1

Drama Series 7165

Flashback#
7 tahun lalu

Dia mendengar suara orang ramai kecoh di tingkat bawah rumahnya.

'Entah siapa agaknya yang datang ni?'

Dia berada di tingkat atas pada waktu itu

Nor!!!! Nor !! jerit Hasbi pada Normah kuat. Normah terkocoh-kocoh menuruni tangga sedikit laju.

"Ada apa bang? mata melihat muka para tetamu di depannya. Dia kenal Cik Yah dan di sebelah itu kakak Cik Yah, iaitu Cik Mah.

Seorang remaja perempuan sedang menangis terisak-isak sambil bersimpuh di tengah-tengah ruang rumah. Semua mata tertumpu padanya.

"Iwan dah buat dosa besar dengan budak ni!! tengking Hasbi menggila dengan muka dan mata merah menyala. Tangan berkali kali meraup mukanya

"Hah!! Ape ? dosa aper?

Cik Yah yang pernah bekerja menggosok pakaian d3i rumah Normah sebelum ini menghampiri Normah

"Kak Nor, Wati ni anak kakak saya ni, kekasih iwan..dia mengandung 5 bulan. Iwan punya kerja kak" Cik Yah berkata perlahan.

Zapp!!!

Bagai halilintar
Normah terkejut teramat sangat.

"Hah?? Ya Allah..terduduk Normah memegang dada..Tangisan dihamburkan serta-merta

Menggigil Normah.
Betulker ni Yah? betul ker ? ni Wati? betul iwan yang buat kamu? dia paksa kamu ker? kenapa akak tak tahu pun pasal diorg berdua ni. Yah?? Cik Mah??

"Apa apa pun kami nak budak tu bertanggungjawab kt Wati, jangan nak nafi apa apa!! Sampuk Pak De yang bersongkok sebelah kiri Cik Yah bersuara tegas. Dia bapa saudara Si Wati

Mendengar butir bicara Pak De, Normah meraung lagi. Perasaan malu menangis,di khalayak ramai sudah tidak dihiraukan lagi. Dia menarik hujung tudung menutup mukanya

Dugaan apakah ini?
"Tak takut Allah ke kamu ni hah Wati..kamu berzina!!.

Kalau lah Iwan ada di depannya di cincang-cincangnya anak itu..sesak dada dirasakannya.

'Apa salah aku?
Kurangkah didikan agama aku padanya
Iwan memang degil dan malas belajar. Dari tingkatan 1 sudah kenal rokok. Tak macam abang nya anak Normah yang sulung, Fakhrul anak yang mendengar kata sedang menuntut di Universiti Islam.

Iwan selalu keluar malam tapi setahu Normah dia keluar dengan kawan kawan lelakinya..bermain futsal sampai jauh malam..setakat itu saja yang dia tahu. tak sangka Iwan main pompuan sampai boleh buncitkan anak orang!!!

'Keluarga aku kuat agama. adik beradik hasbi..ada ustaz ustazah..Arwah bapa mertuanya bekas Kadi Negeri lagi. Sebelah aku pula semuanya kuat parti bulan, selalu pergi ceramah.. Ya Allah!! Normah menangis lagi
Hasbi masih terdiam mengurut dada
Tetamu di hadapan semua menunduk..

"Nor, telepon budak haramjadah tu sekarang!" Hasbi mengarah Normah.

Normah yang sudah lembik tidak bermaya mencapai telefon di atas meja.

"Suruh dia balik jer, jangan bagitahu apa apa" pesan Hasbi menambah.

Normah bercakap seperi yang di arah Hasbi. Kemudian dia segera menamatkan panggilan.

Normah kembali duduk di kerusi jati sebelah Hasbi.

"Dia ada kat mane tu?" Tanya Hasbi

"Gelanggang Futsal" Jawab Normah perlahan tidak bersemangat. Anak bujangnya yang berusia 18 tahun itu tengah menghabiskan cuti kolej sekarang. Dia melanjutkan pelajaran di dalam jurusan Kejuruteraan

Suasana sunyi hanya kedengaran bunyi hembusan hingus wati yang sudah agak reda menangis.

"Kita tunggu dia balik. Taula aku nak mengajarnya" Kata Hasbi

"Sekarang ni memang sudah terang lagi bersuluh si Iwan yang punya kerja. Si Wati ni dah couple dengan Iwan dari tingkatan 4 lagi. Kamu mak bapak takkan tak tahu? sibuk sangat ker sampai tak tahu hal anak? hmm.ni bukan tuduhan tak berasas. Bukti semua dah ada" Pak De yang tidak sabar tiba tiba,meluah rasa.

"Ada ker aku cakap kau orang main tuduh-tuduh si Iwan???" Hasbi mengherdik kuat bapa saudara Wati yang bernama Rosdi itu.

"Tak ada jalan lain dah cikgu..memang kena nikah jugak. Jangan lupa anak dalam perut Wati tu" Adik kepada Pak De iaitu Pak salleh pula menyampuk.

Aku nak tunggu dia. Aku nak tanya dia sendiri!! Kau faham tak?? " Bergegar rumah dengan suara menjerkah Hasbi itu.

Semua disitu terdiam tak berani bersuara lagi. Melihat Hasbi bagai harimau nak menerkam mangsa.

10 minit kemudian, bunyi deruman motorsikal diluar rumah.

'Eh!!kete kakak wati ni! Alamakkk!!!!!'

Melihat banyak selipar, kasut di perkarangan rumah buat hatinya ingin meloncat keluar. Iwan mula menggigil kerana dibenaknya sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi padanya.

Mukanya pucat lesi, jika ditoreh tidak berdarah.

Sepantas kilat Hasbi menerpa kearah
Iwan yang terjongol dibalik pintu

Kolar T shirt Iwan dicekak Hasbi kuat. Hasbi mengheret Iwan ke tengan tengah ruang.

Iwan melihat Wati terjelepuk ditengah ruang. Wati sudah dapat bahagiannya. Sekarang gilirannya pula. Dia pasrah.

"Betul kau dah berzina dengan budak ni???Hahhhh?? Iwan!!! Jawab!!! aku tanya kau ni!! Amukkan Hasbi meledak

Iwan tunduk. Mukanya memerah. Mata mula berkaca dan berair. Dia mendongak perlahan-lahan. Anggukkan perlahan diberi pada si ayah. Penuh ketakutan.

"Anak kurang ajar!!! pipi si anak di lempang berkali kali sekuat hati

"Kamu nak jadi apa????
"Nak jadi setan??
"Ni ker yang aku ajar kau selama ni??
"kau tak takut Tuhan??
tak takut masuk neraka?? Hasbi menjerit bagai hilang akal
Disepaknya tubuh Iwan kiri dan kanan. Tidak dihirau badannya yang kurus melidi tidak setanding dengan badan tegap anaknya wakil ragbi sekolah itu.

"Iwan salah! Iwan mintak ampun abah!! Iwan dah taubat abah!! Mama..Iwan tahu Iwan salah!! Ampun Iwan abah!! Iwan melutut cuba memegang kaki si ayah. Hasbi mengelak malahan semakin ligat dia menyepak dan menendang si anak. Normah tidak sanggup melihat lagi. Segera dia meluru.

Semua mata disitu hanya melihat. Tidak dapat berbuat apa2x.

"Abang! dah! cukup bang! cukup!!! kalau pukul sampai mati pun benda dah jadi"
Normah menghalang Hasbi dari terus terusan membelasah Iwan.

Iwan terjelepuk di lantai menahan sakit tidak terperi

"Ye!! benda dah jadilah aku buat macam ni. Kau ingat ye, Kau dah gatal sangat aku bagi kau kahwin. Tapi ingat lepas kau nikah dengan budak pompuan tu, aku tak nak tengok muka kau lagi kat rumah ni, kau tanggung hidup sendiri, soal belajar kau kau urus sendiri. Satu sen aku tak akan bagi.

"Nor, awak urus dengan dia orang soal nikah tu..Yang penting jangan libat duit aku, rumah aku, Faham!!!! Hasbi memekik

*********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience