9

Drama Series 7150

Malam itu di banglo Puan Linda disebuah kawasan perumahan elit, persiapan untuk majlis akad nikah Iwan dan Wati keesokkan harinya berjalan lancar. Walaupun majlis yang dibuat hanya kecil-kecilan dan secara tertutup, tapi suasana persekitaran sekeliling
tiada cacat celanya.

Kelihatan beberapa rakan rapat Normah dan Linda beserta beberapa ahli keluarga terdekat Puan Linda turut serta membantu disitu.

Saudara terdekat Hasbi dan Normah, adik beradik dan ipar duai mereka berdua? tiada seorang pun yang muncul. Biar terlihat janggal dan pelik, tapi itulah rancangan Normah. Normah sudah nekad. Kedua belah keluarganya dan Hasbi tidak perlu tahu buat masa sekarang ini.

Biarlah Normah menyimpan rahsia itu selama beberapa tahun sehinggalah Iwan habis belajar dan melangkah ke alam pekerjaan. Pada masa itu Normah sendiri yang akan memperkenalkan menantu dan cucunya kepada keluarganya. itulah perancangannya.

Normah rela majlis anaknya dihadiri orang orang yang begitu asing padanya dari menanggung malu berhadapan dengan adik beradiknya dan ipar duainya. Dia kenal keluarganya. Baginya adalah lebih baik berhadapan dengan orang asing dengan muka yang tebal daripada menerima cemuhan dan kutukan dari keluarganya sendiri. Normah tidak sanggup!!

Normah dan Sofea sudah berada di dalam rumah itu. Fakhrul juga sama. Bibik Lani yang baru kembali dari bercuti di kampungnya di Jawa Timur pun sudah lama berada di dalam sebaik saja mereka sampai.

Cuma Iwan yang masih diluar. Ditangan terkepit sebatang rokok sambil melayan perasaan. Masuk yang itu sudah 3 batang rokok dihisapnya tetapi masih tidak dapat meredakan kebimbangan dihatinya. Rasa segan, bimbang dan serba salah untuk menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. Belum ada keberanian.
Seperti semua mata mata yang ada didalam rumah itu tertumpu kearahnya sambil hati masing masing mengejek dan mencela perbuatannya bersama Wati itu.

Kalau bakal pengantin lain biasanya akan teruja tapi berlainan dengan dirinya.

'Haihh!! Kalaulah aku tidak ikut kata hati, tentunya pada masa sekarang aku tidak berada disini. Mama dan abah pun tak perlu menanggung malu.'

'Buat apa aku nak sesalkan keluar air mata darah pun segalanya dah berlaku. tak boleh diubah lagi. yang penting aku dah bertaubat dan aku janji pada diriku aku akan jadi pikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan sebaik mungkin.'

'Tapi betul ker mereka kat dalam tu tahu aku ni terlanjur?'

'Entah-entah hanya auntie Linda jer yang tahu. Yang lain lain tu tak tahu menahu langsung. Aku jer yang perasan.'

"Iwan," Suara Fakhrul menyapanya. Suara yang sudah agak lama tidak berbicara dengannya gara-gara perang dingin 3 tahun yang lalu.
. Seperti mana anjing dan kucing seperti itulah Iwan dan Fakhrul. Pantang bersua muka mesti perkelahian akan timbul. Yang memulakan biasanya Iwan lah. Iwan yang memberontak..Iwan yang memprovok..

Iwan berpaling..Wajah si abang dipandang

Fakhrul menghulurkan tangan padanya.

Iwan agak ragu ragu utk menyambut huluran tangan itu.

"Congrats!!"
Ucapan keluar dari bibir Fakhrul.

Iwan merenung dalam ke mata itu..mencari keikhlasan.

Ikhlaskah Fakhrul atau ada niat untuk mamalukan dirinya?

Lidahnya kelu

"Naper? Pelik ker aku wish wedding adik aku sendiri." Weii!! Aku ikhlaslah." Sambil menepuk nepuk bahu Iwan.

Suasana sepi seketika

"Aku ...aku seganlah dengan kau"

"Banyak buat kau sakit hati"

Iwan mula meluah rasa.

Jeda

"Yang lepas tu lepas la.

"Aku tak simpan dalam hati pun"

"Hmm..betul ker kau dah tak marah aku lagi?"

Fakhrul mengangguk.

"Aku tak ada langsung simpan marah pada kau"

"Tapi aku memang tak berguna Rul"

" Bagi banyak masalah kat keluarga kita"

Ayat menyesal mula meniti dibibir Iwan.

"Kau pun mesti tak nak benda ni jadikan? Aku percaya kau dah insaf, dah berubah"

"Macam mama cakap..ada hikmah disebaliknya"

"Ni hari nikah kau..
Happy la sikit."

"Pasal abah tu kau doakan mintak dia terima kau"

"Takper la Rul, abah dah bagi aku stay kat rumah kita pun dah okey, aku bersyukur sangat dah"

Iwan tahu pada mulanya pujukan ibunya tidak memberi kesan, ayah tetap berkeras mahu remaja itu hidup sendiri tapi setelah mendengar penjelasan ibunya, ayahnya terdiam dan bersetuju.

"Semoga abah lembut hati untuk maafkan aku.

"Kita sama-sama doa. wan"

Iwan menganggukkan kepala. Tangan Fakhrul disambut erat. Bahu si abang di paut.

"Thanks Rul"
"Aku appreciate sangat"

2 beradik itu berpelukkan. Penuh emosi.

Perbalahan antara mereka berdua menemui titik perdamaian pada malam itu. Sangkanya, Fakhrul akan lebih membencinya lagi kerana memalukan keluarga tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Tanpa disedari sepasang mata sedang melihat perdamaian kedua beradik itu.
Hatinya keibuannya mengucap syukur tidak terhingga.
apa yang selalu didoakan sudah termakbul.
"Hah! Ni dah kenapa kat luar lagi ni, Nak tidur kat luar?"

Normah buat selamba tidak menyedari kedua mereka sudah berbaik.

"Ye ma..nak masuklah ni"

Langkah terus diatur ke dalam. Mengikuti si ibu. Sebaik saja masuk kedalam rumah.

Matanya terpaku.
Di depan matanya sebuah pelamin yang dihias cantik bertemakan warna serba putih. Kelihatan 2 orang perempuan sedang menyusun atur bunga-bunga gubahan disisi kanan dan kiri pelamin.

"Betul ker ni majlis aku?"

"Mama"..

Normah berpaling

"Ma, kita kan buat akad nikah jer kan tapi kenapa boleh ada pelamin bagai ni?"

"Yang ni adik auntie yang sponsor, butik pengantin dia sendiri. Iwan tak payah risaulah. Tak payah fikir apa-apa.
Just siap sedia untuk esok jer yer"
Puan Linda yang terdengar perbualan mereka segera menyampuk. Sempat dia memberikan kata kata semangat pada Iwan.

"Terima kasih banyak-banyak auntie. Saya rasa menyusahkan auntie pulak.. "

"Alaa apa yang susahnya..benda dah ada. Dah tengok bilik pengantin? tu ha..hujung sana tu. Pergilah masuk. Iwan jangan segan-segan buat macam rumah sendiri. Bawak masuk beg ni skali " Puan Linda menunjuk beg sandang yang digalas Iwan tadi.

'Bilik pengantin?'

'Biar betul, bukan ker esok lepas majlis aku balik rumah mama, Wati balik rumah dia ker?

Iwan terpinga-pinga dan keliru.

Normah yang perasan riak wajah keliru Iwan berkata perlahan

"Kenape, tak percaya?"
Orang dah bagi ambik jer la sebelum mama dengan auntie Linda ubah fikiran."

Normah tersenyum sinis melihat anak lelakinya sedikit terkejut.

Iwan tersipu malu.

'Elehh malu lah sangat kau Iwan'
'Macam lah kau tu teruna lagi'

Tanpa menunggu lama, kaki dihalakan ke arah yang ditunjukkan. Pintu bilik dikuak. Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam, Iwan terpegun melihat bilik yang dihias indah. Dari langsir, canopi crown dan cadar katil berwarna senada dengan warna pelamin di luar.

'Kalau Wati tengok ni mesti dia happy gila."

Iwan tersenyum sampai ke telinga mambayangkan hari esok.

'Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita, ulam mendatang'

*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience