11

Drama Series 7150

Bunyi alarm yang berbunyi nyaring mengejutkan Wati dari lena.

Teraba-raba tangan Wati mencapai handphone di pinggir katil. Dibawa kedepan mukanya.

'6.10. Dah Subuh.'

Dikalih ke sebelah... kosong.

'Eh! mane pergi suami tercintanya? Kalau sudah bangun kemana dia?'

Wati segera bangkit dan duduk dibirai katil. Serentak dengan itu selimut di tarik menutup bahagian badannya yang terdedah. Melihat dirinya yang tidak berpakaian dia teringat kenangan semalam. Bibir lantas mengukir senyuman.

'Ahh! indahnya bersama dengan awak suami saya.'

'Saya rindukan saat-saat itu..tidur berbantalkan lengan awak..hrmm'

Bila lagi saat saat indah itu akan berulang lagi. Dia pun tidak pasti.

Pagi ini dia akan dihantar pulang kerumah ibunya.

Hilang terus moodnya bila perkara itu terlintas dibenaknya. Bermakna rutin dirinya dan Iwan akan kembali kepada asal seperti sebelum berkahwin.

Dirinya tidak akan dikenali sebagai isteri kepada Farez Ezwan tetapi tetap anak perempuan kepada Cik Mah. Begitulah keadaan mereka mengikut kata putus kedua-kedua keluarga. Sedih? ya sememangnya...tapi dia harus redha kerana itulah hukuman untuk dosa mereka.

Tuala yang tersangkut dicapai malas dan langkah diatur perlahan ke bilik air.

Pakaian mereka yang berteraburan semalam sudah tiada di atas permaidani. Mungkin Iwan yang mengutip dan mengalihkannya.

Dilihat lantai shower masih basah seperti baru digunakan.

'Awalnya dia mandi. Dahlah bangun tak kejut orang'

Wati membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat subuh. Tiba tiba

pup!!

Lampu bilik air terpadam.

Wati terjerit.
'Ala kenapa pulak ni. Lampu rosak ker atau ada orang yang tutup ni.
Sapa lagi kalau bukan Iwan? hmm tapi kenapa dia nak tutup pulak..Yer lah mungkin rosak.
kut.'Desis hati kecilnya

'Nasib dah siap mandi.'

Tangan teraba- raba ingin menyentuh tombol pintu.

Tidak menunggu lama, lantas tombol pintu ditangan dipulas pantas. Kaki segera melangkah keluar.

Sekelip mata tangannya ditarik seseorang ke sisi

"Mak kau hijau!!"

Terus tegak Wati dalam rangkulan Iwan. Lengan Iwan ditepuk kuat.

"Ishh! awak ni..suka buat orang terkejut."

Iwan tersengih. "Pandai awak melatah." Wajah Wati dipandang asyik.

"Oo awak yang tutup lampu tadi kan.?"

"Saya tutuplah nak bagi awak keluar. Rindu. Lama sangat tunggu kat luar ni."

Haruman yang terbit dari tubuh Wati mengkhayalkan dirinya. Rangkulan tidak dilepaskan. Bibirnya mula melekap di leher Wati. Bergerak perlahan-lahan disitu. Tangannya mula meliar didalam balutan tuala Wati

Wati sedikit terbuai dengan cumbuan Iwan.

Tubuhnya mengeliat dan meliuk lintuk.

'Ahh! aku ni dah lah bertuala kang tak pasal pasalkan terbabas terus terlajak subuh.'

"Eh! Eh! Awak..saya tak solat lagi." Dia meronta perlahan cuba melepaskan diri sambil tangannya merungkai tangan Iwan yang memeluk dirinya.

Iwan sekadar tersenyum.

Wati menjarakkan sedikit dirinya. Wajah suami dipandang.

Awak? Tak solat??" Soal Wati

Tak solat?" Balas Iwan mengerutkan dahi

"Ni nampak tak?" Tangannya menunjukkan kopiah putih tinggi yang menutup kepalanya.

"Awak solat kat surau depan rumah ni?" Soal Wati.

"Yer. Dengan Fakhrul sekali tadi. Dah pegi ambik wuduk. Langit dah nak cerah tu"

"Elehh, tadi dia jugak yang batalkan wuduk orang." Wati mencebik

Kaki dibawa melangkah masuk ke bilik air.

"Nanti sambung tau. Episod 2. Jangan mengelak."
Tersengih-sengih Iwan seperti kerang busuk di situ..masih memandang isteri tercinta sehingga hilang dari pandangan.

***************

Wati masih malu malu ingin berbicara. Gelora dihati hanya tuhan yang tahu. Terasa kerdil dirinya berada didalam kalangan mereka ini. Didalam keluarga Iwan dan keluarga Puan Linda.

Oleh kerana rasa segan dan malu yang menebal, disibukkan dirinya berada didapur membasuh dan mengemas apa yang patut. Dapat melakukan kerja kerja rumah seperti itu seolah satu terapi buat dirinya kerana hampir berminggu-minggu dirinya terkurung dibilik tanpa dibenarkan ke dapur.

Wati seorang gadis yang dari kecil sudah terbiasa ke dapur memandangkan kedua ibu bapanya adalah pengusaha kantin sekolah.

"Wati mari sarapan. Ajak Iwan sekali. Masih tidur ker dia?" Ajak Normah yang tiba tiba muncul di sisi.

"Hmm..dah, Iwan dah bangun, mama. Kejap Wati panggilkan."

Ketika berada dimeja makan, Wati masih malu untuk mengangkat dan memandang wajah wajah wajah dihadapannya itu.

Dia merasa terlalu rendah diri. Jika dibandingkan keluarganya dan keluarga Iwan seperti langit dan bumi. Walaupun dirinya dipalit dosa tapi mereka melayannya sangat baik seperti perempuan yang suci.

Normah dan Puan Linda bersalaman dan berpelukan erat. Tidak terkira ucapan terima kasih yang berulang kali dilafazkan Normah pada sahabatnya itu.

Tangan Puan Linda di pegang. Diletakkan satu paper bag berwarna keemasan ditangan itu.

"Apa ni Nor?"Puan Linda bertanya

"Ambil, Nor Ikhlas"

"Ala, Lin dah cakap tak nak balasan apa-apa."
"Bukan balasan..Lin anggap je cenderahati dari keluarga Nor untuk Lin. Nor nak Lin terima."

Tangan sahabat ditepuk tepuk perlahan.

Linda tersenyum dan mengangguk.

"Terima kasih Nor"

Mereka berpelukan untuk kesekian kalinya.

************

Iwan memandu Kereta Nissan Sentra kepunyaan Normah pulang kerumah mereka. Fakhrul tidak mengikut mereka kerana perlu menghantar peralatan kenduri terlebih dahulu ke rumah pemiliknya di pekan sebelah menggunakan kereta pacuan 4 roda Hasbi.

Didalam kereta hanya kedengaran suara Sofea yang becok membodek Normah meminta dibelikan handphone yang baru

Selagi Normah berdiam selagi itulah dipujuk pujuk Normah supaya bersetuju.

"Macam langau lah kau ni. boleh diam tak.?" Lagu tengah best ni." Iwan mengusik si adik.

"Elehh, Kau dengki lah tu kan?" Sofea menarik muka.

Dia berpaling dan padangannya bertembung dengan Wati. Terus Sofea terdiam. Malu.

Sampai di persimpangan jalan kereta berhenti di lampu merah. Wati memalingkan muka ke sisi tingkap kereta. Terpandang olehnya kedai menjual Jeruk Pak Abu disisi sebelah kiri kaki lima jalan. Serta merta dia merasa terliur yang amat sangat melihat jeruk itu. Rasa seperti ingin keluar dari kereta dan mengambilnya begitu sahaja. Lampu bertukar hijau dan kereta mula bergerak perlahan tapi matanya masih tidak lepas dari memandang kedai tersebut.

Bibik Lani disebelah menyedari reaksi Wati terus bertanya

"Mahu beli jeruk?"

Matanya melirik ke perut Wati. Nalurinya sebagai wanita yang berpengalaman dia tahu keadaan sebenar Wati cuma didiamkan saja.

"Tak...Tak" Sambil meletakkan jari dibibir mengisyaratkan agar Bibik Lani memperlahankan suaranya.

"Kenapa?"

"Saya tak bawa uang" Wati masih berbisik.

Lho, bisa minta pada ibu atau sama deq Iwan..

Pantas Wati mendaratkan tangannya diatas tapak tangan Bibik Lani..menggeleng geleng kepalanya berulang kali.

Bibik Lani terdiam.

**************

Setengah jam kemudian kereta dihentikan diperkarangan rumah Wati.

Sunyi sepi rumah itu seperti tiada penghuni. Jauh sekali mengalu-alukan kedatangan menantu dan besan baru.

Iwan menghulurkan beg kepada Wati yang sudah masuk kedalam rumah. Kekuranya dikucup Wati penuh syahdu. Kalau diikutkan
ingin dikucup dahi isteri tapi bila memikirkan ada mata yang memandang dari dalam kereta, malu pula. Hajat itu dibatalkan.

Jaga diri awak. Saya balik dulu yer. Apa-apa whatsap saya, call saya yer. Selalu. Love U. Iwan berpesan. Bahu isteri diusap lembut.

Dalam keterpaksaan keduanya akur untuk hidup terpisah. Dalam keterpaksaan juga emosi dan kesedihan tidak dapat dizahirkan.

"Awak pun sama."Wati membalas sambil menunduk. tak berupaya memandang wajah suami. Takut kalau kalau air matanya terkeluar.

"Dah ..jangan sedih..nanti baby ikut sedih. Jaga dia untuk saya."
Iwan berpesan lagi.

Wati hanya mengangguk perlahan.
Walaupun mereka tinggal berdekatan tapi seperti tiada gunanya kalau masih terpisah dalam erti kata sebenarnya.

**************

Iwan meletakkan helmet dilantai gazebo diluar rumah. Penat seharian di gerai Samad hari ini begitu terasa. Mana taknya jika musim durian tak menang tangan kerja digerai buah. Iwan membuang putung rokoknya ke tanah. Digesek gesek kuat 2 batang putung rokok itu biar tenggelam ke dalam tanah dgn hujung kakinya. Bercelaru pasir di tepi tiang gazebo kesayangan mamanya seperti bercelaru hatinya kini.

#Flashback

Ketika dia pulang dari pasaraya 2 hari yang lalu selepas membeli barang yang dipesan Normah, dia berjalan menuju ker bahagian belakang rumah untuk masuk melalui pintu dapur. Sewaktu melalui tingkap yang sedikit terbuka, cuping telinganya terdengar namanya disebut seseorang..dia amat kenal suara itu.. suara abahnya Hasbi sedang berbual membicarakan halnya dengan mamanya.

Serentak dia terkaku disitu. Menanti dengan sabar apa yang bakal dibicarakan kedua orang tuanya itu.

"Kalau kita tak ambik peduli pasal dia bang, dia akan jadi lebih teruk nanti. Dia pun saya tengok dah banyak berubah bang. Pantang ada masa free mesti kerja. Saya tengok dia dah matang bang tak macam dulu.

"Saya mintak sangat abang maafkan dia." Normah merayu lagi.

'Ooo mama pujuk abah terima aku rupanya.'

"Tapi Mah sebenarnya abang tak berapa yakin anak budak tu anak Iwan"

"Iwan bukannya tahu apa budak tu buat kat belakang dia. Masa Iwan form 5. Dia dah form 6 kan masa tu. Bukan sekelas dengan Iwan pun. Ntah ntah dengan budak jabtan sekelas dia tapi Iwan pulak yang dituduh"

"Zapp!!

Kakinya baru saja ingin meneruskan langkah tiba tiba terhenti tatkala mendengar ayat seterusnya dari Hasbi.

Hatinya seperti disiat siat ketika itu.

Kenapa perlu dipertikaikan kandungan Wati, sudah jelas lagi bersuluh anak itu anaknya. Dia tahu kerana dialah lelaki yang merenggut keperawanan Wati.

Wati bukanlah perempuan bohsia, dia yakin itu. Sepanjang pergaulannya dengan Wati, Watilah gadisnya dan dialah jejaka Wati.
Tiada selain dari itu.

Namun hati kecilnya mula teringatkan sesuatu.

Kata kata Rahmie padanya tempoh hari.

Rahmie lebih dahulu 'makan garam' darinya dalam soal main perempuan.

Dia yang advance dari aku tapi kenapa Hana tidak hamil?

Aku hanya sekali saja terlanjur dengan Wati.
Kali kedua aku ada memujuk Wati untuk mengulangi perbuatan jijik itu tapi gadis itu menolak kerana menyesal. Dia rasa begitu berdosa pada arwah ayahnya. Sudahnya mereka hanya berdakapan dan bercumbuan ringan diranjang Wati. Begitulah yang berlaku disetiap pertemuan gelapnya dirumah kekasihnya yang kini isterinya itu.

Dan beberapa bulan selepas itu Wati mengkhabarkan berita yang amat mengejutkan yang dirinya berbadan dua. Adakah Wati curang padanya? Adakah Wati bercinta dengannya tapi pada masa yang sama menyerah tubuh pada lelaki lain juga.

Tidak! Wati tidak begitu. Isteriku perempuan yang baik..malah lebih baik darinya cuma Wati terleka dan terjerumus kelembah noda lantaran terleka kerana dipujuk rayu olehnya sendiri dan bukan lelaki lain.

lagipun seingatnya Wati tidak pernah menyembunyikan apa apa darinya. Apa saja rutin harian yang dilakukan akan di beritahu kepada Iwan walaupun kadang-kadang Iwan tidak memberi sebarang reaksi dan hanya mendengar celoteh gadis itu.

Hatinya sedaya upaya menepis segala sangkaan buruk pada isteri.

Tapi semakin ditepis semakin galak pula perasaan curiga itu timbul.

Dan semakin kerap pula otaknya menimbang-nimbang kelogikkan kata kata abahnya itu.

'Kalau betullah aku ni pak sanggup...haihhhhh!!' muka diraup kasar..tidak dapat dibayangkan jika itu hakikatnya.

Semalaman amat sukar untuk dia melelapkan mata lantaran memikirkan kata kata abahnya itu.

Berbaur perasaannya, perasaan ragu-ragu dan kecewa yang mula bertandang dihati dan dalam masa yang perasan sayang dan rindu yang mencengkam jiwa. Wajah Wati yang ayu berlegar-legar dimatanya membenam dirinya kelautan rindu yang tidak bertepi.

Namun mesej yang masuk masuk ke telefon tidak diendahkan. Skrin telefon hanya di pandang sekilas. Dia percaya itu dari Wati. Panggilan juga sama tidak dijawab. Sudah 2 hari Wati diabaikan begitu.

Kejam kah aku kerana sanggup memperlakukan isteri aku begitu sedangkan dia belum dibuktikan bersalah.

Perasaan bersalah mula terbit dihati Iwan.

Tidak cintakah, tidak sayangkah aku padanya.

Sesungguhnya, aku amat cintakan dan sayangkannya.

'Habis tu kenapa kau abaikan panggilannya, mesejnya? perbuatan kau tidak selari dengan tutur kata mu.' Seperti ada suara yang terngiang ngiang ditelinganya.

'Aku tidak tahu!!!' jeritnya didalam hati.

Otaknya masih ligat berfikir apa yang perlu dilakukan. Akhirnya dia rasa dia perlu berjumpa dengan seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience