6

Drama Series 7150

'Ssshh laparnya... ni bukan lapar dah ni...ni dah tahap kebulur.'

'Aduhh bahaya tak ni..kalau tengah pregnant lapar macam ni, baby boleh mati tak?' Dia sendiri pun tidak tahu jawapannya.

Sejak dia dan iwan bakal dinikahkan, Wati mula sayangkan anak yang dikandungnya itu. Dia mula teruja apabila sikecil bergerak gerak dan bertindak balas tiap kali dia menepuk nepuk perlahan perutnya.

Wati mengelus-ngelus perutnya. Dia hairan. Malam ini tiada gerakan bayinya sepertimana siang tadi. Tidak berombak perutnya seperti biasa.

Wati mula merasa gusar.

'Kak...Kenapa kak tak balik lagi? Kak ada kat maner sekarang ni?

Terakhir Kak sal menghubunginya tengahari tadi memberi tahu dirinya berada dihospital kerana melawat rakannya yang kemalangan.

Sejak Wati dipulaukan emaknya, Kak Sal lah yang memberikan makan secara curi curi padanya setiap kali selepas memasak didapur.

"Kak...."
"kak...."
"Wati lapar sangat sangat ni kak"
Rintih Wati seolah olah kak Salnya mendengar rintihannya. Air mata berjuraian dipipi diseka.

Meja kecil disudut bilik yang menempatkan makanan kering bekalan Kak Sal untuknya dikerling. Hanya bungkusan plastik yang tinggal. Isinya? sudah licin. Itulah lah yang menjadi alas perut Wati dari siang tadi.

Setakat biskut dan roti, mana mungkin mampu mengenyangkan perut. seorang perempuan hamil sepertinya.

Sudah lenguh tangannya menghantar mesej Whatsap dan mendail nombor kakaknya tapi tiada sebarang respon.

'Atau kak lupa ke yang makanan Wati bergantung pada kak sekarang?

Iwan? merangkap insan tercinta AKA bakal suaminya.

Iwan mungkin dah tidur. Esok dia harus bangun awal untuk pergi kerja dijeti perikanan.

'Aku takkan susahkan dia malam malam buta begini. Lagipun siapa aku..aku belum isterinya lagi'

'Dia pun bersusah sekarang dengan kerja dibeberapa tempat dan juga harus kesana kemari menguruskan urusan nikah mereka'

'Mintak tolong kawan?'

'Kawan mane yang nak tolong aku' Wati meratap hiba dalam diam.

'Sebaik saja terbongkar, aku tersedar yang aku diremovekan dari group whatsap. Kemudian baru aku tahu yang mak ke sekolah jumpa cikgu aku. Apa yang mak cerita kat cikgu aku pun tak tahu'

Sekarang aku dah jadi seperti kera sumbang. tiada rakan rakan tiada,sahabat yang selalu bergurau di whatapps. tiada lagi gara gara terlanjur begini..dah jadi macam ni patut ker aku mintak tolong diorang.?'

Cuma Hana jer yang faham aku..tapi Hana tak ada kat sini. dia kat Shah Alam sekarang. rumah kakaknya.'

'Tidak! aku tak boleh berputus asa.'

'Tak salah aku mencuba nasib. Mungkin rezeki anak aku masih ada'

Perlahan Wati bangun menuju pintu biliknya..Pintu dikuak sedikit. Di pandang pintu dapur yang berkunci itu dari jauh.

Wati mengatur langkah kearah pintu itu. Tangan dihulur. Tombol cuba dipulas. Pegun saja tombol itu tidak mampu digerakkan.

Air matanya serta merta merembes makin laju.

'Sampai hati mak. Sanggup pasang pintu pada dapur yang asalnya tidak berpintu semata mata sakit hatinya pada Wati.'

'Kalau nak biar Wati keseorangan mati kelaparan, Wati redha mak..Wati terima apa saja tapi anak wati tak salah mak..jangan hukum dia.'

matanya mengerling pula pintu utama yang dikunci rapat.

'Mak kunci pintu rumah. mak sorok kunci. Mak buat wati terpenjara macam banduan dalam rumah sendiri. Wati lebih rela hidup susah diluar dari dikurung sebegini'

"Kau jangan ingat lepas kau buat dosa kau boleh hidup senang!!" itu jer yang mak ulang ulang dibibir mak.. Begitu dendam sangat mak padaku. Apakah aku tidak layak diampun?

Langkah diatur tidak bermaya kembali kebilik. Segera direbahkan badan dikatil.

'Mata cuba dipejamkan. Tidur lah mata. Makan esok je..esok mesti Kak Sal dah balik.' Wati memujuk diri sendiri

Usahkan tidur, untuk bertenang pun jauh sekali dek rasa lapar yang begitu melampau dan menyeksakan Wati. Dia mengusap ngusap perutnya. Gerakan bayinya masih tidak kunjung tiba.

Wati kebimbangan

Dia bangkit.

'Aku harus usaha cara lain. Aku tak boleh mengalah'

Tingkap bilik di buka separuh. Sayup sayup Wati melihat cahaya lampu dihujung lorong menghala ke rumahnya

'Alhamdulillah
'Bukak pun Gerai burger Zali'
Kecur pulak air liurnya membayangkan burger Zali yang mempunyai rasa yang tersendiri itu.

Segera dihampiri Walletnya didalam almari. Kempis saja walletnya. Hanya ada beberapa not biru dan hijau disitu.

Kalau tak kerana emaknya pasti 2 keping kad ATM nya masih ada disitu.

"Kau jangan makan hasil penat lelah aku, sebelum kad ATM nya dirampas" Kata kata emak cukup menghiris perasaaannya tatkala mereka kembali dari rumah Iwan tempohari.

'Lupakah emak yang duit dalam ATM itu hasil penat lelah Wati sendiri. Duit Wati bekerja di kedai fotokopi sepanjang menunggu keputusan SPM dan part time di kedai jahit sepanjang bulan puasa yang lalu'.

'Apakan daya Wati adalah pendosa. Pendosa hanya mampu berserah dan harus rela diperkotakkatikkan.Ambillah emak duit Wati itu sepuas hati emak. jika itu boleh puaskan hati mak. Jika itu boleh hapuskan dendam mak pada Wati'

Kesemua duit disitu.
Wati ambil keluar. Kosong walletnya kini.
Hanya tinggal syiling sahaja.

'Cukuplah dapat beli 1 biji burger yang spesial dan 1 yg biasa buat back up plan kalau tetiba lapar lagi. Bibirnya,mula mengukir senyuman.

Wallet hitam itu letak kembali dalam almari.

Tingkap bilik dibuka seluasnya. bertemankan cahaya bulan, Wati melihat ke bawah.

'Tinggi jugak ni..Wati merasa cuak.

'Selamat ker aku terjun ke bawah ni?

'Kalau aku terjatuh macamner?"

Jarak ketinggian 2 meter dari tingkap biliknya ke tanah di amati lagi.

Dia masih berkira kira. Selamatkah dia menerjunkan diri dari tingkap rumah separa papan dan simen tinggalan arwah ayahnya itu ?

'Tapi macamner? Takkan aku nak letakkan anak aku dalam bahaya.'

'YaAllah, Aku tawakkal padamu YaAllah.'

Sebelah kaki lagi sudah dibawa kedepan. Sekarang Wati berada betul betul di atas muka tingkap.

Hanya 1 loncatan saja diperlukan Wati mendaratkan badannya di atas tanah

Baru saja bibirnya ingin melafazkan Bismillah...

Tiba-tiba telefon berdering.

******************

Iwan tiba-tiba terjaga dari tidur.

Matanya terbuka luas. "Wati" bibir Iwan menutur nama itu. Entah kenapa tiba tiba sahaja dia menyebut nama teman wanitanya.

Ingatan pada Wati begitu kuat dirasakan.
Telefon di kiri bantal dicapai. Contact My Love ditekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience