Iwan bertanya. Risau.

"Minyak panas."Jawab Wati perlahan.

"Minyak panas? Macam mana boleh kena? Mak ke yang.."

"Tak ..tak.. bukan mak.. saya..saya yang cuai. saya masak."

Segera dipintas kata kata suami yang mengesyaki ibunya itu.

Mendengar kata Wati. Iwan mengeluh lega sambil memegang tangan isteri.

"Terkejut saya tadi..ingatkan mak yang buat macam ni kat awak."

"Awak dah letak ubat?"
Iwan bertanya sambil belakang pergelangan isteri dielus lembut

"Dah. Dah letak krim tadi."

"Sakit lagi tak?"

"Sakit. Tapi taklah kuat. Dah kurang sikit."

Tangan isteri yang melecur itu dibawa ke pipi. Dikucup lembut tangan itu.

"Saya temankan awak."

"Maksud awak..tidur sini sampai pagi?"
"Hmm..kenapa? Ada masalah? Atau awak tak sudi?" Mata Iwan cuba mentafsir air muka isteri dihadapan.

"Apa pulak tak sudi..Awakkan suami saya. Tapi..awak kerja kan esok." Wati inginkan kepastian.

"Ye , kerja sayang. Pagi esok saya keluarlah dari tingkap tu. Pintu rasmi saya. Saya fikir tadi awak berat hati kalau saya tidur kat sini sebab risau mak dengan Kak Sal tak suka saya datang."

"Tak.. Saya rasa mak dengan Kak Sal balik lambat kut. Mak sedara saya, kakak arwah ayah sakit tenat. Rumahnya 3 jam perjalanan dari sini."

"Oo jauh jugak tu. line clear lah malam ni ye?" Iwan tergelak kecil.

"Seronok lah tu."

"Mestilah dapat peluang keemasan."

"Gatal." Wati menepuk lengan suaminya

"Eloklah gatal dengan isteri sendiri bukan dengan orang lain."

"Awak. Tanya sikit boleh?" Tutur Wati sambil mengusap jemari suami.

"Hmm...tanyalah."

"Kalau melecur ni mak yang buat, apa tindakan awak?"

Iwan terdiam.

Dia merenung jauh. Wajahnya yang tiba tiba muram cukup untuk menggambarkan perasaannya yang berbelah bahagi antara mengikut perintah kedua orang tua atau menjaga kebajikan isteri.

Pandangan perlahan-lahan dijatuhkan ke wajah isteri dihadapan. Jari jemarinya naik mengelus rambut si isteri. Lalu tubuh Wati diraih ke dalam pelukannya. Erat.

"Kalau itulah yang berlaku saya tak akan teragak-agak untuk bawak awak keluar dari sini malam ni jugak. Apa nak jadi.. jadilah." Terluncur ayat nekad dari mulut Iwan.

Hati Wati berbunga bahagia mendengar bicara suami. Mata Iwan direnung. Terlihat kejujuran dan keikhlasan dimata itu membuatkan cintanya makin mendalam kepada lelaki ini.

"Tapi..awak jangan risau. Firasat saya mak tak sekejam tu." Kata Wati penuh yakin. Matanya tak lepas dari merenung si suami.

"Harap-harap lah. Sama-sama kita doa."
Iwan tersenyum segaris.

"Sayang...jadi mak dah tak halang awak pergi dapur ye?" Iwan tiba tiba menukar topik perbualan.

Wati angguk.
"Tapi saya kena masak sendiri, mak tak simpan untuk saya. Kecuali kalau kak Sal ada sama."

"Hmm awak dah makan?" Wati bertanya.

"Belum. Saya lupa saya belum makan lagi. Tadi fikir nak cepat pegi jumpa awak jer."

Hidung Wati dicuit manja.

"Saya pun. Kita makan nak? Nasi ada kat dapur. Jom."

"Sekarang?"

"Ye, Sekarang."
Wati memaut jari Iwan untuk mengikutnya ke dapur. Matanya kemudian terpandang bungkusan jeruk di atas meja.

"Awak yang bawak ?"

"Mama yang belikan. Pandai pulak mama tahu awak suka makan."

Wati tersenyum
'Ni mesti Bibik Lani yang bagi tahu.'

"Awak nanti bagitahu mama, saya cakap terima kasih ye."

"Okey, tapi awak kena control..tak boleh makan banyak banyak sekaligus. tak elok untuk baby."

"Baiklah bos."
Wati angkat tangan sambil buat gaya tabik hormat.

"Jom kita pergi dapur."
"Jom."

Sampai dimuka pintu, Langkah Wati terhenti. Dia menarik tangan Iwan dan meletakkan diatas perutnya.

"Eh! kuatnya. Macam ni ker selalu? Tersentak Iwan bila merasakan gerakan anggota bayi mereka secara tiba tiba itu.

"Yerlah dia dah protes. Tak sabar nak makan lama sangat tunggu papa dia bersweet sweet tadi."
Wati bergurau.

"Ala..mama dia pun apa kurangnya. Manja overdosed." Iwan menyeringai.

Mereka tertawa.

Mereka beriringan ke dapur.

Selesai makan, keduanya kembali ke bilik tidur Wati. Iwan menutup pintu bilik dan menguncinya dari dalam.

Dia paling kearah Wati yang berdiri dibelakang. Sebelah tangan gadis itu memeluk pinggang dan kepala disandarkan dibahunya. Iwan memaut pinggang isteri dan mereka berjalan beriringan ke katil.

"Terima kasih awak. Kenyang betul saya malam ni makan dari tangan awak. Best betul makan suami yang suapkan." Tutur Wati tersenyum bahagia. Keduanya duduk dibirai katil.

"Berkat tangan saya tu. Sebab tu kenyang, hehehe" Iwan tersenyum.

"Ada satu lagi sebab dia" Wati berteka teki

"Sebab apa?"

"Tengok kaki la. siapa yang masak"

"Eleh..kalau bukan sendiri siapa lagi nak puji. yer tak?" Iwan tak mahu mengalah.

"Hmm tapi ada orang tu makan banyak tadi."

"Kan? Baik mengaku"

"Yer lah yer lah..awak masak sedap."

"Tahu pun."
Wati tersenyum sambil menarik tangan Iwan keribanya.

"Ni baby berkungfu lagi tak?" Iwan berseloroh seraya tangan naik mengusap perut isteri.

"Dah kenyang..relek la tak pun dah tido lah." "Kan baby?"
Bahagian tepi pinggangnya di cucuk-cucuk perlahan dengan jari telunjuk untuk merangsang pergerakan bayi.

"Hmm awak tak bagitahu mama yang awak bermalam kat sini.?"

"Tak. Saya text Fakhrul jer tadi. Mintak dia bagitahu mama."

Iwan teringat pesanan Fakhrul yang ingin memberi tahu dia sesuatu. Dia tertanya-tanya juga apakah perkara sebenarnya tapi buat masa sekarang dia tidak mahu fikirkan lagi berkenaan hal tersebut.

"Jomlah tidur..esok awak nak kerja. Takut tak terjaga nanti."

"Nanti, tangan awak tu... biar saya sapukan ubat dulu. Mana ubatnya awak.?"

Krim ubat di dalam laci di ambil dan diserahkan kepada Iwan.

"Hmm ok dah...Nanti masak .. hati hati tau." Pesan Iwan lagi selepas meletakkan ubat di tangan Wati.

"Lagi 3 hari kan awak nak balik belajar. Cepatnya masa. Lamalah nanti nak jumpa awak balik."

"Jangan risau sayang. Kalau saya tak ada apa apa program time hujung minggu mesti saya akan tercongok kat sini."

Wati terdiam dan berfikir.

"Tapi kalau ganggu study awak, tak payahlah setiap minggu. Saya risau awak tak fokus study."

"InsyaAllah tak. Saya cuba bahagi masa nanti Awak jangan risau ye. Iwan melangkah menghampiri tingkap dan menguncinya dengan selak.

"Esok malam, lusa malam saya tidur sini lagi."

"Betul?"

"Yer ..Saya nak ambik bekal. Kenapa awak tak suka?" Iwan tersenyum nakal.

"Hmm..Gatallah awak ni..nanti tak terbangun pergi kerja baru tahu"

"Kalau tak bangun kerja tu bukan Iwan awak."

Wati teringatkan sesuatu. Tangan di masukkan ke bawah bantal. Walletnya yang berada dibawah bantal diambil dan dibuka. 2 keping kad ATMnya di ambil. Kad yang pernah dirampas ibunya itu telah dijembalikan kepadanya hasil usaha abangnya, Aiman.

Iwan memadamkan lampu dan merebahkan diri disamping isteri. Wati menarik tangan Iwan. Diletakkan kad ATM itu di atas tangan suami.

"Eh! Kenapa bagi saya kad ATM ni?" Tanya Iwan yang melihat kad tersebut di tangannya. Suasana gelap bilik Wati kini diterangi lampu tidur di sisi katil.

"Awak gunalah buat belanja study awak. Saya tahu awak banyak nak pakai duit kan. Yuran, buku buku lagi."

"Ni kan duit awak.
Pasal belanja saya tu saya dah ada cara nak selesaikan." Iwan meletakkan semula kad ke tangan Wati.

"Cara jual barang?" Wati serkap jarang.

"Awak tahu?"
Iwan terkejut.

"Yer, saya..saya tengok kat web. Awak jual barang kat situ." Wati serba salah kerana berterus terang apabila melihat reaksi suaminya seperti malu padanya. Dia memaut lengan Iwan rapat padanya. Tangannya mengelus-ngelus rambut suami. Mententeramkan lelaki itu.

"Kesian awak. Terpaksa jual semua tu. Awak ambiklah kad saya ni." Wati sangat bersimpati pada suaminya. Dia berharap pertolongan nya walau tak seberapa dapat meringankan bebanan Iwan.

Iwan terdiam. Tak disangka pula isterinya terjumpa iklannya menjual barang terpakai tu.

'Iklan tu kan sesiapa jer boleh tengok , boleh access. Kau nak heran apa?' Desis Iwan di dalam hati.

Iwan menarik nafas panjang.

Iwan menjarakkan wati didepannya. Wajah Wati diangkat dan direnung. Saya tak boleh ambik duit awak. Saya lelaki. Tanggungjawab untuk bagi nafkah awak dengan baby kita terletak kat tangan saya. Masalah saya tu tak lah besar sangat. Saya boleh selesaikan. Saya nak awak percaya saya. Saya takut kalau tanggungjawab yang ni pun saya gagal. Dahlah saya tak banyak pahala. Dosa jer yang bertimbun.

"Tapi kan awak tengah nak pakai duit banyak. Awak pakai dulu. Duit yang awak bagi saya sejak kita nikah tu ada lagi. Takkan saya nak tengok jer awak dalam kesusahan? isteri apa saya ni. Saya nak kita senang sama sama susah sama sama." Wati mendesak agar Iwan menerima bantuannya.

"Betul awak sanggup susah dengan saya?"

"Asal saja dengan awak apapun saya sanggup." Wati menzahirkan ikrarnya.

Tercuit hati Iwan mendengar luahan isteri.

'Betapa luhurnya dan murninya hati awak sayang tapi saya tak boleh terima.'

"Okey macam ni..buat masa sekarang ni awak simpan dulu. kalau saya tak ada pilihan saya bagitahu awak yer. Dah..jom kita tidur."

"Hmm macam tu lah." Wati mencium pipi suami penuh kasih.

Melihat kedegilan Wati yang masih berkeras
membuatkan Iwan tidak mahu berbicara lebih panjang walaupun yang pastinya dia tidak akan sesekali menggunakan wang simpanan isterinya itu. Dia sekadar tidak mahu perbincangan mereka berpanjangan. Matanya sudah mengantuk sekarang. Dia harus tidur segera supaya dapat bangun awal pagi nanti untuk bekerja.

Mata dipejamkan. Dirapatkan tubuhnya ke tubuh isteri. Wati memaut pinggangnya, erat. Dengan mata terpejam Iwan mengucup ubun ubun Wati. 'I love you so much.' Kata kata azimat itu lahir dari lubuk hati Iwan yang paling dalam lalu bergema didalam dirinya. Tidak diungkapkan..hanya pelukan erat yang menzahirkan kata kata itu.

Malam itu Wati terlena dalam dakapan Iwan.

**************

Pagi itu Wati terjaga dilihat Iwan sudah tiada disamping. Pasti si suami sudah berada ditempat kerjanya. Baru saja berpisah hatinya sudah digayut rindu. Bagaimanakah dirinya akan melalui hari hari yang bakal mendatang tanpa suami disisi? 'Saya harus berkorban perasaan ini demi cita cita awak, Iwan.' Tekadnya didalam hati.

Ketika dia baru saja selesai memasak hidangan tengahari di dapur, Icha, anak kak Sal terpacul di muka pintu.

"Mak Iti, kawan mak Iti datang."

"Kawan? siapa pulak?"

'Hana kut'

Dia meluru ke pintu depan. Benar sangkaan nya Hana berada di beranda memandangnya sambil tersenyum. Mereka berpelukan erat.

"Weyh dah besar perut kau."

"Mestilah. Dah 6 bulan.
Lama tak jumpa kau. Rindu kau sangat Hana."

"Aku pun sama. Rindu kat kawan baik aku ni.
Kau okey ker?"

"Okey dan tak"

"Nanti kita cerita."

"Jomlah masuk dalam."
Wati menarik tangan sahabatnya itu.

"Aku tak boleh duk kat luar. Orang tak boleh nampak aku."

Wati dan Hana masuk ke bilik Wati. Daun tingkap yang selalu menjadi "pintu masuk" suaminya itu dibuka luas supaya mereka berdua dapat merasa angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup disitu. 2 biji kerusi di tarik menghampiri tingkap itu.

"Last aku datang dulu kau asyik melepek je macam kain buruk. Ni dah nampak okey cergas." Kata Hana sambil melabuhkan duduk di kerusi.

"Yerlah ..Awal awal dulu biasalah. Kau pregnant nanti kau tahu lah."

"Aku? mintak jauhlah beb..mintak simpang malaikat 44."

"Kau dengan Rahmie still on lagi ker?"

Hana terdiam. Soalan Wati tidak dijawab. Dia cuba mengelak untuk berbicara soal dirinya dan Rahmie.

"Tadi kau cakap mak kau tak bagi keluar rumah?maksud kau orang sekeliling tak boleh tahu kau pregnant?" Wati cepat cepat menukar topik.

Wati mengangguk mengiyakan.

"Habis tu kau tidak boleh jejak kaki ke tanah langsung?"

Wati menggeleng

"Sampai kan klinik yang Kak Sal nak bawa aku pegi cek pregnant aku ni pun jauh dari sini. Dia tak nak jumpa dengan siapa siapa yang kami kenal."

Wati teringat perbualannya dengan kak Sal pagi tadi

Flash back#

"Wati, esok lepas subuh kau siap. Aku nak bawak kau pegi bukak buku pink kat klinik. Kalau kau tak buat buku tu nanti time kau nak beranak nanti tak ada hospital yang nak terima kau."

"Tapi..Kenapa awalnya kak lepas subuh. Klinik biasa bukak pukul 8 kan?"

"Kena turun awal. Bukan Klinik Kesihatan (KK) sini kita nak pergi. Yang KK ni 40 km dari sini."

Wati mengangkat muka memandang Kak Sal kehairanan.

"Kau tak payah fikir apa-Apa. Kau bawak IC jer esok.. Aku pesan sekarang sebab mungkin aku balik lewat nanti. Urusan barang-barang nursery aku banyak lagi yang belum selesai."
Setelah berhenti kerja sebagai promoter pasaraya. Kak Sal kini dalam proses membuka sebuah pusat asuhan kanak kanak.

Flashback end#

"Nanti lepas kau bersalin macammaner? mesti orang dengar suara anak kau menangiskan?"

Wati menggeleng
"Ntahla Hana ..aku tak tahu apa perancangan mak pada aku nanti. Aku ni ibarat mentimun dengan durian, menggolek luka, digolek pun luka."

"Simpati sangat dengan kau. Kalau aku..aku tak sekuat kau. Sampai bila mak kau tak nak maafkan kau."

"Aku pun tak tahu. Sampai bila. Aku pun tak kuat Hana"

"Tapi kau walaupun jadi macam ni tapi still nampak happy jer."

"Aku happy pun sebab aku masih ada Iwan. Dia lah penguat semangat aku."

"Sebut pasal Iwan, kau dengan dia okey?"

"Okey sangat Hana. Ada jugak kadang kadang tu dia buat aku terasa tapi sekarang dah okey."

"Yer lah sebab aku yang yakinkan dia."

Zapp!!

Tiba-tiba terluncur kata kata dari mulut Hana. Dia terlepas cakap.

"Yakinkan apa maksud kau?" Wati pantas bertanya

"Tak ada apalah." Hana cuba mengelak.

'Kenapalah aku tersalah cakap tadi? aduhhh!" Hana mengeluh kesal di dalam hati.

"Apa dia ..bagitau lah aku ..kau ada sembunyi apa apa ker." Wati bertanya. Tidak berputus asa.

"Errkk.tak ada apa lah. Sembang kosong jer dengan dia. Kau jangan serius sangat."

"Ada apa yang aku tak tahu ker Hana. Baik kau terus terang dengan aku." Nada suara Wati sudah berubah. Dia merasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh suaminya dan 2 sahabat mereka itu dari nya.

Hana terkesima. Buntu fikirannya untuk mengelak dari di asak Wati.

'Aku tak boleh bagitahu kau' Dia cuba untuk nekad.

"Jap..jap..kau ada jumpa Iwan kan?"

Melihat reaksi Hana yang seolah olah mengiyakan soalannya itu membuatkan Wati merasa ada yang tidak kena.

Dia masih ingat semalam semasa makan Iwan dan dirinya ada bersembang pasal Rahmie dan Hana. Ketika Wati menceritakan perihal Hana sudah pulang dan keluarganya berpindah ke rumah baru, reaksi Iwan seolah olah baru sahaja mengetahuinya dari Wati.

Setelah di desak desak Wati berulang kali akhirnya Hana membuka mulut.

Wati mengetap bibir setelah mendengar cerita sebenar dari sahabat di depannya itu. Matanya yang mula berair ditahan-tahan dari mengalir di depan sahabatnya itu. Apa yang didengar dari mulut Hana seperti pisau belati yang menikam dirinya. Amat pedih.

Dia megeluh panjang. Tidak disangka Iwan berburuk sangka sebegitu padanya. Apa yang sangat mengecewakannya ialah kenapa suaminya itu tidak meminta penjelasan dari dirinya sendiri. Tidak langsung bertanyakannya walau sepatah pun.

Sebaik saja Hana meminta diri untuk pulang. Wati menyembamkan wajahnya di bantal. Teresak dia disitu. Tempat dia melepaskan kesedihannya. Seperti tiada makna lagi cinta baginya jika tiada kepercayaan di hati Iwan padanya.

Wati menyeka air matanya yang dari tadi bercucuran dipipi. Dia terpandang cincin perkahwinan yang tersarung di jari manisnya.

Dibawa keluar cincin itu perlahan lahan dari jarinya. Dilihat sekilas dengan hati yang sebal. Laci dibuka. Ting! bunyi cincin jatuh ke dalamnya.

"Saya akan jaga anak saya sendiri. Awak tak perlu ambik tahu pasal kami lagi."

************

11th Dec 2020@ 20.28 p.m

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience