12

Drama Series 7150

Wati masih berdiri tegak di depan muka tingkap sejak dari tadi. Pandangannya tidak lepas dari memandang bumbung banglo 2 tingkat setengah yang sayup sayup kelihatan dari jauh itu.

'Awak mesti ada dalam rumah kan?'

Terbayang wajah suami yang menjadi tanda tanya di benaknya sejak 2 hari lalu, Wajah yang dicintai, wajah yang dirindui.

'Awak tengah buat apa sekarang? kenapa tiba tiba saja mendiamkan diri? Tiba-tiba mendadak saja awak langsung tidak hubungi saya, whatsap saya, call saya pun awak tak jawab?'

'Malam itu awak janji nak datang. Nak jumpa saya. Saya tunggu.. tapi bayang awak pun tak muncul. Betapa sedihnya hati saya.'

'Apa yang berlaku sebenarnya sayang?'

'Ada sesuatu yang saya tidak tahu kah?'

'Saya ada buat salah?'

'Atau ada kata-kata saya yang buat awak marah?'

Puas Wati mengingat setiap butir bicara terakhir antara dia dan Iwan. Puas dia mencari apa silap dan salahnya diketika itu.

Dia memicit micit pelipis dahinya perlahan-lahan. Pening kepala mula dirasakan. Namun jawapan masih tidak ditemui. Dia buntu.

Jika tidak fikirkan larangan keluarganya dan mertua, dia sudah pergi ke rumah itu mencari Iwan dan jika bertembung dengan sesiapa dijalanan yang pastinya akan memandang serong pada kehamilannya, tidak akan dihiraukannya sama sekali.

Tapi dia tidak mampu berbuat begitu. Dia pendosa dan dia harus akur.

Pandangannya kearah banglo itu mulai berbalam-balam kerana dihalang air hujan yang mulai turun.

'Saya cintakan awak.'
'Saya perlukan awak.'

'Saya rindukan awak, Iwan. Betapa dalam saya rindukan awak, awak tak dapat bayangkan.'

'Bila ada awak, saya rasa semangat, saya rasa kuat, tapi bila awak tiada dan berdiam sebegini..buat saya jadi lemah..saya hilang semangat.'

Adakah patut dia hubungi ibu mertuanya Normah?

'Tidak! aku takkan libatkan mama dalam hal ini.'

Wati mencuba lagi mendail nombor telefon Iwan ..entah untuk yang keberapa kalinya..dia pun tidak tahu

Hasilnya tetap sama..tidak di jawab.

'Aku harus cari jalan lain'

Wati keluar dari bilik dan ke ruang tamu. Di tuju ke meja sisi berhampiran sofa. Terdapat 1 handphone di situ. kepunyaan abangnya Aiman.

Abangnya Aiman sedang bersiap-siap ingin pulang ke Singapore. Cutinya sudah berakhir.

"Abang, Wati pinjam telefon sekejap yer."

Aiman mengangguk membenarkan.

Handphone abang Aiman di ambil. Nombor telefon Iwan di tekan satu persatu.

Dengan sedikit debar halus di dada, segera dirapatkan telefon itu ditelinga.
Cukup 3 kali deringan..

Zap!!!

Ternyata panggilannya terjawab! telinganya menangkap suara yang amat dirinduinya itu.

Pantas jemari membatalkan panggilan itu.

Tiba-tiba dirinya mengutuk tindakannya membatalkan panggilan itu.
'Bodoh! kenapa tidak diteruskan sahaja. Sudah berhari kau cuba untuk bercakap dengannya, bukan?'
'Tidak, Tidak boleh.. sudah betul tindakan aku itu..aku hanya mahu menguji dan aku sudah tahu jawapannya. Dengan lemah telefon abang Aiman di letakkan kembali di tempat asal.

Dada Wati sedikit berombak. Menahan rasa sebak di hati.

5 minit berlalu.

Kali ini dicuba pula menggunakan telefonnya sendiri. Tepat telahannya, panggilannya tetap tidak di jawab.

'Kenapa?'
'Mengapa'
Wahai suamiku

Kesedihan mula bertamu lagi di jiwa Wati. Makin ditahan makin menebal rasa itu.
Setitis demi setitis air mata Wati gugur dipipi. Airmata pantas diseka dengan jarinya.

Bibir cuba diketap kuat. Mengawal perasaan sedih agar tidak terus hanyut.

Tidak! Aku tak boleh nangis, aku tidak boleh bersedih seperti ini. Aku kena kuat

Hana, aku perlukan kau sekarang beb!!

********************

"Rul, aku nak pinjam kereta kau sekejap," Pinta Iwan.

"Ambillah, bukan hak aku pun." Fakhrul yang sedang asyik menonton tv menjawab sambil berpaling sekilas ke arah Iwan yang berdiri dibelakangnya.

"Ma, Iwan pakai jap kereta ni."

"Ha yer lah.. Nak pergi mana tu hujan-hujan ni? Normah bertanya musykil.

"Ada hal nak jumpa Rahmie jap ma." Iwan mencapai kunci kereta di atas chest drawer lalu melangkah ke pintu utama.

"Jangan balik lambat, 3 pagi nanti kerja ker?" Normah bertanya lagi.

Mestilah kerja ma.

Eh Iwan, sekejap.

"Bik, tolong ambikkan plastik jeruk dalam peti ais tu." Normah separa melaung pada si bibik di dapur.

Sebentar ibu.

Normah mengambil bungkusan dari tangan bibik lalu diserahkan pada Iwan.

"Iwan, kamu bagi ni kat Wati ye. Mesti dia suka." Normah tersenyum teringat apa yang bibik Lani ceritakan padanya tempohari.

Mendengar nama Wati disebut cukup untuk menyesakkan dada Iwan.

Tanpa berkata sepatah pun, Iwan hanya menyambut bungkusan sambil lewa sahaja dan terus menuju ke kereta.

Kelakuan Iwan menimbulkan kehairanan di hati Normah. Selalunya jika mereka membicarakan apa sahaja berkaitan dengan Wati, Iwan akan menunjukkan reaksi gembira dan teruja. Tapi berlainan pula kali ini.

'Mereka berdua ada masalahkah? Baru seminggu nikahnya, takkan dah gaduh kut?'

'Sepatutnya mereka masih dalam mood pengantin baru. semua indah-indah, semua manis manis. Macam aku dengan abang dulu.' Normah tersengih sendiri.

'Jangan-jangan Iwan sudah mengetahui yang abahnya meragui kandungan isterinya itu?'

Normah teringat pada masa perbualannya dengan Hasbi, Bibik Lani yang membawa barangan dari pasaraya masuk masuk melalui pintu dapur dan bila ditanya, Bibik Lani memberitahu yang dia bertemu Iwan di belakang dan Iwan menyerahkan barang itu padanya.

'Minta-mintalah Iwan tidak dengar semua tu kerana tuduhan itu sama sekali tidak berasas.' Desis hati kecil Normah.

Cik Yah sudah menceritakan segala galanya perihal Wati kepadanya. Wati tiada kawan lelaki lain selain Iwan walaupun ada beberapa orang yang meminatinya tapi tidak dilayan. Entah kenapa dengan Iwan sahaja dia boleh terpaut hati.

'Mungkin sudah tersurat jodoh mereka'

"Mama, Surat bil yuran semester kolej Iwan dah sampai tadi. Termenung jer dia ma.. Rul ada cakap kat dia mintak mama tolong tapi mati-mati dia tak nak. Dia cakap dia dah ada cara nak selesaikan." Fakhrul yang berbaring disofa tiba tiba bersuara.

"Ooo bil yuran dia dah sampai ye.?" Tanya Normah

'Patutlah muka dia monyok aku ingatkan gaduh dengan Wati. Alhamdulillahlah kalau diorang tak bergaduh. Aku jer yang fikir bukan-bukan'

"Ma, boleh tak kalau mama jer yang tanggung study Iwan, wife dengan anak dia nanti? Rul bukan apa ma..kesian tengok dia struggle macam tu. dah la tengah study lagi."

"Mama kalau ikutkan hati mama memang nak tanggung semua ..ibu mana yang sanggup tengok anak bersusah Rul tapi mama tak nak hilang kepercayaan abah kau. Abah kau nak dia dapat pengajaran dari salah dia tu. Mama akan tolong sebahagian saja. Bukan semua. kita kena buat dia serik nak buat salah lagi. Lagipun kalau dia dapat sesuatu tu dengan susah payah dia akan lebih hargai." Normah meluahkan rasa.

"Yerlah ma..dah betul cara mama tu." Fakhrul pula bersetuju.

"Tapi. Iwan ni walaupun dia tahu mama support dia sebahagian dia still macam tu. nak berdikari jauh sekali nak bersedih dengan keputusan kami. Kamu pun bukan tak tahu dari dulu lagi dia minat barang barang mahal, dia nak dapatkan tu dia usaha sendiri. Tengoklah alat musik, kasut, baju dalam bilik dia tu. Mama tak heran kalau dia sanggup buat 2-3 kerja. Sekarang pun apa apa tak bagitahu mama. Tunggu mama tanya atau terdesak sangat sangat baru mintak dengan mama. Mama pun tahu tak akan cukup apa dia dapat dengan kerja tu untuk sara belajar dia, diri sendiri dengan anak bini lagi."

"Hmm yang bil yuran dia tu berapa jumlahnya. Kamu tahu ke Rul?"

"RM2500 ma."

Normah mencapai beg tangannya dan mengeluarkan RM1800. Dihulurkan pada Fakhrul.

"Kamu bagi duit ni kt Iwan. Katakan ni duit kamu. Cakap aja kamu bagi pinjam."

"Baiklah, Ma"

*********************

'Sakit jiwa aku tengok mi hailam ni. Spoil sungguh ada ke patut rasa masam masam limau, hangin betul aku bab kemusnahan citarasa ni. Sedap lagi mak aku buat, huh!'Rahmie membebel keras di dalam hati.
Tangannya menolak jauh pinggan melamine ke tengah meja sambil leher dipanjangkan sedikit menjengah ke dalam warung. Manalah tahu ternampak kelibat tukang masak bertuah yang menjahanamkan mood laparnya petang itu.

Sudahlah teman wanitanya Hana membatalkan pertemuan mereka petang itu untuk menonton wayang dek kerana hujan lebat itu.

2 orang sahabatnya Farizal dan Syazril juga meninggalkannya begitu saja selepas meneguk teh tarik di meja bersamanya tadi.

Kesudahannya dia berseorangan di warung itu menunggu hujan berhenti.

Dalam dia berkira kira untuk pulang sahaja walaupun hujan masih belum berhenti, Dia dihubungi Iwan untuk berjumpa disitu.

'Apa perkara ntah mamat ni?'

'Pengantin baru nak berguru dengan aku ker? hehehe...' Rahmie tertawa sendiri

Keluar saja dari stesen petrol, kereta Ford Fiesta biru itu dipandu dengan kelajuan sederhana menuju ke Warung Mcgyver yang terletak ditepi sungai itu. Hujan masih belum berhenti. Ketika dia menelefon Rahmie tadi, sepupunya itu baru saja ingin beredar dari warung itu. Terus sahaja diminta Rahmie untuk terus menunggunya disitu kerana ada hal penting yang hendak dibicarakan.

"Pengantin baru apa khabar?" Rahmie menyeringai sebaik Iwan sudah berada di depannya.

Iwan tersengih tiada makna.

"Berapa round kau malam tu?" Rahmie mengusik lagi.

"Banyaklah kau berapa round." Iwan menjawab acuh tak acuh.

"Eleh kau, dah pro eh sekarang. share lah sikit dengan aku. Best tak kahwin.?"

"Hmm takde bendalah nak share dengan kau."
"Kau tu kahwin lah macam aku ni ha."

"Aku? kahwin? giler kau. 20 tahun lagi pun belum tentu Wan."

"Amboi kau! bongkok tiga lah Hana nanti tunggu engkau"
"Hah pasal Hana.. Eh! Mie aku...aku ada benda nak tanya kau ni." Nada Iwan bertukar serius

"Hana dah ada kat sini ker? aku ada benda nak tanya lah." Iwan bertanya lagi.

"Ha ada kat sini..Kau nak tanya apa?"

"Pasal Wati...."

"Kenapa korang bergaduh ker? Takkanlah..baru kahwin kut..oo sebab tu kau dari tadi bad mood eh?"

"Ntahlah Mie. Kusutlah fikiran aku.
Aku ignore dia dah 2 hari mie. Kau rasa baby dalam perut Wati tu betul anak aku ker atau anak jantan lain. Ada kemungkinan tak dia curang belakang aku."

"Weyh!..apsal kau terfikir sejauh tu?" Rahmie sedikit terkejut.

"Ada la sebabnya." Iwan tidak mahu kaitkan perkara itu dengan abahnya pada Rahmie.

"Kau fikir?" Iwan bertanya

"Aku nak jamin 100% pun aku bukan ada dengan dia 24 jam kan cuma aku rasa mustahil."

"Mustahil macamner tu?"Iwan mula merasa sedikit lega mendengar bicara Rahmie.

"Dia bukan pompuan bebas...ala kau lagi lebih tahu..kan kau dah jadi suami dia"

"Betul lah sekarang aku suami ..maksud aku sebelum sebelum ni." Iwan masih tidak berpuas hati. Dia mahukan ayat sokongan yang jitu dari Rahmie agar hatinya lebih senang.

Rahmie mengerutkan dahi. Hmm kalau macam tu kita jumpa Hana lah sekarang. Kau tak tahu rumah baru dia kan? Parent dia dah pindah bulan lepas. Okey Kau ikut aku. Aku jalan depan. Kau follow belakang.

"Okey..Aku ambik kereta." ujar Iwan.

Kereta membelah laju menuju ke rumah Hana. Iwan mengekori Rahmie dibelakang.

'Apa reaksi Hana bila aku tanya pasal ni nanti?'
Patut ke aku jumpa dia untuk tanya pasal Wati? Macamaner kalau jawapan dia berat sebelah?

'Mereka berdua adalah BFF mestilah akan tolong satu sama lain'

'Atau aku tanya Wati sendiri? Hmm tak! tak boleh! Nak cari nahas? Sah sahlah dia mesti marah dan kecik hati dengan aku.'

'Aku tak akan buat dia terluka. Aku takkan buat dia bersedih. Walau apapun keadaan biarlah aku mencari jawapan sendiri.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience