5

Drama Series 7150

"Papp!!!" Rahmie menepuk kuat bahu Iwan

Iwan terus berpaling.

"Ehh, kau, tiber terpacak, bila sampai?kau ikut aku ker ni?"

"Pagi tadi.."

"Ha Lahh! aku ikut lah..dah kau menonong jer, tak pandang kiri kanan. Aku kt tepi pagar tu je. Laju betul kau rempit Wan... cam pelesit!

"Sorry Mi.."
"Aku ingat nak keluar cepat..nak cepat jsampai tempat kerja er mie..aku tak pikir lain dh...hehehe" Iwan tersengih sambil tangannya membuka kunci mangga gerai.

Kaki melangkah masuk.
Rahmie membontoti di belakang

"Wahh wahh..rajin betul kau yer..yer la dah nak jadi laki orang, bapak orang"

Muka Iwan berubah

"Ehh relex la."

Iwan terdiam seketika sambil tangannya terus membersihkan kawasan didalam gerai. balas Rahmie lagi.

"Asal kau tak bagitau aku?. Aku ni bukan orang lain pun dengn kau..sepupu kut."

"Aku bukan tak nak bagitahu kau.. aku tahu kau akan tahu sendiri."

"Hana bagitahu kau ye.?"

Rahmie mengangguk

Iwan terdiam. Dia dah menyangka. Dia faham bagaimana keakraban Wati dan Hana. Bagai isi dengan kuku. BFF sejati.
. "Mi terlanjur kau dah tahu ...Ko tolong rahsiakan hal aku ni. Jangan bagi sorang pun tahu. Mama Abah kau tu. Family kita lain lain tahu. Kecewa mama aku nanti. Tolong bro."

"Kau jangan risaulah bab rahsia tu, kau tau aku macamner kan?"

Rahmie menepuk bahu Iwan

"Eh..jap..asal kau tak bagi Wati makan pil yang aku cerita kat kau tu? Kalau kau nak aku boleh bagi lah." Rahmie memperlahankan suaranya sambil mata melihat luar gerai takut takut Samad dah datang

"Dah tak sempat bro. Last minit tahu, nak makan pil tu?.silap haribulan ke tanah si Wati"

"Hmm heran aku." Rahmie menggaru kepalanya yang tidak gatal

" Ape yang herannya?"

"Aku dengan Hana takde kantoi pun. Aku yang dulu dari kau."

"Kau cakaplah kau tak power. Haha" Iwan tertawa

"Woi! dah kantoi pun boleh bahan aku lagi?

Rahmie bergerak ke belakang Iwan..Dia menyelak baju Iwan ke atas..

Eh, Apsal kau?

Tak...aku nak tengok...Teruk kau kena belasah?

"Belakang takde..ni hah"
Iwan menyelak bajunya sedikit. Menunjukkan lebam di bahagian pinggangnya"

"Aduhhhh teruk naw abah kau tu...tak padan body cicak kubing. Kau sakit lagi tak?"

"Teruk macam ni, mau tak sakit. Nasib baik mama aku ada. Kalau tak dah arwah aku mie."

"Abah kau punye balun macam ni..kalau abah aku mau icu aku agaknya." Rahmie terbayang susuk tubuh tegap dan sasa ayahnya seorang pesara askar. Kecut perutnya membayangkan jika aktiviti seks bebasnya dengan Hana terbongkar

Rahmie menunduk. Dia mula berfikir.

"Kau dengan Hana on lagi ker?"
"Udah-udah lah Mie.
Nasihat Iwan sambil menyambung kerja-kerjanya.

"Mulut cakap senang Wan. Nak buat tu yang payah. Lagi pulak kitaorang 1 Poli. Dating kat luar takleh kontrol bro."

"Kau tengok aku ape jadi. Tuhan bayar cash lagi."

"Yer lah."
"Tq lah kau ingatkan aku

"Okeylah Wan..Samad dah datang tu. Aku gerak dulu lah. Rahmie bangun ingin menghidupkan motosikalnya.

"Aku free aku cari kau lagi."

"Okey Mie".

Iwan menghantar pandangannya ke arah Rahmie yang mula bergerak dari situ. Rahmie, anak Mak Ngah, kakak Hasbi seorang jururawat. Rahmie sama sama nakal dengannya sejak dari kecil lagi. Dari Rahmielah dia mula menghisap rokok, bercampur dengan budak budak jamming sehingga ponteng sekolah dan beberapa kesalahan sekolah yang lain.

Bila umur dah meningkat remaja, oleh kerana Rahmie lah juga dia kenal Wati dan dari Rahmie juga dia berani curi curi menyelinap ke bilik Wati. Mereka berdua pandai menyembunyikan aktiviti dewasa mereka itu dari pengetahuan orang sekeliling.

Dimata kedua ibu bapa, mereka hanya tahu kesalahan disekolah sahaja tanpa menyedari dosa lain yang lebih besar dilakukan anak mereka.

Rahmie seperti sifunya secara tak rasmi.
Walaupun Rahmie lebih bernasib baik darinya kini tapi jauh disudut hatinya dia masih mengharap agar sepupunya itu kembali ke pangkal jalan.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience