8

Drama Series 7150

Dengan telekung yang masih tersarung. Wati merebahkan badan ke katil.

'Selesa pulak baring dengan telekung sejuk sejuk macam ni'

Kedengaran hujan masih turun renyai renyai diluar. Kedinginan subuh dengan air hujan yang menitis mencengkam kulit hingga ke tulang.

Rasa mengantuk bertandang lagi. Wati memejamkan mata. Baru saja 10 minit terlelap
terasa kakinya ditepuk-tepuk seseorang.

"Wati, wati, bangun!

"Tak puas lagi membuta?"

Bebelan Kak menjengah telinganya.

Kelopak mata dibuka malas. Terpacak Kak Sal yang dinanti dari semalam berdiri disisi katil dengan sesuatu ditangan. Belum sempat dia membuka mulut, Kak Sal bersuara.

"Kau try pakai baju nikah ni tudung dengan veil dia dah ada dalam tu.

Kak Sal meletakkan pakaian itu disisi Wati.

Wati bangkit lalu duduk dibirai katil. Cover plastik berisi persalinan pengantin berwarna putih dibawa keribanya.

Wati meneliti pakaian tersebut.

'Cantiknya',desis hati kecilnya.

"Habis tu baju yang kak dah bagi kira tu tak jadi pakai ker?

"Yang tu? Tak yah la. Kau taruk jer dalam bilik aku nanti"

"Aku bukan aper, risau jugak aku kalau kau tak semenggah esok. Itu yang bersungguh aku pi pinjam kat butik member aku ni. itulah kau padan muka, rasalah nikah koboi. Kalau tak boleh buat grand grand macam orang lain. Nak menyesal pun dah tak guna dah.

"Hah, tengok aper lg?"

"Try la"

"Try kat sini, aku tengokkan"

"Kejap la kak. Nak bukak telekung ni dulu.

"Bak sini telekung tu, aku sangkutkan"

Kak Sal menghampiri dinding bilik dengan telekung ditangan. Matanya tertacap plastik yang berisi bekas polisterin makanan dan bungkusan air di dalam tong sampah ditepi dinding itu.

"Eh, mana kau dapat ni?

Wati menggigit bibir.

'Aku dah nak nikah esok, biarla dia nak marah pun. aku bukan buat aper aper pun dengan Iwan semalam'

"Kau jangan cakap jantan tu yang bagi!"

Kak Sal yang memandang tajam kearahnya mengharapkan jawapan.

"Memang Iwan yang hantar nasi tu, hantar nasi jer kak..takde buat aper aper pun, betul kak"

"Eh kau ingat aku percaya?"

Wati yang dah berdiri dengan baju pengantin ditangan dihampiri.

Bahunya ditolak kasar

"Kau ni memang jalang yer? Dah sangap sangat ker poen kau nak beromen? Esok jer lagi kau nak menikah."

"Betulla mak cakap, betina kalau dah sekali bagi maruah free, selamanya akan macam tu"

"Ye! Wati memang takde maruah! ikutlah kak nak cakap aper pun tapi sebab risau anak dalam ni Wati terpaksa mintak makan dengan dia"

"1 biji nasi pun tak masuk perut kak"
"Lapar sangat macam nak mati. Wati call kak tak dapat-dapat."

"Kak tak tengok fon ker kak?"

"Kak pergi mana."?
Wati menunduk, mata berkaca.

Wati mula teresak

Kak Sal serta merta terdiam.

Handbagnya di atas meja study Wati dibuka zipnya. Telefon dikeluarkan dan dilihat.

'Abis bateri patutla'

Wajah Wati yang terdiam sambil menyeka air mata dipandang. Wati mengerling telefon yang berada ditangan kakaknya itu dengan hujung mata.

Kak Sal segera menyambung telefonnya pada soket pengecas di tepi meja. Lantas telefon dihidupkan. Bunyi mesej masuk bertalu-talu ke telefon Kak Sal. Satu persatu di baca. 10 darinya dari Wati.

Perlahan Kak Sal menghampiri Wati

'Sorry, aku kat rumah ipar aku semalam. Jumpa dia masa kat hospital. Dia sorang, mintak aku teman dia. Lupa terus aku pasal kau.

Suasana jeda seketika

"Mak pun haihhh. bila nak habis dendam kat kau pun aku tak thu lah'"

"Kau dah okey ke?"

Tangan Kak Sal menyentuh perut Wati.

Wati angguk

"Semalam la baby tak gerak, ni dah okey. dah rasa dah," katanya perlahan.

Kak Sal mengeluh.

"Sorry..aku memang tak ingat langsung psl kau. Dah tak yah nangis. Kang tak pasal pasal dengan aku aku sekali nangis kat sini"

Hrmm.. cuba baju tu dulu.
Aku nak tengok. Kutla ada terketat kat mana mana sempat lagi nak alter.

"Nanti makan nasi lemak tu." Pandangan di alihkan ke meja kecil disudut bilik itu.

"Aku pegi bilik mak kejap tengok boy dengan icha"

Kak Sal bingkas bangun menuju ke pintu bilik.

Kak..

"Apa dia?"

" Mintak tolong pujuk mak. Cukuplah pulau Wati macam ni. Azab sangat kak. Wati pun nak nak nikah esok."

"Ntahla Wati, hati mak kau tu keras. dah berbuih mulut aku. Paling tidak aku pulak yang kena marah nanti"

"Kau ada kat rumah ni patut syukur sangat dah. Kalau ikut mak dia taknak ngaku pun kau anak dia"

"Ni esok aku tak rasa dia nak pergi akad nikah kau tu. tengok la cemana aku pujuk dia lagi."

Wati tersentap.

'Mak tak nak hadir kenduri aku??'
Tubuhnya dirasakan lemah untuk berdiri.

'Hinanya aku dimata mak!'
Air mata Wati berjuraian lagi

***********************

Normah melihat Miss Peng Li berjalan
terkedek-kedek menuju kearahnya. Tangan kanan memangku fail dan kertas-kertas yang saling bertindan.

'Baru keluar dari bilik bos lah tu.' Gumam Normah.

Hampir saja di depan cubicle Normah, Miss Peng Li memberikan senyuman manis.

"Normah, Ini krew MV Bunga cempaka punye claim...ini last week report..ini RFQ..."

"ermm wait.. apa pasal lately i tengok muka you banyak sedih ..not happy.. why? u sakit ker?"

"Tak ada lah Pengli..i ok saja, maybe ada sikit tak cukup tidur saja" Normah memberi alasan.

"Tak cukup tidur is not good to our health. Boleh jadi high blood pressure juga. Kita punya age above 45 mesti mau jaga tak boleh take simple. You angkat leave 3 hari pergi cek la..see the doktor. dalam punya part, kita tak tau apa sakit ..better cek la ha."
Bersungguh sungguh Pengli memberikan hujah beserta gerakan gerakan tangan supaya Normah Yakin.

"Yer lah..i pergi nanti, Thanks Pengli" Balas Normah sambil tersenyum.

"Okey...pergi ya" katanya sambil menepuk bahu Normah. "ehh kalau you mau try saya punya supplement pun boleh. Nanti ya" Katanya lagi sambil berlalu.

"Okey, okey..." Normah tersenyum lagi.

'Hishh...aku ni bukan sakit fizikal, tapi emosi aku yang sakit. Kusut fikiran aku dengan masalah yang Iwan timbulkan.

'Macamanalah Iwan lepas nikah nanti. Boleh ke dia harungi kehidupan sebagai seorang suami pada usia sebegitu muda?

'Boleh ke dia fokus pada pelajaran?
Sebelum - sebelum ni pun dah selalu sangat merungut..subjek tu susah subjek ini susah..kalau tak susah bukan belajar namanya,'.

Pada masa anaknya itu dikhabarkan berjaya ke kolej itu pun dia hampir tak percaya. Macam sesuatu sangat. yerlah..itu dinamakan rezeki. Tapi dengan keadaan sekarang dan lepas nikah nanti pastinya kehidupan Iwan akan lebih sukar. Kenapalah kau tak fikir panjang semasa buat benda tu, anakku???'
normah bermonolog untuk sekian kalinya.

"Kak Nor, dah pukul 5.30 ni kak nor tak nak balik lagi ker?" Tegur Fatin kerani operasi syarikat perkapalan itu mengejutkan lamunan Normah.

Kepala pantas di angkat. Wajah Fatin di pandang.

"Dah nak balik jugak ni, Nak kemas kemas sikit lagi. Bertimbun, bila nak habis ntahla. Fatin nak balik dah ker?"

"Ye, nak balik dah kak,"'
"Akak tak lama dah kan..lagi 4 bulan kan. Kak bersara. Pastu rehat la kak puas puas kat rumah. Takde orang kacau dah. Tapi kalau Fatin call kak nak Tanya itu ini, kak jangan tak jawab pulak. Fatin tercongok kt depan rumah akak nanti"Fatin
berseloroh.

"Ala Fatin kan dah pandai buat semua kerja ni.
"Memangla boleh kak tapi Fatin tak berapa yakin lagi. Fatin nak akak guide jugak.

"Akak idola Fatin, tau."

Bersinar sinar mata Fatin memandang Normah di depan. Dia kagum dengan kebolehan dan pengalaman kakitangan paling senior di syarikat itu. Tahun ini genap 28 tahun Normah bekerja. semua urusan kerja hanya dihujung jarinya.

"Ni 4 bulan sementara akak ada ni tanyalah nak tanya apa saja.
Bawak pulut kuning sekali."

Ayam panggang dengn telur rebus nak tak tok? Fatin tertawa

"Ehh mesti nanti tak cukup syarat. tak berkat" Gurau Normah

Fatin tergelak

"Hehehe..okey lah kak..Fatin keluar dulu. nanti nak singgah kedai lagi. Balik dulu yer kak..bye see you tomorrow"

"Eh, kak cuti eh esok? 3 hari pergi mana kak? Pergi U Fakhrul ker?" Soal Fatin tatkala matanya melirik terpandang borang cuti di atas tray Normah.

"Taklah..saja nak rehat rehat kat rumah. Lama dah tak cuti." Normah memberi alasan.

" Ohh ingat kak pergi kt U Fakhrul."

Normah tahu Fatin menaruh hati pada Fakhrul anak sulong nya yang dikatakan gadis itu mirip Aidil Zafuan pemain bola terkenal. Jika dibandingkan Fakhrul dan Iwan, Fakhrul berkulit lebih cerah manakala Iwan berkulit sedikit gelap dan lebih maskulin.

Normah tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"Okey lah kak, Fatin turun dulu"

"Hati hati jalan Fatin"

"yer kak"

'Kalaulah diorang tahu aku cuti sebab nikahkan anak umur 18 tahun sebab terlanjur mesti kecoh 1 ofis. Mana aku nak letak muka?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience