4

Drama Series 7418

Tut! Tut! Tut!

1 Whatsaps massage masuk masuk ke handphone Normah yang sedang membasuh pinggan di dapur.

Iwan: Ma ada kat rumah?

Normah : Ye, kat rumah. Iwan tengah kerja ker?

Iwan: Ha'ah, tapi Iwan dah nak balik ni ma. Hari ni tak ramai orang sebab hujan, gerai buah tutup awal, ma.

Normah :.Ye lah, balik cepat sementara abah kau tak ada ni. Hati-hati bawak motor tu.

Selepas kejadian tempoh hari, Iwan mengelak dari bersua muka,dengan abahnya dirumah. Jika abahnya tidak ada, barulah dia turun ke tingkat bawah untuk makan. Normah juga sudah berpesan supaya Iwan mengelak dari bertembung dengan suaminya. Bimbang pergaduhan akan tercetus lagi. Baran suaminya tidak boleh bawa bebincang. Kalau dah datang amukannya, siapa didepan pun dia tak peduli. Walaubagaimanapun Normah akan tetap memujuk Hasbi agar membenarkan Iwan terus diberi tinggal dirumah itu. Biar Iwan hanya tumpukan soal pelajaran dan mencari rezeki untuk isteri dan anaknya saja.

Jika ada cuti kolejnya, Iwan akan berada di luar melakukan kerja-kerja part timenya. Asal sahaja boleh mendatangkan gaji semuanya diterima. Hari ini dia menerima upah untuk seminggu kerja. Dicongak-congak dalam kepala dengan simpanannya sebelum ini sudah berjumlah RM1250 berada ditangan.

"Jumlah hantaran RM2000. Lagi RM750 tak ada. hmmm.

"Kalau majlis lambat lagi boleh aku usahakan.
Aku terpaksa mintak tolong mama jugaklah.."

Iwan menunggang motosikalnya pulang kerumah.

****************

"Nah, RM750, mama tambahkan" Normah meletakkan wang tersebut di depan Iwan yang sedang menyuap nasi..

Tangan kiri Iwan menyatukan wangnya dan yang diberi tadi di atas meja yang berjumlah RM2000 diatas meja.

"Ma pegang duit ni sampai hari nikah tu"
"Terima kasih ma...."
"Ni Iwan pinjam tau ma. Iwan ganti balik nanti"
Iwan meletakkan wang tersebut dia atas tapak tangan ibunya.

"Tak payah fikir dulu. Yang penting selesaikan segera. Borang kahwin, kursus kahwin macamner?" Normah mengalih perbualan.

"Kursus kahwin lusa ma, Borang Iwan tengah settle"

"Ada apa lagi yang tak selesai bagitahu mama. Jangan diam." Normah berpesan

"Nanti majlis buat kat mana ma".

"Buat kat rumah kawan mama, Alhamdulillah dia dah setuju nak tolong kita."

"Syukurlah mama. Kalau tak ada mama Iwan tak tahulah apa jadi"

Sofea, adik Iwan yang berumur 15 tahun masuk ke dapur.

"Ma, Sofea tak nak pegi tuisyen lah, Ni Abang Iwan lah punya pasal" Sofea tiba-tiba bersuara

"Kenapa pulak tak nak pergi." Tanya Normah

"Sofea malu ma. Sepupu girlfen abang Iwan tu mulut tempayan. Abis dia bercerita kat orang"

"Sofea, dia bercerita tu sebab abang kau ni belum kahwin. Nanti lepas kahwin dam la mulut dia tu, percayalah cakap mama ni." Normah bersuara yakin. Walhal gundah gulana hatinya kerna kusut memikirkan dosa sianak dan penerimaan masyarakat hanya Allah yang tahu.

"Betul ker ma?

"Iye...

"Okey lah ma kalau macam tu. Hah!! Abang tu, lepas ni jaga diri tu jangan buat hal lagi tau!" suara Sofea meninggi menasihati abangnya.

"Elehh cakap orang, kau pun sama!

"Eh maner ada! Jantan pun takut aku tau?
Sofea berlalu keluar.

Memang Sofea tu kasar sedikit perwatakannya. Tak macam perempuan sebayanya. Hobinya pun hobi lelaki, membaiki apa sahaja barang letrik yang rosak. Pantang ada barang yang rosak dirumah. Dia lah yang bersungguh nak baiki. walaupun kadang-kadang usahanya menemui kegagalan. Iwan tersengih mengingat perangai sang adik.

"Iwan ada dapat 1 kerja ni ma, tapi awal kena pergi sana, pukul 3 pagi" Iwan sedikit teragak agak.

"Awalnya keje apa tu Iwan? jangan buat mama risau boleh tak?

"Kerja kat jeti ma, tolong angkat ikan bawak naik dari bot. pukul 3 pagi sampai 7pagi ma"

Normah mengeluh

"Kamu buat 2 3 kerja ni mampu ker Iwan, Larat ker kamu tu nanti?

"Malam lepas Isyak Iwan terus tidur. Bangun pukul 2.30 pagi pergi sana. Balik rumah 7.30 pagi. Gerai buah Samad kan bukak pukul 10. sempat la Iwan tidur sekejap. Ma tak payah risau la. Pandai Iwan jaga diri."

Lega sedikit hati Normah mendengarnya. Gara gara penyesalan berbuat dosa, sudah nampak perubahan dalam diri Iwan. Iwan menjadi lebih matang. Begitu giat dia mencari rezeki. Nampak sisi bertanggungjawab dalam diri anaknya itu. Iwan pun sudah tidak degil dan melawan seperti dulu. Lebih banyak berdiam Diri mendengar nasihat Normah.

'Alhamdulillah..harapnya kekallah sifat begini sampai bila-bila.....Normah mengucap syukur didalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience