15

Drama Series 7150

Kak Sal memandang Wati di sebelah yang dari tadi masam mencuka. Matanya tak lepas dari memandang keluar tingkap. Mereka berdua dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan yang agak jauh dari rumah mereka itu.

Kak Sal merasa sedikit pelik. Biasanya tangan adiknya tu tak akan lekang dengan handphone. Dia kenal sangat. Siang malam pagi petang tak berenggang dengan handphone. Ini dari start masuk kereta tadi dah tarik muka 14, kelibat handphone tiada ditangan.

'Dah sah! gaduh dengan laki dia lah tu.' Kata hati kecik Kak Sal.

"Kau tengah gaduh dengan budak Iwan ker?

"Kak..jangan lah sebut budak Iwan..dia suami saya kak.

Walaupun Wati tengah berjauh hati dengan suaminya tapi hatinya rasa sakit apabila mendengar kakaknya memanggil si suami dengan panggilan budak.

"Suami? Hmm aku tak nampak lagi laki kau tu boleh jaga kau. Usahkan nak jadi suami, jadi orang pun belum tentu. Kak Sal berkata kata dengan penuh sinis.

"Tak sampai sebulan kahwin dah bergaduh. Baru kau tahukan kahwin tu tak semuanya bahagia. Aku nak cakap banyak pun tak guna dah. Kau tu segala puncanya. Kau buat sesuatu tak fikir panjang."

"Kalau kau tak gatal nak bercinta kau tak jadi macam sekarang ni. SPM kau mesti cemerlang macam exam PMR dgn UPSR kau. Tengoklah SPM kau cukup cukup makan jer. Tak layak masuk U pun. Tapi dah merosot macam tu pun mak masih percayakan kau lagi bagi kau masuk tingkatan 6 sebab nak sangat tengok kau masuk U. Tup-tup kau buat maksiat terlanjur dengan jantan tu. Kau tahu kan betapa kecewanya mak kat kau. Kau harapan arwah ayah. Mak sedih sebab dia rasa dia dah gagal didik kau. Kau bukan tak pandai Wati. Kau pernah jadi pelajar cemerlang sekolah tapi kau sia sia kan."

Wati disebelah hanya membatukan diri. Dia malas untuk menghiraukan kata kata kak Sal. Jika difikir sangat nanti akan lebih membuatkan dirinya stress. Dibiarkan kata kata itu ibarat angin lalu.

"Kau kahwin pun harapkan mak ayah dia jer orang have have orang berduit kalau orang biasa jangan haraplah, kau kahwin free jer tau. Takde hantaran takde barang kemas bagai tu."

"Kak .. bukan semua mak dia keluarkan belanja.. Iwan ada kerja sementaralah kak masa cuti ni. dia pun sebelum ni biasa kerja ada jugak simpanan sendiri." Wati bersuara membela suaminya.

"Tak payah la kau nak membela dia tu. Kalau dia tu betul ada cita cita nak berjaya dalam hidup dia tak akan rosakkan anak dara orang. Lelaki ni tua atau muda..bujang atau dah kahwin sama je perangai suka ambik kesempatan. Habis madu sepah dibuang. Pastu jumpa yang lagi menarik kita ditinggal terkontang kanting." Kak Sal meluahkan perasaan yang berbuku.

"Kak... jangan sebab abang Hairi dah sia siakan akak..kak pukul rata semua lelaki. Iwan tak macam tu kak..Wati yakin."

"Tak payah nak yakin sangat.. Kau tu muda lagi masih tak kenal kehidupan ni macamner dugaan dia. Kau masih mentah Wati..aku yang makan garam sebelum kau...aku lebih tahu."

Wati diam saja. Sudah malas dia nak bertekak dengan kakak nya itu.

Bagi Wati biarlah kakaknya nak melemparkan tuduhan apapun pada suaminya asalkan dia kenal suaminya itu. Iwan masih belajar dia belum dapat membuktikan sepenuhnya yang dia bertanggungjawab pada anak dan isteri. Biarlah masa yang menentukan.

Sekarang ini dia masih terluka dengan perbuatan suaminya itu. Mendengar tuduhan Iwan terhadap dirinya berlaku curang dan bayi yang dikandungnya adalah anak lelaki lain seolah-olah api yang membakar hatinya. Amat sukar untuk dia memafkan lelaki itu. Buat masa ini dia hanya mahu menenangkan dirinya dahulu.

**************

Tok! Tok! Tok!

"Iwan!" kedengaran suara Fakhrul memanggil namanya dari sebalik pintu.

"Masuk jer pintu tak kunci." Iwan menguatkan suara.

Pintu dikuak. Fakhrul melangkah masuk. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi study mengadap adiknya yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala.

Iwan baru selesai mandi setelah pulang dari kerja di jeti perikanan.

"Kau nak bagitahu aku pasal apa Rul?" Iwan bertanya. Dia menunggu butir bicara yang bakal diutarakan abang dengan sabar.

Fakhrul menyeluk poket seluarnya. Lalu dia mengeluarkan wang RM1800 amanat Normah dan diletakkan di depan Iwan

"Kau ambik duit ni buat top up yuran semester kau tu"

Iwan terkejut.

"Duit siapa ni?" Dia bertanya

"Duit aku lah" Dengan cepat Fakhrul menjawab.

"Eh! tak nak lah aku ambik duit kau. Banyak ni kau pun mesti nak guna duit jugak kan?" Iwan cuba mengelak.

"Buat masa ni aku tak ada urgent nak pakai duit sebab tu aku offer kat kau ni. Kau nak pakai duit banyakkan? takyah segan lah dengan aku. Kalau kau ada duit nanti kau bayar. Kalau tak ada biarkan jer dulu" Fakhrul terus memujuk.

Iwan merenung muka Fakhrul sambil berfikir.

Memang betul apa yang dikatakan Fakhrul itu, wang yang ada ditangannya sekarang hanyalah cukup untuk membayar yuran dan sewa bilik sahaja . Perbelanjaan lain dikolej masih belum ada jalan penyelesaian.

"Oklah. Aku ambik duit kau ni. Thanks sangat sangat Rul. Speechless aku"

Iwan tersenyum ke arah abangnya itu.

Tak disangka-sangka Iwan yang Fakhrul akan menawarkan bantuan kewangan padanya.

"Takperlah ni hari kau nanti hari aku pulak."

"Hmm.tapi banyak pulak duit kau ye? Iwan bersuara seakan tidak percaya."

Selama ini setahu Iwan, Fakhrul bergantung penuh pada mama dan abahnya dalam soal kewangan. Tidak pernah dia berusaha sendiri keluar mencari kerja diluar berbanding Iwan yang dari usia 14 tahun sudah pandai mencari wang saku tambahan jika dia inginkan sesuatu tanpa meminta dari kedua ibu bapanya.

"Apa kau ingat kau je yang pandai cari kerja part time? Aku tak pandai?" Fakhrul tertawa kecil

"Manalah aku tahu. Kau tak pernah share dengan aku pun."

Fakhrul sedikit terkesima sebenarnya. Memang betul dia baru berjinak jinak mencari pendapatan tambahan sebagai web designer tapi ianya baru tidak sampai 1 minggu, 1 orang pelanggan pun belum ada lagi.

Fakhrul cuba membuat riak muka selamba dan tenang. Dia tidak mahu Iwan tahu yang dia hanya berpura-pura

"Aku buat web design."

"Ooo ..Web design..Ok ke tu? Ajar lah aku sekali."

"Nantilah aku ajar kau. Aku pun baru sangat lagi. Eh kau tidur lah aku nak turun bawah sat."

Fakhrul segera mematikan perbualan. Dia tidak mahu Iwan menjadi teruja dan bertanya lebih lanjut darinya kerana dirinya sendiri pun belum mendapat satu sen pun hasil dari kerja tersebut.

Mata Iwan mengikuti susuk tubuh Fakhrul sehingga hilang dari pandangannya.

'Hmm boleh tahan masyuk Fakhrul dapat buat web design. Kerja pun tak penat duduk depan komputer je. Tak macam aku ke hulu ke hilir penat badan berpeluh toksah cakaplah...ish tak boleh jadi ni....aku pun nak kalau macam tu.' Iwan teruja.

Dia meletakkan kepalanya di bantal sambil berkira kira untuk bertanya lebih lanjut berkenaan hal itu kepada Fakhrul nanti.

Iwan menghembuskan nafas kasar.

Kini didalam benaknya sudah sedikit lega bila memikirkan tidak ada yang perlu dirisaukan lagi berkenaan dengan kos ke kolej itu.

Setelah dicongak congak dan dihitung wang bantuan Fakhrul itu dicampur hasil penat lelahnya bekerja dan di tambah dengan penjualan barang barangnya, wang perbelanjaan yang diperlukan ternyata sudah melebihi dari yang diperlukan

Pembeli gitar kesayangannya pun sudah berjanji akan berjumpa dengan Iwan pada petang nanti untuk menyelesaikan urusan jual beli mereka.

Semasa pulang dari gerai buah nanti dia akan singgah ke bank untuk membuat pembayaran yuran kolejnya.

Iwan meraup wajahnya sambil mengucapkan syukur di dalam hati.

'Hanya malam ini dan malam esok saja lagi peluang aku nak berdua duaan dengan Wati sebelum balik ke kolej.'

Terbayang wajah mulus isterinya yang tertidur pulas disampingnya ketika dia meninggalkan bilik gadis itu untuk ketempat kerja. Alangkah indahnya kalau keadaan itu menjadi rutin seharian mereka tanpa perlu berpisah seperti sekarang ini.

Iwan memejamkan mata. Memaksa diri untuk tidur. Masa rehat tidak boleh disia siakan. Dia harus bangun selepas 3 jam untuk pergi bekerja ke gerai buah Samad pula.

Iwan memeriksa handphonenya lagi sekali. Dilihat textnya masih belum dibalas Wati.

Jam dilihat tertera pukul 7.45 pagi.

"Hmm mungkin sayang tidur selepas solat subuh dan belum bangun lagi.' Desis hatinya.

Panggilan ke nombor isteri dibuat. Tidak dijawab sebaliknya masuk ke peti suara.

'Confirm, tidur lagi ni.' Hati kecilnya bersuara.

Gambar Wati ditelefon di tatapnya dengan rasa rindu.

'Hmm..kahwin dah 10 hari. Baru 1 kali aku dapat. Haishh! kesiannya aku.' Iwan mula terbayang malam pengantinnya bersama isteri. Perlakuan erotiknya terhadap isteri mula tergambar-gambar di ruang mata. Tanpa sedar dia tersenyum dan terus terlena.

*****************

Tampalan plaster pada kesan jarum suntikan dikekura tangan kanannya ketika proses pengambilan darah sebentar tadi di pandang sepi.

Mukanya yang masih merah itu di raup perlahan dengan kedua belah tangan. Wati tidak tahu bagaimana dia masih boleh bertahan berada di Klinik tersebut. Semua ini kerana pujukan Kak Sal.

Masih terasa berdesing telinga Wati mendengar kata -kata jururawat yang membantunya mendaftar buku rekod kehamilan sebentar tadi.

Melihat umurnya yang masih belasan tahun ditambah pula dengan tarikh pada surat nikah yang belum pun cukup sebulan itu membuatkan dia terpaksa berterus terang akan status kandungannya itu.

Sebaik saja mendengar Wati berterus terang, bagaikan torpedo ayat ayat cercaan dan hinaan keluar dari mulut jururawat bertubuh gempal dan rendah itu.

Tidak terkata betapa malunya Wati disaat itu. Walaupun jururawat itu bercakap dengan nada biasa tapi suaranya yang nyaring itu cukup untuk didengari sebahagian besar orang-orang yang hadir di ruangan lobi klinik itu. Masing masing memandang ke arahnya seperti dia seorang saja yang melakukan dosa di dunia ini. Terasa darahnya menyirap dan menyerbu ke mukanya. Kak Sal di sebelah hanya mampu memandang wajah Wati dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Kalau tidak memikirkan adab dirinya yang masih muda dan orang orang sekeliling mahu saja ditamparnya mulut jururawat yang tiada insuran itu.

Tidak cukup dengan kata kata kesat, jururawat tersebut menyindir Wati lagi supaya melupakan saja hasrat untuk membuang bayinya sebaik saja dilahirkan nanti.

Tidak tahan mendengar kata kata sindiran jururawat itu, Wati bergegas ke tandas tanpa memberitahu kepasa Kak Sal terlebih dahulu.

"Kalau aku nak buang baby ni tak ada lah aku datang bukak buku ni!! Bodoh !! Sial!!" Jeritnya di depan sinki tandas klinik.

Pada pemikiran Wati agaknya sebab itulah ramai gadis gadis yang terlanjur bertekad untuk menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi mereka kerana tidak mampu berhadapan dengan kata kata hinaan masyarakat sekeliling termasuklah kakitangan hospital seperti jururawat gempal tersebut.

"Aku tahu kau sedih bila kena macam ni. Kalau aku pun sama. Memang kurang ajar nurse tu. Tapi sabar lah mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat tak tahu jer. Yang penting Allah tahu kau dah bertaubat. Dah basuh muka kau tu. Tanpa disedari Kak Sal sudah ada disebelahnya memujuk.

"Nak kena masuk dalam lagi ke kak?"

"Yer..kena masuk bilik doktor."

"Kalau tak pergi boleh tak kak? Wati tak sanggup lagi dah nak tunjuk muka."

"Kita dah datang jauh jauh ni rugilah tak pergi. Lagipun ini penting. Kau kan mana pernah kena cek dengan doktor lagi kan?

"Macam ni..Aku tengok tadi. Bilik doktor sebelah kiri. Kita masuk ikut pintu sebelah kiri nanti tak perlu lalu ikut lobi yang tadi tu." Beritahu Kak Sal untuk menenangkan Wati.

"Tapi kak..Semua orang dah cam muka Wati."

"Alah pedulikan..bukan kau je yang berdosa." Kak Sal memujuk lagi.

"Tapi.."

"Tak ada tapi tapi. Jom ikut aku"

Bersungguh Kak Sal memujuknya.

Mendengar namanya dipanggil. Lamunan Wati terhenti. Dia bangun dan di temani Kak Sal masuk ke bilik pemeriksaan doktor yang bertanda no.3 itu.

Doktor yang memakai Tag nama Zanariah itu mengangkat muka memandang Wati dan Kak Sal di depannya.

"Kenapa baru datang ni dah 23 minggu?" Doktor wanita tersebut bertanya.

Wati terkulat kulat ingin menjawab.

Dia risau jika doktor dihadapan itu turut mencerca dirinya sama seperti jururawat di luar tadi.

Melihat adiknya teragak agak untuk menjawab Kak Sal menerangkan segalanya kepada doktor itu.

Wati menunggu dengan debaran apa reaksi doktor wanita itu terhadapnya. Dia bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Namun telahannya silap. Doktor wanita ini tidak menghinanya sebaliknya memberikan penerangan dan kata kata nasihat yang memberangsangkan padanya. Wati bersyukur dengan layanan yang baik dari doktor wanita itu.

"Melihat pada scan ni. Saya lihat adik ada risiko placenta previa. Uri adik ke bawah sedikit. Nampak tak saya tandakan kat sini?" Sambil menunjukkan gambar yang ditandakan pada 2 orang dihadapannya seusai melakukan proses scan pada kandungan Wati.

"Adik ada pernah bleeding tak sepanjang pregnant ni? Doktor Zanariah itu bertanya lagi.

"Tak ada doktor."
Jawab Wati sambil menggeleng gelengkan kepala. Dia memandang Kak Sal disebelah.

"Doktor. bahaya ker placenta previa tu?" tanya Wati dengan wajah risau. Doktor wanita di hadapannya masih menulis sesuatu di buku rekod Wati.

"Kalau betul terjadi memang dikira berisiko untuk kelahiran. Tapi buat masa sekarang adik jangan risau masih terlalu awal untuk saya mengesahkan perkara ini. Ada kemungkinan keadaan uri itu kembali pada kedudukan normal nanti. Balik rumah jangan buat kerja apa apa pun. Just bed rest. Jika tidak ada keperluan untuk bergerak ke mana mana..just stay in bed. Elakkan berfikir. Tak boleh stress. Bersama suami pun cuba elakkan buat masa ni. Okey?" Doktor Zanariah memberi penerangan.

"Yang tu tak ada masalah. Sebab adik saya ni tak duduk sekali dengan suami dia doktor." Kak Sal menyampuk tanpa mengetahui perkara sebenar.

Wati menundukkan kepala. Tidak mahu Kak Sal membaca air muka nya ketika itu.

'Mesti Kak Sal terkejut kalau dia tahu yang semalam pun aku tidur dengan Iwan.' Bisik Wati di dalam hati.

"Ook.. baiklah kalau macam tu. Lagi satu perlu diingat jika ada bleeding tolong datang terus ke hospital yer."

Wati mengangguk faham beberapa kali.

"Ni tarikh untuk next appointment yer. Adik datang nanti kita scan lagi sekali tengok progress macamane."

"Ok. baiklah doktor. Terima Kasih."

Mereka berdua keluar dari bilik Doktor tersebut menuju ke kaunter ubat dan seterusnya melangkah ke kereta untuk pulang kerumah.

Aku mintak maaf sebab aku dah cakap macam macam kat kau tadi. Kau jangan stress." Kak Sal memegang tangan Wati sebelum memulakan pemanduan.

"Ala kak.....Wati tak pernah ambik hati apa yang akak cakap. Wati tahu akak cakap semua tu untuk kebaikan Wati. Akak jaga Wati selama mak boikot Wati ni pun Wati tak mampu nak balas kak. Wati terhutang budi pada kak."

"Aku ni kakak kau bukan orang lain pun. Selagi aku bernyawa aku takkan biarkan kau menanggung masalah kau sendiri."

"Wati, kau banyakkan solat hajat dan mengaji. mintak dengan Allah permudahkan segalanya.

Dia sedia maklum keadaan placenta previa berbahaya dan boleh meragut nyawa ibu dan bayi. Kak Sal berharap pada temujanji yang seterusnya hasil pemeriksaan pada Wati akan bertambah baik dan risiko komplikasi tidak berlaku.

Pulang kerumah Wati berselisih bahu dengan ibunya. Seperti biasa ibunya tidak bertegur sapa dengannya. Seolah olah Wati tidak wujud dirumah itu.

Hati nya sebak melihat tingkah ibunya itu. Tapi sengaja dia tidak mahu memikirkannya. Yang penting sekarang dia mahu merehatkan diri dan fikirannya. Kata kata doktor yang dia tidak boleh stress melekat difikirannya.

"Syukur aku masih ada seorang kakak yang menyayangi aku.walau dalam apa jua keadaan."

Apa yang dilakukan Kak Sal menjentik hatinya sebentar tadi. Dalam perjalanan pulang dari klinik tadi mereka singgah di sebuah pasaraya. Kak Sal masuk ke pasaraya itu dan membeli bermacam makanan dan minuman berkhasiat untuknya.
Wati dilarang mengikutinya dan di suruh menunggu di kereta sahaja.

Wati menghulurkan beberapa note 50 untuk membayar harga barang yang dibeli tapi ditolak mentah mentah oleh kakaknya itu.

"Kali ni aku belanja. Nanti lain kali aku ambik duit kau tu." Kata Kak Sal lagi.

Wati berbaring di biliknya.

Handphone di dalam beg diambil dan dihidupkan. Masuk beberapa mesej panggilan dan whatapps text dari Iwan. Terbayang di matanya wajah kacak Iwan yang bermata dalam dan berhidung mancung. Membaca text Iwan yang romantik sedikit mencuit hatinya.

Namun itu belum cukup untuk menghilangkan rasa kecewa terhadap remaja itu. Buat masa sekarang amat mustahil untuk dia memafkan Iwan. Biarlah dia melalui kehidupannya sendiri dahulu.

"Betul ke apa yang aku buat ni? Iwan suami aku..berdosa tak aku tak pedulikan dia? Wati mula terfikir soal dosanya sebagai Isteri.

************

Iwan menuruni anak tangga dihadapan dan segera menghampiri motosikalnya. Helmet disarungkan di kepala. Dia mendongak dan memandang pintu kaca bank di depannya itu. Bayaran yuran kolejnya baru sahaja dilunaskan.

Baki tunai di tangan juga baru saja di depositkan sebahagian ke akaun bank miliknya. Biar selamat disitu.

Peristiwa dia menghilangkan wang tunai berjumlah RM1 ribu ringgit milik Hasbi 2 tahun yang lalu benar benar menjadikan Iwan seorang yang berhati hati. Dia agak fobia untuk memegang tunai yang banyak di tangan pada suatu suatu masa.

Motosikal di pecut menuju ke rumahnya. Hari sudah mulai gelap. Jam sudah menginjak ke pukul 7 malam.

Motosikalnya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Handphone di keluarkan dari poketnya. Semua textnya kirimannya kepada isteri masih tidak balas.

Petang itu sudah 10 kali panggilan dibuat tapi semuanya masuk peti suara. Iwan kehairanan. Dia mula tertanya tanya apa yang berlaku.

'Sayang, apa berlaku? Awak sakit kah?' Kata hatinya.

Jika diikutkan hatinya yang kerisauan, hendak saja dia singgah ke rumah Wati terlebih dahulu tapi bila mengingatkan Azan Maghrib yang beberapa minit saja lagi akan kedengaran dibatalkan saja hasrat itu.

Sampai sahaja ke dalam rumah Iwan di sapa Normah.

"Macam mana persiapan kamu? Semua dah ready ker Iwan? Kamu dah bayar Yuran? Normah bertanya.

"Dah ma. Iwan dah bayar kat bank."

"Perbelanjaan kamu kat sana nanti?

"Dah ada Mama semua sudah settle. Iwan naik mandi dulu ma." Iwan berlari menaiki anak tangga tanpa memandang Normah. Hatinya kabut memikirkan Wati membuatkan dia ingin cepat berlalu.

Masuk sahaja ke dalam bilik di dail lagi nombor Wati tapi masih sama semuanya tidak berjawab. Hatinya mula tidak keruan.

Usai menunaikan solat Isyak, Iwan keluar dari rumah menuju ke rumah Wati. Tidak sabar hatinya untuk mengetahui apa yang berlaku pada Wati.

Sampai dirumah Wati, Dilihat bilik isterinya itu gelap gelita dari luar. Daun tingkap kayu itu cuba ditarik tapi malangnya usahanya sia sia sahaja. Tingkap itu berkunci.

Iwan melangkah ke bahagian hadapan rumah. Diketuknya pintu hadapan rumah separa papan dan simen itu. Salam diberi. Andaikata ibu mertua atau kakak iparnya tidak menyambut kedatangannya dengan baik akan dipedulikan saja mereka. Dia suami Wati yang sah. Buat apa perlu takut. Dia berhak ke atas Wati.

Pintu dibuka. Muncul adik lelaki Wati yang berusia 13 tahun di sebalik pintu.

"Kak Wati ada tak?"

"Kak Wati tak ada kat rumah."Jawab si adik iparnya itu.

"Tak ada? Pergi mana?"

"Dia ikut kakak. Saya tak tahu pergi mana."

"Bila kak balik?"

"Saya tak tahu bang"

"Okey lah. Kalau kak Wati balik bagitahu dia mintak telefon abang ye."

Adik Wati yang bernama Asyraf mengangguk tanda faham. Pintu di tutup kembali.

Entah kenapa hati Iwan merasa tidak percaya Wati tiada dirumah. Hati kecilnya kuat mengatakan yang isteri ada di dalam biliknya itu. Ketika menuruni tangga, matanya tertacap pada sepasang sandal Wati di atas rak kasut. Melihat sandal itu menguatkan lagi kata hatinya.

'Bagaimana kalau betul dia keluar dengan Kak Sal. Tapi kenapa seharian aku cuba hubungi dia tak dapat dapat.'

Tidak ingat langsung kah awak pada saya? suamimu ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience