7

Drama Series 7165

Cukup 4 kali bunyi deringan tanpa dijawab segera Iwan mematikan panggilan.

'Hmm dah tidur kut'

Iwan mengiringkan badannya kekiri. Cuba untuk selesakan diri. Masih bersisa rasa penat di badannya kesan dari kerja yang berganda dilakukan seharian tadi.

Habis saja kerja digerai buah, dia diajak Samad ke rumah adiknya di Taman Semarak
untuk menolong mengangkat barang ke dalam lori. Adik perempuan samad mahu berpindah ke Kuala Lumpur. Untung Iwan di beri upah yang agak lumayan.

Dek kerana kepenatan, Iwan terus terlelap jam 9.30 tadi. Lupa dia pada rutin setiap malamnya untuk bertanya khabar kekasih hati

'Dah pukul 11.30 malam. Dah betul tidur ke dia.? Rindu sangat lah.

Bantal kepala disebelah kiri direnung. Terbayang-dimatanya seolah -olah Wati berbaring diposisi sepertinya. Mengadapnya. Bantal kosong itu disentuh seolah olah menyentuh pipi mulus Wati, bibir kemerahan Wati.

Iwan tersenyum.

'Try call sekali lagi la. dapat dengar suara sikit pun jadilah. Buat masuk mimpi malam ni.'

Iwan tersenyum.

Panggilan dibuat lagi. Agak lama Iwan menunggu di talian sebelum panggilannya disambungkan. Penuh pengharapan.

Sebaik mendengar panggilan dijawab hatinya berbunga girang

Iwan: Awak buat aper tu? tak tidur lagi? Iwan bertanya ceria dan teruja.

Wati: (Menahan sebak) (Diam)

Iwan: Kenape Awak? (Hairan)

Wati: Mendengar saja bicara Iwan, Wati tak dapat menahan sebak. Tangisannya mula kedengaran ditelinga Iwan

Iwan: Awak nangis? kenapa.?

Iwan: Kenapa awak ( mula Tak sabar)

Wati : Saya lapar sangat. (menahan sebak)

Iwan : Kak sal tak bagi?

Wati : Kak belum balik..Dari siang lagi.

Iwan: (terkejut, terdiam..penuh rasa kesal)

Iwan: Tunggu.. saya datang!

Panggilan ditamatkan.

'Jujur saya tak boleh awak sedih. Hati saya rasa sakit. Kalau boleh sekarang juga saya nak ada depan awak'

Iwan bangkit. Wajah sawo matangnya diraup dengan kedua belah tangannya. Rambut gaya kpop yang menutup dahi dan sebelah mata tu disebak ke belakang.

Dia menukar jeans dan menyarung tshirt Super drynya pantas. Wallet dicapai. Segera dia keluar. Sampai di pintu bilik dia berpatah balik menuju laci meja dan mengambil sesuatu disitu. Dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Segera dia keluar dan dihidupkan enjin motosikalnya.

Iwan memecut ke kedai Makan Sri Bayu tidak jauh dari rumahnya

'Kesian awak, sayang"

'Kerana saya awak jadi mangsa'

'Tak dapat saya bayangkan keadaan awak sekarang. keadaan baby kita yang sudah tentu kelaparan..saya ayah yang tak berguna..Maafkan saya...maafkan daddy'

"Nasi goreng ayam nasi lebih 1. milo ais 1. Bungkus," Iwan memesan order sejurus sampai direstoran itu.

Tak lama kemudian, pelayan kedai menghulurkan makanan tersebut pada Iwan dan bayaran bertukar tangan.

'Saya baru keluar dari beli makan ni....awak....sikit lagi..sikit jer lagi nak sampai rumah awak...awak tahan ye.' Iwan bermonolog lagi.

Iwan memakir motorsikalnya agak jauh dari kawasan kediaman keluarga Wati. Tidak menunggu lama, segera dilajukan langkah menuju ke rumah bakal isterinya itu.

Mesej dikirim ke telefon Wati memberitahu yang dia sudah berada diluar bilik Wati.

"Awak." panggil Iwan sambil mengetuk perlahan dinding papan itu. Wajah cantik Wati yang amat dirindui dinanti dengan sabar.

Wati menjongolkan kepala dimuka tingkap.

Tangannya mengelap air mata yang bersisa.

muka cuba dimaniskan memandang insan yang dicintai itu.

"Awak" Wati memanggil.

Iwan mendongak mendengar suara yang dirindu. Wajah sembab Wati direnung. Hati lelaki Iwan digamit rasa pilu melihat wajah kesayangan bersedih begitu. Mau saja wajah itu dibawa ke pelukannya untuk ditenangkan. Tangan dibawa keatas dan bungkusan makanan dihulurkan pada Wati. Wati menyambutnya.

Tapak tangan Iwan menyentuh tangan Wati yang memegang bungkusan. Seperti diharapkan sentuhan itu dapat meredakan kesedihan insan tersayang di depannya itu.

"Awak, jangan sedih lagi...ni ada rezeki awak" Iwan merenung penuh kasih.

."Awak sorry saya susahkan awak. Muka awak penat, Awak tak cukup tidur. Saya ambik ni. Awak balik la yer. Kekura Iwan diusap. Sungguh dia kasihan melihat keadaan jejaka yang dicintai nya keletihan begitu.

Iwan menggeleng

"Tak..tak..jangan pikir saya..awak makan la"
"Sungguh saya risaukan awak."
"Saya risaukan awak sangat-sangat"

Wati memandang Iwan..Terlihat pandangan ikhlas dan penuh cinta dari remaja itu.
Dia mengangguk perlahan.
"saya makan dulu"

"Saya tunggu."

"Tunggu? Kat bawah ni?" Wati yang mahu beredar bertanya

"Tak...saya naik"

"naik??" Tanya Wati perlahan. Cuak.

Baru je kantoi pregnant..ni nak naik ke bilik lagi

'Naper awak?" Iwan pula bertanya.

"Mak dengan adik awak tak tidur lagi ker?"

"Dah tidur"

"Sekejap jer..Saya just nak tengok Awak makan. je"

5 minit" Iwan berkata yakin.

"ok..wati menjawab perlahan. Pantas Wati bergerak ke meja studynya sambil bungkusan nasi di buka.

Iwan di bawah memandang kiri dan kan sekali lagi. Usha line.

'Ok clear'

Sekejap saja punggungnya sudah bertenggek dimuka tingkap bilik Wati.

Pandangan dihalakan ke bakal isteri yang berselera menjamah hidangan tanpa sedikit pun memandangnya.

Iwan memalingkan muka kesisi.

Sebak!

Tersentap hatinya melihat Wati makan sedikit gopoh.

'Kesian awak..kalau ikut hati saya malam ni jugak saya bawak awak balik rumah mama...saya dan mama akan jaga awak..tak sanggup saya tengok awak macam ni. Saya tak sanggup tengok mak awak buat macam ni kat awak..Tapi...tapi saya belum mampu awak...saya belum berdaya....maafkan saya.'

Wati terbatuk batuk..

Serentak Iwan menjatuhkan diri dan memijak lantai bilik itu. Segera dihampiri meja wati.. dibuka ikatan minuman, di masukkan straw dan di suakan di mulut Wati. Wati mengangkat muka melihat Iwan...

"minumm..nanti tercekik"

Minuman dihulur disedut beberapa kali.

"Awak..."

"Hmmm..ye"

"Senyum sikit. Saya tak suka tengok awak sedih,"

"Wati tersenyum lebar memperlihatkan wajah kacukan Siam dan arabnya yang cantik itu.

"Hmm.macam ini lahh bakal isteri saya. "
Iwan cuba menceriakan suasana

"Dah..jangan sedih sedih lagi"

"Terima kasih sebab bawak nasi ni"

"Anything for you." Iwan tersenyum

"Awak balik ye..Nanti nak bangun awal."

Iwan mengangguk perlahan.

"Okey."

"sebelum tu nah makan sikit." Wati menyuapkan nasi ke mulut Iwan. Air muka Wati yang kesuraman sudah berganti keceriangan.

"Teringat kita selalu suap macam ni kan. Saya rindu saat tu."

"Lagi 2 hari kita halal. Awak. Lepas ni kita tak payah takut takut lagi.

Mereka sama sama tersenyum.

"Awak..lepas nikah saya nak ikut awak boleh?"

Soalan Wati itu disambut dengan rasa galau dihati Iwan.

Wati memandang dengan wajah penuh pengharapan.

'Saya dah janji dengan mama. Awak..awak sabar sikit boleh?" Iwan memujuk.

'Saya boleh mati duduk sini'

"Saya takkan biarkan. Awak pegang janji saya."

Suasana sepi seketika

"Awak.. balik lah"

Iwan angguk

"Awak apa apa bagitahu saya. Saya ada untuk awak."

Wati mengangguk

"Awak." Wati menyentuh bahu Iwan
"Kerja jangan kuat sangat..saya risau awak tak cukup rehat. Saya sayang awak sangat"

"Jangan risau awak..saya okey.."

"Iwan bangun berdiri.

"Awak..doakan saya kuat." Wati menyentuh pipi Iwan.

Bukan awak, tapi kita..doakan cinta kita kuat selamanya"

mereka saling berpandangan penuh rasa sayang dihati.

Jaga diri awak, Iwan.

"Awak juga..i miss u so much. Iwan yang hendak ke tingkap berpusing kembali mengadap wati. Tangan di seluk ke poket. Lalu diletakkan barang itu di atas,tapak tangan Wati.

"Ubat apa ni"?

"Ubat untuk baby kita." kata Iwan sambil menyentuh baby bump Wati yang sudah kelihatan itu.

"Asid Folic."tutur Wati membaca tulisan di kotak tersebut.

Iwan mengangguk

"Pandai awak beli, mana awak tahu ni.?

"Nak jadi ayah kena lah tahu."

"Bye sayang

"Bye"

"Saya sayang awak sangat-sangat Iwan. Biar 1 dunia mencemuh awak kerana rosakkan saya, saya tetap cintakan awak. Saya tak ragu cinta awak..kesungguhan awak dah tawan hati saya dari dulu lagi. Hati saya milik awak, Iwan

Susuk tubuh Iwan dalam kesuraman cahaya lampu dipandang Wati..Semakin lama semakin jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience