16

Drama Series 7165

Iwan berasa tidak sedap hati. Seperti ada yang tidak kena.

Dia memutuskan untuk berada disitu dalam 30 minit lagi. Dia ingin menunggu kepulangan Kak Sal dan isterinya pulang

Lama Iwan melabuhkan punggung di tangga batu itu. Bunyi nyamuk yang bermain main di telinga sedikit menggangu. Sesekali dia menampar-nampar nyamuk yang hinggap di tubuhnya.

Jam di tangan di lihat sudah hampir pukul 11 malam. Kelibat kereta Kak Sal belum kelihatan lagi.

Angin malam juga sedikit kuat berhembus. Remaja itu mendongak memandang langit. Dia amat berharap agar malam itu tidak hujan.

Iwan bingkas bangun. Dia berjalan dengan berhati-hati menuju ke belakang rumah menghampiri bilik isterinya. Sambil tekun memasang telinga, cuba mendengar kalau kalau kedengaran suara Wati dari dalam bilik itu. Manalah tahu isterinya itu ada di dalam rumah.

Iyer ada kemungkinan...

Tapi malangnya..tiada sedikit bunyi yang kedengaran dari dalam bilik kecuali bunyi cengkerik dan nyamuk yang berterbangan.

Agak lama Iwan berdiam diri di tepi tiang bilik isterinya itu sementara fikirannya masih menerawang. Persoalan demi persoalan menerjah benaknya.

Adakah ibu mertuanya atau kakak iparnya yang melarang Wati berhubung dengannya?

Tapi atas sebab apa?

Dia dan Wati sudah sah menjadi suami isteri

Adakah mereka berdua sudah tahu yang Iwan kerap menyelinap masuk ke bilik Wati?

dan oleh kerana itu...

ibu mertua dan kakak iparnya menghalang usahanya untuk berhubung dengan Wati.

Jika itulah sebabnya... dia tidak peduli sama sekali. Dia sanggup berdepan dengan mak mertuanya atau Kak Sal atau sesiapa pun. Wati isterinya. Dia berhak bertemu dengan Wati bila-bila masa saja. Malah dia berhak membawa Wati tinggal dengannya kalau dia mahu.

Tiba-tiba Iwan terlihat ada sebuah kereta menghala ke arah rumah Wati

'Itu pasti Kak Sal', hati kecil Iwan bersuara.

Kereta diparkir di hadapan rumah.

Tepat sekali tekaannya.
Iwan masih menyandarkan badan pada motosikalnya sambil memerhati.

Kak Sal keluar dari kereta dan mengatur langkah ke tangga rumah

Tapi hanya Kak Sal yang kelihatan tidak ada Wati bersama.

'Mana Wati?' Iwan dipagut rasa hairan. Namun kakinya laju saja dibawa menghampiri Kak Sal di depan.

"Kak"..Kak Sal yang baru saja melangkah anak tangga yang pertama untuk naik ke rumah segera berpaling.

"Hah! Kau Iwan buat ape kat sini malam malam buta?"
Tanya Kak Sal separuh menyergah.

Sapaan Kak Sal yang langsung tidak berbaur kemesraan itu menepati telahan Iwan.

"Saya nak jumpa Wati kak"
"Saya call banyak kali tak dapat". Iwan cuba berbahasa selembut mungkin.

"Hmm kalau macam tu maknanya dia tak nak kau ganggu dia lah tu. Huh!..buat-buat tak faham faham pulak." Balas Kak Sal sinis.

Kata-kata Kak Sal seolah bara api yang membakar tangkai hati Iwan namun Iwan cuba untuk berlagak tenang seperti biasa

"Tapi esok saya dah nak balik kolej, kak. Saya nak jumpa Wati sekejap pun jadilah." Iwan menyatakan keadaan sebenar sambil berharap wanita itu dapat bertolak ansur dengannya.

"Kau balik kolej ke tak balik ker itu bukan urusan aku." "Aku rasa baik kau balik rumah sekarang. Dah nak pukul 12 ni." "Sebelum orang kampung syak yang bukan-bukan." "Nanti dituduh pulak aku yang ada affair dengan kau." Haihh!! simpang malaikat 44 lah!!" Suara Kak Sal mula meninggi.

Wajah Kak Sal yang masam mencuka itu direnung seketika kemudian pandangannya beralih dijatuhkan ke tanah.

Tiada gunanya bertekak dengan kakak iparnya itu. Lagipun masa tidak mengizinkan. Malam sudah beransur larut. Ada baiknya dia pulang kerumah sahaja.

Wanita pertengahan 30an dihadapannya itu menaiki anak tangka dengan pantas seolah olah ingin melarikan diri dari Iwan.

"Macam lah aku nak ikut masuk dalam rumah"

'Over jer lebih!'

Iwan mencebik geram.

"Dum!" Bunyi pintu kayu yang ditutup kuat di atas menyentakkan Iwan yang masih berada dibawah.

Remuk hati Iwan bukan kepalang.

Terasa tipis peluang untuk berjumpa Wati sebelum berangkat pulang ke kolej esok.

Dengan langkah yang longlai dia menapak menghampiri motosikalnya.

"Apalah nasib aku...suami yang paling malang di dunia agaknya. Nak jumpa bini sendiri bukan main susah ke"? Terpacul kata-kata kesal dari mulutnya.

"Ni nasib keluarga mertua, kalau tak dah lama aku saman!" Iwan bersuara sendirian lagi.

"Eii Nasib kau kakak bini aku, kalau bukan sapa sapa, jangankan kelibat aku nak muncul kat sini..bayang bayang aku pun tak hingin tau tak?? Iwan bertempik geram sambil memalingkan muka ke rumah Wati dibelakangnya.

'Apalah dosa Wati dapat family haprak macam ni?'
Soalan yang tentunya tidak ada siapa yang dapat menjawabnya.

Motosikal dihidupkan Iwan didalam kesunyian malam dan tanpa disedari ada sepasang mata yang melihat dari kejauhan.

****************************************

"Kau tak sedar ke laki kau ada kat bawah? Meroyan cari kau". Suara Kak Sal yang terpacul dan bunyi pintu yang dihempas menghairankan Wati yang baru saja keluar dari dapur menuju ke biliknya.

'Dia tak balik ker? tak sangka pulak dia masih tunggu.'
'Mesti dia tak percaya aku keluar ikut Kak Sal'. Bisik hati kecil Wati pada dirinya.

"Hmm dia ada kt bawah lagi ke kak? Tanya Wati pada Kak Sal.

"Ntah. Dah balik kut".Jawab Kak Sal acuh tak acuh sebelum masuk kebilik tidurnya.

Melihat perlakuan kak Sal yang sengaja menghempas pintu masuk utama rumah membuatkan hati Wati merasa bimbang. Tentu saja kakaknya itu telah melayan Iwan dengan kasar. Entah apalah yang diperkatakan Kak Sal pada suaminya itu. Wati mula risau.

Jendela kayu ditepi sudut yang menempatkan televisyen diterpa Wati pantas. Dia lupa pada pesanan doktor siang tadi supaya tidak melakukan gerakan yang lasak yang dikhuatiri menjejaskan kandungannya. Daun tingkap dikuak perlahan-lahan dan kemudian pandangannya jatuh pada susuk tubuh yang amat dikenalinya itu. Tubuh lelaki remaja yang sedang menunggang motosikal itu diamati. Semakin lama semakin jauh dari pandangannya.

Tangannya mencapai telefon bimbit disisi. Dihidupkan telefon yang sehari suntuk sengaja dimatikan itu. Setelah beberapa detik berpusu-pusu bunyi isyarat pesanan dan notis masuk ke telefon Wati.

Matanya tertacap pada puluhan panggilan dan Whatapps mesej yang tidak terjawab dari Iwan.

Ternyata Iwan tidak berputus-asa cuba menghubungi dirinya.

'Tak sepatutnya kau menyembunyikan diri darinya sebegini. Dia suami kau. Sebagai isteri kau sepatutnya hormat padanya.' Satu suara kedengaran berbisik dibenaknya.

'Berdosakah aku padanya?'

P/S : Sorry short update. Later will be mcm biasa. InsyaAllah. Tq for reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience