13

Drama Series 7150

'Ahhh! Kenapalah aku terburu-buru menuduh Wati tanpa usul periksa?'Iwan menyalahkan dirinya.

'Aku nak bagi alasan apa ni aku ignore dia 2 hari?'

'Aku nak cakap apa yer?'

Fikirannya buntu. Kepala yang tidak gatal digaru-garu berulang-ulang kali.

Handphone rosak? tak munasabahlah, tak logik.

'Wati bukan budak-budak nak bagi alasan macam tu.'

'Kalau aku sabar sikit mesti tak jadi macam ni. Kan dah serba salah.'

'huh!..padan muka aku.'

Dia teringat kata-kata Hana pada perjumpaan mereka bertiga sebentar tadi.

Flashback#

"Iwan tak baik tau buat Wati macam tu. Suami kena lah percaya isteri. Kesian Wati. Kan awak, betul tak?" Hana berpaling ke kiri bertanya sokongan Rahmie.

Rahmie yang sedang bersandar di pintu kereta mengangguk dan tersenyum nakal sambil menjeling sisi tepi Hana yang agak seksi kerana tshirt lengan pendek yang dipakainya agak ketat.

Iwan yang mencangkung didepan hanya mendengar sambil membatukan diri. Sesekali dia menongkat dagu dengan tapak tangan dan terdiam. Berfikir mungkin.

"Hana yakin 100% Wati takde laki lain selain Iwan." Hana terus meyakinkan Iwan.

"Confirm? Iwan mendongak seraya bertanya serius.

"Iwan sorang je pengarang jantung dia.
Percayalah cakap Hana ni."

Bibir Iwan mula mengukir senyuman mendengar kata kata yang meluncur keluar dari mulut comel Hana itu.

"Iye ke..macam bodek je ni?" Iwan menyuarakan keraguan.

"Betul.la..buat aper nak tipu."

"Hana sebenarnya tak sangka sangat Iwan syak Wati macam tu. Wati memang tak pernah curang. Boleh potong jari okey."

Suara manja dan gemersik Hana kedengaran lagi memberikan jaminan.

"Kau tengok tu Wan, Kelass kau! sanggup potong jari lagi." Sampuk Rahmie.

Wati tergelak mendengar kata kata Rahmie.

Iwan tersengih.

"Hmm..Lepas ni jangan buat lagi tau. Pengantin baru kan, sweet-sweet jer. " Hana tersenyum sesekali dia menjeling ke arah Rahmie. Rahmie membalas jelingan Hana penuh makna. Hana seorang gadis manja berkulit kuning langsat yang telah mencuri hati Rahmie.

Flashback end#

Handphone yang berada di atas tempat duduk penumpang dijeling sekilas. Tak sabar mahu meneliti semua text kiriman Wati yang diabaikannya sejak 2 hari yang lalu.

Signal ke kiri diberikan. Iwan perlahan-lahan menghentikan kereta di bahu jalan bersebelahan dengan bus stop. Handphone di sebelah di capai.

Kesemua text Isteri telah di baca. Tidak tergambar kekesalan dihatinya teringatkan luahan Wati yang bersedih kerana janjinya ingin bertemu dirumah si isteri tidak ditepati malahan Iwan bertindak menyepikan diri sehingga menimbulkan tanda tanya dihati gadis itu.

Pertanyaan demi pertanyaan disuarakan Wati didalam text nya yang menggambarkan perasaan risaunya pada sang suami telah menerbitkan rasa bersalah yang bukan kepalang dihati Iwan.

'Saya tak sedar saya dah buat awak sedih.'

'Saya tak terniat nak layan awak macam tu, sayang. Isteri saya.'

'Kejam betul saya.'

Pemanduan diteruskan Iwan menuju ke kediaman keluarganya.

**************

Sebaik saja kereta diparking kedalam porch. Iwan terburu-buru keluar menuju ke motosikalnya yang diparking berdekatan. Dia mahu ke rumah Wati dengan kadar segera.

Baru saja hendak menyarungkan helmet dikepala. Azan Maghrib dilaungkan dari Masjid berhampiran. Susuk tubuh Hasbi berbaju melayu kelabu tiba-tiba terpacul dari muka pintu utama. Abahnya ingin menunaikan solat berjemaah di masjid.

Melihat kelibat abahnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan Iwan merasakan dirinya pesalah bagaikan banduan.

Walaupun tidak melakukan kesalahan tapi debaran didadanya begitu terasa dengan kehadiran abahnya itu.

Hasbi yang ingin menuju ke kereta berpaling. Tiba tiba pandangan mereka bertembung. Sorotan mata Hasbi yang tajam itu seolah menelanjangi Iwan.

Kemeja T hitam tanpa kolar bercorak penyanyi rock barat dan seluar jean yang sedikit koyak di lutut menjadi santapan mata Hasbi.

Pergerakan Iwan tiba-tiba saja dirasakan terbantut. Rasa serba salah dan takut menyerbu dirinya.

Mesti abah ingat aku masih liar tak berubah, dressing dah macam kutu rayau pulak tu...time -time maghrib macam ni masih keluar kehulu kehilir.

Memikirkan pandangan negatif bapanya itu, terus Iwan bertukar fikiran.

Iwan serta merta membatalkan hasratnya untuk ke rumah Wati. Bungkusan jeruk kiriman mamanya untuk Wati yang diletakkan di dalam raga motosikal diambil.

Iwan mengatur langkah. Dia bergegas ingin masuk ke dalam rumah.

Sengaja langkahnya dijarakkan sejauh mungkin dari Hasbi.

Ketika di dalam rumah, Iwan bertembung dengan Fakhrul di tangga untuk naik ketingkat atas.

"Wan, Aku ada benda nak cakap dengan kau nanti. Nanti lah. Aku keluar dulu." Fakhrul bersuara.

"Apa dia Rul. buat suspen aku jer." Iwan pantas menjawab.

"Adalah..tunggu je aku balik dari masjid nanti."

"Okeylah."

'Apa yang Fakhrul nak bagitau aku yer..jangan benda buruk dah la. Aku dah tak larat nak fikir. Yang sedia ada pun dah banyak.'

'Hmm pasal Wati ..pasal duit...pasal nak bayar yuran..Hmm nyaris-nyaris aku lupa pasal yuran sebab bini punya pasal. Hmm sapa tak sayang bini kan?' Iwan tersenyum sendiri.

Terbayang wajah Wati di ruang matanya.

Langkah diatur kebiliknya .

Klik!

Lampu bilik dibuka. Pendingin udara dihidupkan.

Pandangan dilarikan ke arah 2 buah gitar kesayangannya. Gitar Electric Ibanez dan gitar Acoustic.

Iwan teringat demi mendapatkan gitar tersebut dia sanggup bekerja di gerai ayam pusing semasa bulan Ramadhan yang lalu. Tak cukup dengan itu, dia, Rahmie dan sahabat karib mereka, Hazran mengambil risiko menjual mercun beserta bunga api secara sembunyi-sembunyi dan mereka meraih keuntungan yang berlipat ganda.

Nampaknya aku terpaksa lepaskan dua benda ni.
Walaupun berat hatinya tapi dia terpaksa. Dua barang yang mempunyai nilai sentimental baginya.

Gitar inilah yang digunakan untuk berlatih sebelum bersama-sama Rahmie dan rakan-rakan yang lain ke studio yang menjadi port kaki-kaki jamming berkumpul dan mengasah bakat. Iwan menyedari sudah lama dia tidak munculkan diri disana dan melakukan aktiviti hobinya itu.

Walaupun ada beberapa rakannya yang kehairanan dan bertanya padanya, Iwan hanya memberikan alasan dia sibuk bekerja kerana menanggung pelajaran sendiri. Ada juga antara sahabatnya yang mengesyaki dia bergaduh dengan bapanya kerana merasakan amat mustahil Hasbi yang mempunyai pekerjaan yang baik dan dari keluarga berharta tidak boleh menanggung pelajaran si anak. Iwan hanya menafikan kata kata rakannya dan buat tidak tahu sahaja.

Mujurlah tidak ada seorang pun yang mengetahui hakikat yang dia sekarang sudah pun bergelar suami orang dan bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi melainkan Rahmie.

Sekarang 2 buah gitar kesayangan akan bertukar tangan. Pembeli yang berminat sudah menghubungi Iwan dan bersetuju untuk mengambil barangan itu keesokkan harinya.

Sejak Hasbi tidak lagi menanggung pelajarannya, Iwan sebenarnya sudah mula menjual barangan peribadinya satu persatu di laman web barang terpakai. Tiada seorang pun ahli keluarganya yang tahu berkenaan perkara itu. Tapi jika nanti sekiranya Normah perasan akan ketiadaan barangan semua ini di biliknya dan bertanya, sudah pasti dia akan berterus terang.

Lagipun mama dengan abah mesti lebih suka gitar gitar semua ni tidak ada. Dia teringat bagaimana marahnya Hasbi bila mengetahui yang Iwan membeli alat muzik.

"Hati kau jadi gelap nanti! tak ada faedah langsung! itulah ayat pedas Hasbi kepadanya.
. Dihampiri almari pakaiannya di sudut kanan bilik. Dikeluarkan kotak kasut Nike berwarna putih yang belum dipakai dari bahagian bawah almari. Kasut itu dibelek-belek dan di pandang sedikit sayu. Kasut yang menjadi rebutannya dan Hazran dikedai kerana hanya ada 1 pasang sahaja kasut tersebut dan kebetulan Iwan dan Hazran memakai saiz yang sama. Akhirnya Hazran mengalah padanya. Sekarang kasut ini bakal bertukar pemilik. Hazran sudah menyatakan persetujuan untuk membelinya dari Iwan.

'Dah rezeki kau Yan dapat kasut ni.
Aku hanya layak jadi tukang simpan saja'

Iwan mengeluh kasar.
Tak apa lah..

Dia menarik nafas panjang.

Barang-barang ni dah tak bermakna apa apa bagi aku sekarang.

'Yang penting kena ada duit untuk bagi Wati, baby kami nanti, bayar yuran aku, support study aku. Hilang apa apa pun aku dah tak kisah dah. Nak harapkan loan belajar dapat entah bila pun tak tahu.'

'Aku kena banyakkan bersabar.'

'Masih panjang lagi perjalanan aku. Banyak lagi yang aku dan Wati akan tempuh sama-sama.'

'Stay with me sayang
My wife ..i miss u'

***************

Usai menunaikan solat, Iwan menukar seluar kargo half cut dan menyarung hoodie . Hasrat untuk berjumpa isteri mesti diteruskan.

'Perlu ker aku telefon dulu? hmm tak payahlahh..pergi terus jer'

Iwan seperti biasa memakir motosikalnya sedikit jauh dari rumah Wati.

Dari jauh dia dapat melihat sebuah lori treler di parkir dikawasan lapang berhadapan rumah Wati. Kelihatan 3 orang lelaki sedang bersembang sambil menghisap rokok.

Iwan tidak pasti siapa mereka bertiga tapi dia sudah biasa melihat lori treler itu diparkir disitu.
Matanya meliar melihat kawasan sekeliling rumah. Kereta ibu mertuanya dan kakak iparnya tidak kelihatan.

'Tak ada orang kat rumah ker? Entah-entah bini aku ikut Kak Sal keluar kut, tak pun ikut mak.'

'Mustahil la. Mana nak diberi Wati keluar. Malulah muka.' Desis hatinya.

Langkah dilajukan. Bungkusan plastik ditangan dipegang erat. Entah kenapa Iwan merasa tak sedap hati. jika sebelum ni semasa tidak ada ikatan bukan main selamba dia menyelinap bilik anak dara orang sekarang bila dah sah, ada rasa takut pulak.

'Apa susah do...Kalau dah kena tangkap aku bagitau jerlah yang kitaorang dah nikah.'

'Dah apa pilihan yang aku ada? Tanpa sedar dia bersoal jawab dengan diri sendiri pula.'

Langkahnya semakin mendekati rumah Wati.
3 orang lelaki tadi masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

'Nampaknya line tak clear nak masuk ikut pintu depan. Kena masuk ikut biasa jugak ni. Aduhh!'

Iwan menuju ke bahagian belakang rumah Wati. Menghampiri tingkap bilik. Pagar tinggi yang membelakangi Iwan sedikit sebanyak membantu dirinya terlindung dari pandangan sesiapa.

'Ni kalau bukan bini memang tak rajinlah aku nak memanjat-manjat time-time macam ni.' Omelnya didalam hati.

'Nasib bini.'

Tangan Iwan cuba menolak daun tingkap bilik Wati.

Krek!

Terbuka!

'Hermm tak berkunci rupanya. Bahaya betul.'

Tangan Iwan cuba menolak daun tingkap bilik Wati.

Dijenguk perlahan kedalam bilik. Mencari kelibat isteri.

Matanya jatuh pada susuk tubuh yang berbaring mengiring dikatil. Betapa rindunya dia ingin mendakap tubuh itu. Iwan tersenyum lebar. Lantai dipijak perlahan-lahan agar tidak berbunyi. Dia tidak mahu Wati menyedari kehadirannya. Dia mahu memberikan kejutan pada si isteri.
Bungkusan jeruk idaman Wati diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan dihampiri katil kayu didepannya itu.

Sampai sahaja di tepi katil, Iwan perlahan-lahan merebahkankan badannya dibelakang Wati. Dia membetulkan sedikit kedudukannya agar lebih rapat di belakang Wati. Tapi pergerakannya masih dijaga agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh mengejutkan si isteri. Hidungnya tercium bau haruman dari rambut ikal Wati yang lebat. Iwan terleka seketika.

Dengan berhati-hati, dia menghulurkan tangan memeluk pinggang isteri.

Tiada respon.

'Tidur mati ker ni. Awalnya nya tidur.'

Tiba Tiba dia terasa tubuh Wati bergerak. Seakan mahu berkalih kearahnya.

Iwan mengangkat kepala. Mahu melihat wajah isteri. Tangan kiri diangkat separuh tanda bersedia untuk menekup mulut Wati seandainya gadis itu menjerit.

Tiba -tiba Wati membuka mata.

Terlihat dimatanya wajah suami yang tersenyum lebar.

Wajah yang bertanggujawab menjadi punca dirinya tidak tentu arah dan emosinya terganggu selama 2 hari itu.

Awak, tidur ker tadi? tanya Iwan
Baby kita okey tak? Iwan bertanya lagi sambil mengusap baby bump isterinya itu.

Soalan Iwan tidak dijawab Wati. Sebaliknya dia pantas bangun duduk dikatil memegang erat lengan si suami.

Cakap awak, saya ada buat salah apa apa ker? sampai awak merajuk dengan saya. Saya risau sangat." Lengan Iwan digoncang-goncangkannya.

Iwan tersengih

'Dah agak, mesti tanya punya' Katanya di dalam hati.

"Merajuk?" Iwan pula menyoal Wati.

"Yer lah awak tak call saya langsung. Saya call awak tak jawab. saya Whatapps usahkan nak balas awak baca pun tak?"

Iwan tersengih lagi.

"Taklah"

Habis tu kenapa?

"Hmm..mana ada merajuk..saya nak uji awak jer." Jawabnya selamba.

'Nasib idea datang. maaf saya sayang..saya terpaksa.' Katanya di dalam hati.

"Uji? uji apa macam tu..menci la! huhu !!"Wati mengogoi sambil menumbuk-numbuk dada Iwan.

"Aduh aduh!..alahh jangan la awak..sian saya. Saya datang ni nak sweet sweet dengan awak tau."

"Kesianlah sangat. Awak tu tak kesian kat saya"
Wati menunduk. Dia terdiam.

"Kalau awak dah balik kolej, awak senyap macam ni lagi, apa saya nak buat? Wati terdiam. Matanya mula berkaca.

"Saya rindu awak sangat. Saya cinta awak sangat."

"Ataupun cinta dan rindu saya dah tak penting bagi awak ke? Air mata Wati terhambur keluar tidak dapat ditahan lagi.

Mendengar kata-kata Wati membuatkan hatinya dibelenggu rasa bersalah yang menggunung. Wajah isteri pantas dipegang dengan kedua tangannya. Mata mereka bertautan. Lantas di seka pipi si isteri yang mula membasah. Kepala gadis itu dibawa ke dakapannya lembut.

"Shh...dah jangan nangis."Tangannya mengusap lembut rambut si isteri.

"Saya takkan buat lagi. Saya mintak maaf kerana dah buat awak sedih lagi. Tak...takkan berlaku lagi lepas ni. Saya takkan biarkan awak bersedih lagi. Percaya saya sayang." Suara Iwan sedikit bergetar. Beremosi.

Tubuh Wati didakap seeratnya.

Wati membalas pelukan Iwan. Tubuh suami di peluk erat. Wajahnya disembam rapat di dada Iwan. Melepaskan rindunya di dada insan tercinta itu. Denyutan jantung suami menyemarakkan cinta mereka seolah olah dua jantung mereka berdetak menjadi satu. Terbuai mereka menikmati keindahan saat-saat itu.

Iwan memejamkan mata. Merasakan nikmat detik terindah itu. Tidak diungkapkan dengan kata-kata. Berdakapan dengan insan tersayang. Merasakan cinta yang tiada penghujung.
Saya sayang awak.
sangat sangat.
to the moon ....and...back........

****************

8th Dec 2020@ 1.45a.m

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience