10

Drama Series 7150

"Aku tak nak pergi, Kau tak faham bahasa ke?
Tengking Cik Mah keras meranapkan harapan Wati.

Dumm!!

Cik Mah menghempas kuat pintu biliknya.

"Mak, tolong datang majlis Wati mak..kesian kat Wati mak, jangan buat macam ni mak..."
Wati masih tidak berputus asa. Dirayu rayu dari luar bilik Cik Mah supaya hadir ke majlis nikahnya.

"Wati merayu mak..kesianlah Wati mak...."
"Kau jangan paksa aku,"
"Aku dah cakap, aku tak nak pergi!"

"Mak!!"

"Aku tak maafkan kau!"
"Aku tak nak pergi!"

Laungan Cik Mah dari dalam bilik menggemakan rumah. Bak orang hilang akal.

Serta merta menghentikan tangisan Wati yang berjela-jela tadi.

Suasana sepi seketika.

Hancur luluh hati Wati kini. Rasa menggigil tubuhnya mendengar jeritan ibu tadi. Pilu sepilu-pilunya. Air mata laju berjuraian dipipi menanggalkan mekap di wajahnya.

Cik Yah, Mak Usu dan Mak kiah yang berdiri dibelakangnya turut tersentak. Ketiga-tiga ibu saudaranya itu tidak menyangka yang sekeras itu hati kakaknya. Masing masing berpadangan sesama sendiri.

"Dahlah tu Wati. Biarkanlah mak tu. orang dah tak nak kita tak boleh nak paksa.... aku kakak kau ni ada dengan kau, abang kau , mak mak saudara kau ni.pak sedara kau....dah jom..nanti lambat pulak."

Kak Sal dengan muka yang tidak beriak memimpin tangan Wati keluar dari rumah menuju ke kereta yang sedang menunggu.

Bukan dia tidak ada perasaan, bukan dia tidak sedih, bukan dia tidak terkesan...tapi Kak Sal adalah seorang wanita tabah dek melalui banyak episod duka dalam hidup. Menjaga arwah ayah yang sakit ketika dirinya masih dibangku sekolah, diceraikan suami yang tergila-gilakan janda muda ketika dirinya sedang sarat mengandung anak kedua yang juga dilahirkan OKU dan berhadapan dengan perangai ibu yang garang dan tegas itu cukup membuatkan Kak Sal seorang yang berjiwa kental dan tidak mudah menangis.

Kak Sal memimpin tangan Wati keluar dari rumah menuju ke kereta yang sedang menunggu.

Dia kasihankan Wati. Dia tahu hancur harapan adiknya itu.

'Dahlah ayah sudah tiada
Emak pula dah tak maafkannya. Nasib lah ada aku yang sudi menemani dan abang sulung yang masih sudi menjadi wali kau dik'

"Bersabarlah adikku"

***************

"Aku terima nikahnya Aimawati Munirah binti Aznan dengan mas kahwin RM80 tunai."

Dengan sekali lafaz maka sahlah Wati menjadi isteri kepada Iwan.
Perlahan Wati mengesat tubir mata yang masih bersisa. Susuk tubuh jejaka yang kini bergelar suaminya dipandang sayu. Bukan sebak kerana sudah sah menjadi milik Iwan tetapi sedih kerana pada hari bersejarah buat dirinya itu, dirinya sendirian tanpa ibu disisi.

'Begitu sekali mak tak maafkan aku'

Saat Iwan menyarungkan cincin dijari manisnya, Wati seolah tidak memberi tumpuan pada momen itu. Wajah dukanya dan mata yang berkaca-kaca yang di tahan-tahan itu tidak dapat disembunyikan kepiluan hatinya.

"Dahlah tu Wati, jangan ikutkan perasaan. Kau bayangkan anak yatim piatu kahwin ? Sorang sorang jugakkan.. Kau at least ada aku..Abang Aiman kau.. Dahlah tu"
Kak Sal bersuara perlahan sambil menepuk-nepuk bahu Wati.

Puan Linda datang menggamit kedua pengantin supaya ke pelamin untuk sesi bergambar.

Lensa dihalakan ke kedua-dua pengantin.

Iwan perasan wajah isterinya yang mendung. Dia mengerti apa yang dirasai isterinya. Dia pun begitu.

Iwan berbisik ketika di pelamin.

"Saya tahu awak sedih sebab mak tak datang kan?Ayah saya pun sama tak datang dia masih marahkan saya"

Wati memandang wajah suaminya.

"Kita senasib..dia berbisik.."

Iwan menggengam jemari Wati erat.

"Kita kena sama-sama kuat sayang"

Dah..senyum..nanti dalam gambar tak lawa."

Wati mula mempamirkan senyuman manisnya kepada jurugambar dihadapan.

Setelah selesai sesi bergambar, jamuan makan dan bersuai kenal, jemputan yang hadir mula melangkah pulang.

Normah yang berbual rancak dengan Cik Yah tiba tiba mengangguk dan terdiam apabila diberitahu yang ibu Wati tidak datang

'Keras kepala jugak makcik sorang tu. samalah dengan laki aku. Apa aja salah anak maafkan jerla lagikan Nabi pun ampunkan umat.' Bisiknya didalam hati.

'Tengok muka kakak si Wati tu. Dari awal sampai tadi dengan muka masam mencuka tak boleh bawak berbincang. Senyum pun tak. Langsung tidak difikirkan perasaan pihak sebelah pengantin lelaki dan tuan rumah. Macam kawin paksa pula' Desis hati kecil Normah.

Bukan dengan Normah saje, ketika bersalaman dengan yang lain lain tadi wajahnya juga begitu.

'Macamla Iwan tu rogol adik kau. Kalau nak tunjuk muka cemberut macam tu. Agak agaklah. Diorang suka sama suka kan'

'Tapi mungkin si Sal tu stress dengan mak dia kut sbb tu mcm tu..hmm aku husnuzon jer lah' Norma berkata dalam hati. Malas ingin memikirkan reaksi orang orang yang di temuinya hari itu. Dia malas nak menyerabutkan kepala dengan soal soal yang boleh mengkusutkan fikirannya. Yang penting baginya Iwan sudah selamat menikah.

*************

Iwan menutup mata Wati sehingga mereka masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Iwan melarikan tangannya..
"Surprise!!

"Wahh cantik!!

"Cantikkan?"

Wati angguk teruja.

"Saya tak sangka majlis kita ada semua benda ni"

Wati melihat sekeliling bilik yang dihias indah itu.

"Bertuah awak dapat emak baik macam mama"

"Mama awak jugak sayang..."

Awak..Mak saya tak....."

"shh......dah...jangan sebut lagi please.."
Kata Iwan sambil meletakkan jari telunjuk di bibir Wati.

Bahu Wati di paut Iwan erat.

"Malam ni malam kita..saya nak tengok yang indah yang cantik..mcm ni jer"

Tangannya naik mengusap pipi Wati dan mengelusnya lembut.

"Tak nak sedih sedih..sian nanti baby kita pun asyik sedih je..kita tutup buku lama..bukak buku baru"

Wati mengukir senyuman sambil memandang mata suami. Terserlah cinta di mata Iwan.

"Everything i'll will do for u" Bisik Iwan romantis.

"The 1st one..."

1 Jari diangkat

Si isteri didepan mengerutkan dahi. Tidak faham.

"Mandikan awak"

"hah?"

Tak sempat berbuat apa apa. Tubuh Wati sudah diawangan..

******************

Mereka berdua sudah berada di katil. Badan masih terasa kesegaran dari air mandian sebentar tadi.

Lampu sudah dipadamkan usai solat sebentar tadi. Gelap gelita bilik itu. Hanya ditemani lampu dari luar rumah yang masuk melalu celahan langsir tingkap memberikan mood romantis pada kedua remaja itu.

Iwan menarik tubuh Wati rapat padanya.

"Dah lama saya teringin nak buat"

"Buat ape?"

"Cium mata awak"

"Serentak dengan itu Iwan melabuhkan bibir ke atas kelopak mata Isterinya. Agak lama.

Mata Wati terpejam..
perlahan Iwan meleraikan ciuman. Wati yang masih terpejam membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

"Mata awak cantik sangat. Besar, bersinar."

Wati tersenyum lebar mendengar pujian suami

"Hmm..saya pun ada..kata nya sambil tersenyum lagi."

"Ada apa sayang"

"Hidung awak"

"Lantas diciumnya hidung Iwan yang mancung terletak itu.

Wati mengangkat muka

"Saya suka sangat. Hidung awak mancung"

"Suka?"

"Hrmm"

"Ambillah"

"Kalau saya ambil awak bernafas dengan apa?"

"Awak lah nafas saya"

"Punchline awak buat saya cair" Wati masih tersipu malu

"Kalau tak cair bukan Iwan namanya."

Mereka tertawa

Dayu runcing Wati di sentuh.

Iwan tersenyum..

"Entah bila dapat dua dua lagi macam.. balik kolej nanti..merana saya"

"Peluk bantal jer la"

"Awak balik cuti?"

"Pergi bilik awak? tak best la jadi ahli mesyuarat tingkap lagi"

"Hmm yer la kan..orang taman kita tak tahu kita kahwin"

"Hmm..tahu pun"

Hidung wati dicuit manja
"Nanti tengah syok jd spiderman saya kena pelangkong dengan kayu"

"Tak..Awak tak payah curi curi masuk, nanti saya mintak kunci dengan Kak Sal"

"Hmm saya pun dah takde hati dah nak masuk"

"Hah? Awak cakap apa?"

"Saya cakap kalau saya tak tahan sangat...awak bukak mata jangan terkejut tengok saya dah 1 selimut dengan awak "

Iwan tersengih.

'Nasib sempat tukar ayat' Desis Iwan didalam hati.

"Sekelip mata jer tau"

"Gatal!"

"Aduhh..kena cubit."

Wati mendongak..

Mata suami di cari

Serentak Iwan menunduk..

"Sayang awak...i love you." Wati bersuara perlahan.

I love you too. Bibir Iwan menutur kalimah azimat itu. Bibir dilabuhkan mengucup bibir isteri tersayang. dalam..lama.. sensual..mata keduanya terpejam.

Nafas keduanya mula berubah rentak pabila nafsu mula hadir bertandang.
Jejari yang saling mengusap tubuh masing-masing mula rapat bertautan. Kaki bergeselan. Tubuh yang saling merapat menimbulkan rasa gelora tidak tertahan pada keduanya. Betapa begitu menginginkan antara satu sama lain. Kucupan dan ciuman saling bertingkah tatkala busana terpisah dari tubuh masing masing.

Desahan nikmat yang lahir dari bibir keduanya menghangatkan lagi kamar pengantin itu. Segalanya indah. Tiada lagi rasa sangsi, rasa takut dan ragu ragu di hati mereka kerana malam itu mereka berhak untuk menikmati satu ketenangan, kenikmatan dan kemanisan satu perhubungan yang halal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience